Tahun 2009 ni boleh aku katakan sebagai tahun kematangan aku… Kematangan dari segi kejaya aku,kematangan dari segi kehidupan aku, dan segalanya.
Dalam kerjaya, tahun ni merupakan tahun ujian bagi aku, pahit getir aku berjuang untuk menaikkan prestasi pelajar aku. Bukan selama dua tahun sebelum ni aku tak berjuang tapi bila dapat peluang mengajar kelas peperiksaan, memang dugaan yang hebat sangat.
Awal tahun 2009 aku diberi tanggungjawab mengajar semua kelas T5, Matematik 5K3,5K4, Addmaths 5K2, 4K2.. sempat mengajar sebulan, Kak Na nak jugak aku ngajar Sains PMR sbb ada kelebihan aku
sebagai pemeriksa di situ. So, kelas Matematik aku digugurkan, digantikan dengan 2kelas Sains PMR yang hujung. Walaupun dpt sharing, tapi aku lebih rela mengajar dedua kelas ni dengan cara aku sendiri especially kelas aku 3K5.Julai 2009, aku mendapat tugas lebih mencabar, menggantikan tempat sebagai GDM (Guru Data) .. Mula-mula memang aku berfikir, harus terima atau tidak, tp setelah fikirkan positif dan peluang takkan datang banyak kali, aku terima jawatan itu dan masih memegang jawatanku sebgai Guru Tingkatan 3k5 dan Penyelaras Peperiksaan Dalaman dll. Cuma jawatan Penyelaras SMS Sekolah aku gugurkan.
Tambah menyedihkan dan mencabar diriku, sewaktu jadual berubah, aku kena mengajr kelas Matematik T5 selama 2 bulan..So, dengan pertambahan tugas, dan masa yang 25, sehinggakan berlaku salah faham dengan beberapa rakan sejawat. Bila mana mulut dah start jadi takde insurans, dan berani nak melawan…Baru aku rasa stressnya…
Tambah hebat lagi, bila berlakunya insiden ini, bila mana segala usaha penat lelah kita tidak dihargai oleh pelajar. Memang betul, payah jadi guru, dan lebih sukar untuk menjadi seorang pembentuk anak bangsa.
**************************************************************
Kalo dikira2, untung biz aku saja, lebih RM20k, setiap bulan sehingga Jun lepas, aku peroleh at least RM2k per month..tapi biasalah, banyak tanggungan perlu dijaga, tambahan lak aku memang boros… huhuh
Sebab tu lah skrg biz aku makin merudum dan aku ingat nak upkan balik 2010 ni…dengan jenama baru..InsyaALLAH..sayang nak junamkan terus empayar yang dah kita susah2 bina selama ini.
***************************************************************
Dalam kehidupan, aku dah merasa bahawa sebanyak mana wang aku peroleh sekalipun, aku masih lagi rasa kosong. Dan aku admit, kebahagiaan xboleh dibeli dengan wang ringgit. Sehebat mana pun aku jadi, sekaya mana pun aku, aku tetap perlukan cinta dan kasih sayang.
May 2009, memang menguji hati dan perasaan aku. Orang yang aku dambakan, yang betul2 aku sayang, betul2 aku yakin boleh hidup dengan dia, tapi akhirnya terpaksa aku lepaskan…
Dalam tahun 2009 ni jugak, aku diperkenalkan dengan seorang lelaki, yang betul nak aku..dah datang merisik dan hampir melamar, tapi aku xyakin dengan dia. Bagi aku perkahwinan suatu perjudian hidup, either u succeed through the process of suffering at all time. So, untuk mereleasisikan sebuah perkahwinan itu, aku perlukan pasangan yang betul2 aku yakini yg boleh aku cintai selamanya…Yakni, sehingga aku betul2 bersedia untuk hidup semati denganNya.
*****************************************************************
Tapi, walau apapun, bagi aku 2009 memang banyak mematangkan aku (sebab umur pun dah masuk 28 kut ?? ) … dan aku bahagia sebab aku ade platform untuk aku luahkan isi hati aku…Aku ada DaHLia JouRNaL ni untuk aku rekodkan segala memori aku…
Walaupun bernaung di bawah blogspot, aku bangga sbb dpt pelajari segla ilmu blog, pelajari HTML, CSS, JooMla dan macam2 lagi sejak aku berblog ni. Dan paling penting, aku happy sebab aku dah tambah ramai kawan blogger yang tidak aku kenali. Thanks sebab sudi singgah sini sokmo!! Korang memang best!! Korang memang pembakar semangatku untuk terus berblogging… dan cuba membuat duit dari blogging pula… InsyaALLAH
p/s: need to sleep..esok start meeting utk sesi sekolah taun depan..3 hari berturut2 beb..dan lusa lak ade meeting PRESTASI…hurrm…new things lagi..i like!!!!






10 komen:
Ok good post..blh la ajar sikit2 CCS hahaha..
DiGi & Old Dogs 4 u
Jom tengok Blog i pulak!
DiGi & Old Dogs + Follow u skali...
Jom tengok Blog i pulak!
semoga tahun 2010 lagi gempak..
Jom Tudung Ariani
Jom Beli Alat Tulis
Jom
Jom Tudung Ariani
Jom Beli Alat Tulis
cikgu upeny..
hihi
@Johny Tim
okes i bereh jer, sikit boleh..bila nk open clas?? hahaha
@Sharinginfoz
wahh ade biz lak? bagus2222
@z i e s y a
ngapa??? xmacam cikgu ke??
kikiki..mcm dak sekolah ek??
hehehe... so kira single and available ke cik dahlia?
right now yes...nape? nak jd matchmaker kah?? hehe
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...