Entry ni DaHLia karang untuk masuk pertandingan yang dijalankan oleh Mr Dawie..untuk merebut hadiah utama RM50..kalo korang berminat nak join atau baca cerpen2 lain dengan tajuk yang sama, sila klik gambar di bawah ini okes…DaHLia dah link dah…
“Cerpen ini tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Segala kaitan adalah tidak disengajakan. Ini adalah cubaan mengarang cerpen yang telah lama tidak dilaksanakan. Teruskan membaca sebab anda pasti suka! Dan ada lagu bonus di penghujung cerita karutan DaHLia semata2 ini.”
“En. Dawie, sedia untuk buka balutan ini ya…”
****************************
*Petang itu aku dan keluarga berada di UITM Shah Alam, menghantar adikku untuk meneruskan pengajian di sana dalam bidang senibina. Menara gading, itu yang aku dambakan selama ini tetapi demi kerana keluarga aku rela mengorbankan cita-citaku demi untuk cita-cita mereka.
Dengan 13 Aggregat dalam SPM, aku mendapat tawaran untuk meneruskan pengajian kejuruteraan di UTM Skudai tetapi dugaan Allah Maha Hebat. Semingu sebelum aku berangkat ke UTM, aku kehilangan ayah yang tercinta dalam kemalangan tragis di Subuh hari, sewaktu beliau bertugas membanteras operasi Mat Rempit di Bandar Melaka … Ah, aku sememangnya benci dengan Mat Rempit!!
“Along, menung apa tu?” teguran ibu mengejutkanku.
“Taklah ibu, mana ada” aku membalas
Ibu memegang bahuku. “Ibu tahu apa yang Along fikirkan”
Ah! Adakah ibu tahu aku sedang fikirkan arwah ayah? Adakah ibu tahu aku sedih sebab tidak dapat menyambung pelajaran? Tidak, aku harus senyum. Ibu tak perlu bersedih keranaku.
“Along, ibu, Aina dah siap semuanya…Boleh masuk asrama dah” Aina memecahkan monolog aku dan ibu.
Aina, adikku yang bongsu. Paling rapat dengan arwah ayah. Dia baru berusia 8 tahun semasa arwah pergi. Antara aku dan Aina, ada lagi 2 orang adik perempuanku yang juga belajar di USM dan UMP dan seorang adik lelakiku, Danie yang bekerja sebagai mekanik.
Ya, aku bangga, biarpun aku tidak berjaya ke menara gading, tapi dengan berbekalkan pekerjaan ku sebagai jurukamera dengan MZ Bridal House, aku dan Danie berjaya menghantar mereka bertiga menunaikan cita2 mereka.
Ah, aku monolog lagi…Sambil mengangkat beg Aina menuju ke asramanya di Blok B. Meniti tangga itu sehingga ke tingkat atas. Ya, sekarang ni aku lebih suka begini, mentafsir diri sendiri, mencari makna sebuah kehidupan yang kadang2 hanya dapat ku gambarkan dengan seni dalam foto-foto ku.
“Aduh! Ya Allah!”
Aku berpaling ke sisi kiri. Seorang gadis berbaju kurung dan berkerudung tersungkur di sebelahku. Aku dah langgar dia ke?
“Maafkan saya” Aku memohon maaf andai sememangnya salahku.Ah, memang salahku kan? Tidak berhati2..sebuk berangan.
Aku cuba menolong tapi gadis itu melibas2kan tangannya dan berpaling…
Aku tergamam. Seakan pernah ku tatap mata itu….wajah ayu dan bersih itu.
“Saya minta maaf” Aku sekali lagi memohon maaf. Gadis itu tidak bersuara, hanya berlalu pergi dengan jalan terhencut2.
Bisu ke? Aku meletakkan tapak tangan pada mulutku dan bernafas. Eh, wangi jer… Aku check zip seluarku..bertutup..Semua tip top…Tapi kenapa dia lari?
“Along,ALong!!”
Kedengaran suara Aina..Sekeliling tiada.
“Along, atas nih” Aku menjenguk ke atas dan nampaklah Aina tengah melambai2 padaku. Cepat2 ku bergegas ke biliknya.
“Wah, mengorat ya Along?” Tak menyempat2, Aina menegurku di depan pintu biliknya.
“Isk, apanya?” Ibu senyum2.
“Tu yang Along terlanggar tu Kak Dia. Roomate Aina ni haa.. Final semester tu”
Oh, gadis cantik tu Dia namanya..Akan kupahatkan nama dan wajahmu dalam hatiku..
**************************************
“Dawie” suara En Hashim memecah angan2ku yang asyik mengelap kamera yang dah banyak berjasa pada keluargaku. Aku mengangkat muka ku dan melihat gadis cantik di sebelah En Hashim, pemilik DNZ Advertising, rumah baruku selepas meninggalkan MZ Bridal setahun yang lalu.
Aku kenal wajah itu tapi buntu memikirkan di mana dan bila.
“Ini Cik Zaireen Nadia, Graphic Designer kita .. Dia akan bergabung dengan you untuk Projek Megacity tu.”
Sejak itu aku dengan Dia mula rapat dan bersama2 berkongsi hati dan perasaan. Walaupun berasal dari keluarga yang berpangkat dan berkedudukan, Datuk Rahman dan Datin Zaira, Dia sudi menerimaku. Dan katanya dia mengagumiku dengan foto2ku sejak aku menjadi jurugambar di Majlis Perkahwinan kakaknya 2 tahun yang lepas. Nah, di situ rupanya kami bertemu kali pertama dan di seterusnya pertemuan kedua yang sangat mengejutkan.
“Abang tau kenapa Dia lari masa tu?”
“Mesti sebab Dia tergamam dengan kehenseman abang kan?”
“Pandailah. Tapi memang pun. Dia memang suka tengok pandangan abang. Menusuk kalbu”
******************************************
Setahun perhubungan kami, aku ingin meneruskan hidup bersama Dia, mengikat dua hati. Aku menyuarakan hasratku pada ibu untuk pergi meminang Dia dalam masa sebulan..dan Dia juga telah bersetuju.“Maaf. Dia telah berpesan kepada kami untuk menolak pinangan ini.” Ibu Dia menolak kembali cincin yang ibu hulurkan. Terasa luluh dan hancur hatiku tatkala mendengar kata-kata itu.
Ayah Dia merapati aku dan menepuk bahu aku.
“Dawie, ini permintaan Dia sendiri. Kami bukan menolak kerana pangkat atau darjat. Kami memang senang melihat Dia bahagia bersama Dawie selama waktu ini.”
Aku sudah tidak mampu mendengar kata2 ayah Dia. Duniaku terasa gelap, hancur.. Adakah Dia ada lelaki lain yang lebih hebat dariku? Adakah selama ini Dia hanya mempermainkan perasaanku?
********************************************
Hari-hari tanpa Dia kulalui tanpa kemanisan. Aku cuba hubungi Dia tapi langsung tiada jawapan. Banglo mewah keluarga Dia kulawati lagi. Aku perlukan penjelasan dari Dia sendiri.
“Maaf pak, semuanya sudah ke Australia. Bikin perubatan cik puan”
“Sapa yang sakit bibik?”
“Cik Puan Zaireen”
“Zaireen yang mana bibik?”
“Aduh, nggak pasti pak.”
Dia mempunyai kembar yang menetap di UK dalam bidang guaman. Dia kah yang sakit? Tapi dia tidak pernah beritahuku hal itu?
“Bibik, boleh bagi alamat di sana?”
“Sekejap ya pak. Saya ambilin di dalam”
Aku harus mencari Dia di sana. Aku harus mendapatkan kepastian. Tapi aku harus mengumpul wang untuk tambang ke sana.
**********************************
Sejak itu, aku bekerja siang malam, mencari segala peluang yang ada. Siang aku mengambil gambar, malam aku akan mencuci semua gambar yang telah kurakamkan. Itulah rutinku sehari2 demi mengumpul wang untuk belanjaku mencari Dia.
Sehinggalah malang menyelebelahiku. Tumpahan asid untuk mencuci gambar ke atas mataku dari rak atas telah meragut segala keindahan yang aku idamkan selama ini bersama Dia. Aku tidak mampu lagi untuk berkarya dengan seni dalam foto-fotoku. Tidak mampu melihat Dia lagi.
Sehinggalah malang menyelebelahiku. Tumpahan asid untuk mencuci gambar ke atas mataku dari rak atas telah meragut segala keindahan yang aku idamkan selama ini bersama Dia. Aku tidak mampu lagi untuk berkarya dengan seni dalam foto-fotoku. Tidak mampu melihat Dia lagi.
**********************************
“Dawie..ok…saya harap Dawie perlahan2 buka mata…jangan paksa ok” suara Dr Razman menyedarkan aku.
Perlahan-lahan aku membuka mata melihat sekelilingku. Ibu, Danie, Aza, Asma, Aina, Datuk Rahman, dan Datin Zaira.
Dan Dia, hanya ada dimataku.
*******************************************
“Abang….
Maafkan Dia kerana tidak berterus terang dengan keadaan Dia yang sebenarnya. Dia tak nak lukakan hati abang.
Terima Kasih kerana membahagiakan Dia di saat2 akhir Dia. Dia hadiahkan sepasang mata Dia untuk abang, supaya abang terus mengingati Dia dan merakamkan foto2 menarik untuk semua sepertimana Dia jatuh cinta dengan hasil seni abang.
Jagailah mata Dia ini dan jangan sesekali abang mengalirkan air mata kesedihan padanya…
Doakan Dia selalu. Dia akan menunggu abang di pintu syurga. InsyaALLAH.
Salam sayang…..
Zaireen Nadia”
*********************************************************
SILA KOMEN!!!!!!!!!!!!!!!!





3 komen:
Salam...nice story..tp,nape leh buta lak ek?
@oh!dawie
thought to keep it as a question...tp kang pelik lak citer ni kan...
sis dah edit...
dia buta sbb kena tumpahan asid masa nk cuci gmbar. (mcm dlm video tu)...hehehe
sedap di baca....
ada feel....
terasa kita di bawa bersama....
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...