BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Kuantan from MegaView

Share

Saat entry ni ditaip, DaHLia baru je check in kat Megaview…disebabkan aku ni memang ringan mulut sket, dapatlah aku bilik dpt tengok laut… Aku orang ke2 yg mendaftar..Mana  yang lain ni??? Hoho… Xde teman nk buat ketupat ni…
Program start malam ni kul 8mlm tp aku dah sampai awal ni wehh..aku igtkan start petang, punyalah awal aku datang..huhuh…korang layan laa gmbr yang aku dpt tangkap dr bilik aku di tingkat 8 ni yer….

» Read More...

Hari Asyura

Share

14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti

3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti

11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca
"has biallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa nikmannasiru"
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini ***semak dengan ustaz/pakar rujuk

13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa
Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

» Read More...

CIMBCLicks Berubah Wajah …

Share

Petang tadi…DaHLia nak mentop up MAXIS..so memang sokmo2 laa guna internet banking jer..either M2u or CIMBClicks.. Tak disangka2 lak CIMB Click dah berubah wajah sempena Tahun Baru 1431H ni jugak..Semalam DaHLia pun ade login untuk check gaji ..dan rupa dia masih macam ni…
clim
tapi hari ni..memang Octo sesangat laaa….ni muka CIMB Clicks yang baru ya kawan2…

» Read More...

Lagu Satu Muharram

Share

1 Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekkah ke Kota Madinah


Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum muhajirin dan ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta


Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan


Oleh itu mari semua
Kita sambut Ma'al Hijrah
Tingkatkan semangat
Kibarkan Syiar Islam
Untuk sepanjang zaman....

» Read More...

PERISTIWA PENTING DALAM MUHARAM

Share

 

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).

10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan 'Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.

» Read More...

Awal Muharam…

Share

SEJARAH AWAL MUHARRAM/ MAAL HIJRAH

Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram Ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.

KISAH HIJRAH

RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia. Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.


Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk. Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib).

Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah. Satu hari pada tahun 622M, iaitu kira-kira 12 tahun selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam.

Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam. Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu.

Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra). Baginda memberitahunya: "Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah." Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya. Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW). Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda.

Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu. Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah.

Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu. Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati.

Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah. Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah.

Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT.

 

Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadih kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah (SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal. Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira.

 

Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan. Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu.

Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah. Maka pada hari Isnin 8 Rabiulawal bersamaan 20 September 622M, Rasulullah (SAW) akhirnya tiba di Quba, sempadan Madinah dan benar-benar masuk ke Kota Madinah pada 12 Rabiulawal, hari Jumaat dan mendirikan solat Jumaat yang pertama di Kampung Bani Amar.

 

Kaum Muslimin semua keluar untuk menyambut baginda. Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT.

Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan tahun peristiwa bersejarah ini sebagai tahun permulaan kalendar Islam

» Read More...

Merdeka !!!

Share

Usai sudah SPM ngan STPM untuk tahun ni…MERDEKA!!
Logo_judul_komik_merdeka_by_komikmerdeka
Ingat lagi, lepas paper Geografi kelmarin, Selasa 15hb Dec 2009, semua calon yang aku jaga punyerlah ceria, ade yang siap2 menconteng meja, tukar2 hadiah, amek2 gambar.. Aku dulu macam tu ke ek???

» Read More...

Hadiah Tahun Baru utk Malaysia!!

Share

Akhirnya, setelah 20tahun menunggu, Malaysia berjaya menjulang Pingat Emas untuk perlawanan akhir bola sepak Malaysia-Vietnam bersempena dengan Sukan SEA 2009. Malaysia menang 1-0!! Yeah!!!
25thseagames
Kali terakhir team negara kita menang ialah pada tahun

» Read More...

Doa Awal Tahun 1431H

Share

Baca doa ni selepas selesai solat Maghrib…
doa awal tahun
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan s

» Read More...

Doa Akhir Tahun 1430H

Share

Baca doa ni sebelum semayang maghrib…Sekarang laa jawabnya!!!
doa akhir tahun

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

» Read More...

Jadual Waktu Sesi 2010

Share

Hari ni hari terakhir SPM…bukan jadual aku pun hari ni…tapi aku dah janji ngan mmber utk buat Jadual Waktu..Dia SU…aku tukang nyebok…tolong2 sebab aku kan memang suka belajar…

DSC00158
Disebabkan tiada waktu yg khusus, aku bertolak dr umah dah 8.45 pagi…Nasiblah jalan Pekan-Kuantan boleh dikira best dah…Gading bersilang pun dah siap pasang kat depan Penjara Penor tu..

» Read More...

Windows 7 for my Presario…

Share

Alhamdulillah…rezeki aku murah hari ni…duit claim marking PMR dah masuk + bonus dah masuk…adelaa dlm RM2+++ total…leh laa aku invest utk beli new product for new project alpha ..but I have to plan it properly..berbaloi atau tidak ek?? Tapi td ade org dah puji…tp aku jawab aku bleach..hahha…

» Read More...

Aeon Jusco Melaka meletup???

Share

Lepas kejadian KB Mall, AeonJusco Melaka lak yang mengorbankan nyawa… seorang maut dan beberapa orang cedera disebabkan kebocoran gas pada saluran gas di ruang medan selera..

jusco_thumb

By now, Jusco tu belum dibuka untuk orang ramai…Khamis ni baru nk dirasmikan… nasiblah masih belum dibuka, so tidaklah melibatkan lebih ramai mangsa..

Klik image bawah utk ke berita sepenuhnya…pilih mana yang berkenan eh

jusco1

cats

» Read More...

Gadis Jingga di Awan …

Share

Ni aku tengah tgk Awan Dania…td ade scene Dania tgh baca blog gadis jingga yang kawan dia buat tu… hari tu pun ade gak sbut pasalblog ni..

So, aku pun google laa..nak gak tgk blog ni…Hasilnya..tara…

cats

Yup…blog ni betul2 wujud..tp xbest laa sbb xde update..kan best kalo this blog updated and selari dgn citer awan dania..kan lebih gempak gitu??

Tapi, xupdated pun, ramai giler peminat…follower by time en3 ni ditulis pun 312…aku rasa, ni mesti trafik tinggi ni…

p/s: lawak gile bile mak si Nazim tu ckp kena renjatan elektrik ke kilat ntah td..hhaha..plus, eh, bukan perempuan ngandung xleh nek flight ke??

» Read More...

Nobody - Wondergirls

Share

Nak share ngan korang lagu comel...
bila nyanyi lagu ni, konpem terbayang2 tarian wondergirls ni yg gedik2 comel...
Best sangat!!!








lagu ni jugak ade dalam bahasa Inggeris...tp xsecomel bahasa korea laa.
td dengar dekat HotFM baru nk pomot...
DaHLia dah pakai ringtone ni lebih sebulan lepas jumpa lagu ni kat blog sape ntah...lupe da...hahaha
ni translation dlm bahasa inggeris...














» Read More...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais