BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Home » , , , , » Pendidikan Seks di Sekolah…wajarkah dilaksanakan?

Pendidikan Seks di Sekolah…wajarkah dilaksanakan?

Share

Salam geng…
Aku tertarik untuk menulis pasal isu ni setelah hebat diperbincangkan di Hot FM semasa aku dalam perjalanan ke sekolah kelmarin. Aku pergi sekolah kelmarin lebih hangat agak lambat dari biasa jadi dapatlah aku dengar beberapa pandangan dan cadangan daripada caller…Yang mana isu ni sememangnya ada pro and cons dia… Persoalannya, wajarkah dilaksanakan di sekolah?
 aneh



Saranan mewujudkan pendidikan seks di sekolah ini telah dibuat kepada Kementerian Pelajaran (boss besau aku tuu)  datangnya daripada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Rasionalnya adalah untuk membendung gejala sosial dan kes pembuangan bayi yang semakin membimbangkan sekarang. Setahu aku, idea ni bukan baru…dah ada since 2006 atau mungkin sebelum tu lagi , sebelum aku jadi seorang guru lagi…


Seks ni taboo dalam masyarakat kita. Kenapa? Sebab kita dididik dengan penuh rasa malu.. Yup, kita kena ada perasaan malu!Tak salah untuk rasa malu..Salah kalau kita tiada rasa malu. Isu seks ni kalau diperbincangkan, banyak cabang-cabang dia..Tapi selalunya bila cakap pasal ni, minda kita akan terarah ke arah perlakuan seks tu sendiri, bukannya general.


Aku  tak rasa wajar disediakan waktu khusus dalam sesi persekolahan untuk membincangkan pasal ni sahaja sebabnya banyak implikasi dan persediaan rapi perlu dibuat terlebih dahulu. Tapi adalah lebih baik sekiranya elemen ini diterapkan di dalam subjek sendiri.. melalui penerapan nilai-nilai murni semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dalam Bilik Darjah. Kalau untuk sediakan waktu khas untuk bercerita mengenainya, apa yang akan diceritakan? Melainkan ada perincian khusus tentang silibus yang akan diajar.


DSC02174 
aku baru tunjukkan organ pembiakan lelaki dan perempuan, dah senyum2…aku pun cuba bercerita serba sedikit dalam kelas tadi…abis gelaks..sambil bercerita, sambil nasihat menasihat ..

“Pesanan Penaja dari Cg Dahlia untuk mereka hari ni : Jauhi Seks Sebelum Nikah”



Sepengalaman aku mengajar Sains Tingkatan 3 bab Pembiakan tahun lepas, pelajar yang aku ajar, xsemacam aku semasa jadi pelajar diulu. Ingat lagi, Bab Pembiakan tu laaa yang membolehkan aku dapat A dalam Sains (lepas tu tidak lagi…pecah rahsia di situ).. Ingat lagi bagaimana kami tergedik2 boo boo dalam kelas masa Cikgu ceritakan pasal tu..Tapi tidak bagi pelajar aku.. Mereka macam malu pelik, macam zero, macam tak tahu apa2 (walaupun sebenarnya tahu lebih dari tu).. Sememangnya aku dapat rasakan, kebanyakan remaja sekarang ni tidak tahu fungsi dan peranan , tidak tahu batas2 dalam pergaulan di antara lelaki dan perempuan tu sendiri. 



Siapa yang harus dipersalahkan? Nak kata ibubapa, nak kata cikgu, nak kata environment? Tepuk dada, tanya minda! Pada pendapatku, peningkatan gejala itu semua adalah daripada CD lucah, Komik Lucah, 3gp Lucah yang bebas di download dari internet dan dikongsi melalui bluetooth dalam handphone canggih memasing.. Apa nak kata, student pun pakai blackberry, cikgu hanya mampu pakai handphone boleh baling anjing? **aku laa ttuuu…ade sesapa nk dermakan BB untuk aku??



Selain daripada tu, yang aku nampak ialah di mana kes-kes mengenai seks bebas diperincikan di media massa, sama ada akhbar (surat khabar mana yang suka citer sensasi pasal ni? Lu Pikirlah sendiri!) mahupun media massa elektronik. Ingat lagi bila tilam diusung keluar masuk mahkamah dipertontonkan ramai.  Satu lagi, penjualan kondom di convenience shop yang terlalu meriah juga penyumbang kepada peningkatan masalah ni. Beli kondom macam beli coklat jer… huhuh…



Pernah aku yang naive (naive ke?) di sebuah kedai, tertarik dengan bungkusan sebuah benda kat sebuah kedai tu…belek punya belek, kondom upanya…packaging punyalah cun habis…Then, bila dah tau rasa menyesal yang amat.. Rasa geli geleman macam nak samak lak tangan aku masa tu..hahaha…



Bagi aku cadangan satu jer, penerapan nilai2 agama dalam diri masing-masing dan ibu bapa memainkan peranan penting dalam proses pertumbuhan anak-anak…tapi jangan ambil peluang! Ibu bapa sebagai pelindung, bukannya mengambil kesempatan… Masyarakat sekitar pula hendaklah menunjukkan tauladan yang baik dan cakna untuk sama-sama membendung, bukan hanya tau menuding jari dan bersikap lepas tangan.


Ada yang cadang, pendidikan seks ni ditukar nama kepada pendidikan gender (jantina)…teringat kenangan mengajar modul Jantina ni pada anak didik PLKN aku dulu…
female-male-symbol dulu aku sellau konpius dengan simbol mender alah ni…tapi bila pikir logik anak panah tu, barulah aku boleh bezakan :)



p/s: Entry ni ditulis dan dikarang olehku sendiri… Boleh laa kalo nak buat esei.. :) tapi perlu digarap lagi…kan? Lama woo xtulis esei… tulis ni mana tau nanti abang Google sayang…heheh 

13 komen:

tehr said... [Reply to comment]

salam cikgu - saya tak setuju langsung dengan cadangan ini - bagi saya, pendidikan seks yang mahu diajar ini dibawa khas dari barat yang semua sudah maklum, kacau bilau dari semua segi - gejala sosial tidak boleh dibendung dengan matapelajaran pendidikan seks - cuba tambah masa untuk mp agama, sivik, sejarah ... saya berpendapat akan lebih berkesan

zulkbo said... [Reply to comment]

"Seks ni taboo dalam masyarakat kita. Kenapa? Sebab kita dididik dengan penuh rasa malu.."kerana rasa malu ni lah bila ngandung anak buang dalam tong sampah..rasanya pelajaran sex di sekolah perlu biar mereka tahu kesan perhubunagn sex rambang dan di luar nikah...SAYA SOKONG...

zulkbo said... [Reply to comment]

Pendidikan sex perlu kerana ianya keperluan asasi manusia yang matang..budak sebelum matang perlu di ajar mengawalnya dan mengikut norma islam..mak ayah rasanya malu nak ajar anak..sebab ada setengah kes buang anak..anak ustaz ustazah..kenapa??sebab malu nk mengaku..takut kat mak ayah..jika ada pelajaran ini dah tentu semua dapat di bendung..sex selamat..bila perlu?semua akan di ajar..yang malu sekarang ialah para guru kan??nak malu apa cuba tanya diri sendiri..apa itu sex?perlu tak dalam diri anda??Bila anda tahu tentang sex??Bila anda rasa berkeinginan?tepuk dada tanya akal?..kita perlu memandang jauh,byk sangat kes buang bayi sekarang..siapa??melayu islam kita......nauzubillah...

sharinginfoz said... [Reply to comment]

rasanya patut sangat tapi module tu kena kaji betul2...

Jumpa Doktor Gigi

Melancong Percuma???

Matt Leopardus said... [Reply to comment]

aku sokong 100% la apa yg ko cakap dlm entri ni. same je dgn ape yg aku nk ckp huhu :Þ tapi memang aku membantas keras pendidikan seks ini diwujudkan. Seolah-olah ini akan menggalakkan lagi imaginasi pelajar-pelajar ke tahap yang lebih teruk lagi. Ala, masa Sains Tingkatan 3 bab Pembiakan pun, imaginasi dah merapu jauh dah, inikan pula Pendidikan Seks!! Tidak cukupkah pendidikan agama atau moral yang telah diajar di sekolah-sekolah?

Apa-apa pun, aku percaya punca utama ialah kecanggihan teknologi terkini yang disalahgunakan oleh segelintir pihak lantas menjadi penyebab tersebarnya bahan-bahan lucah yang merangsang nafsu di kalangan muda-mudi. Akibatnya,terjadilah pergaulan bebas dan liar di kalangan mereka. Nauzubillah..

Mengenai kondom pun, aku naik malu sebenarnya apabila pergi ke kedai-kedai runcit 24jam, ade ke patut dijual camtu je, dah le letak atas kaunter, ni seolah-olah nak mengalakkan maksiat je, hampeh tul...

zaiMi said... [Reply to comment]

pendapat aku la kan, aku tak setuju pendidikan seks kat sekolah. sebab dia ajar student macam mana nak lakukan seks secara sihat dan bagaimana nak kawal kehamilan. ni tak langsung menggalakkan student buat seks sebab diorang dah tau cara nak buat dosa cara selamat. memang banyak buruk dari baiknya. lagi bagus kalau sekolah tambahkan subjek ugama dan moral. boleh mendidik student jadi orang yang lebih baik.

Amirah Rashid said... [Reply to comment]

tu laa. xsetuju. sbb klau ajar, nnti budak2 lg nk try test kan. lg teruk tuu -.-"

Frantz-Senpai said... [Reply to comment]

actually, pendidikan islam dah lebih dari mencukupi jika diterapkan betul2.

sis, pasnie try pakai IntenseDebate plak ye! hehe

she said... [Reply to comment]

ntah la..dulu2 time blaja bab pembiakan pon dah ade yang mintak buat experiment supaya lebih paham.abes cane kalau ade terus pendidikan nih.mau haru cikgu nak menjawab soklan.

Cik Norfa said... [Reply to comment]

sebenarnya kewajaran tu setakat 30% je...
kalau dilihat, semua yang kes buang anak bagai tu semua MELAYU dan ISLAM.
jadi sebenarnya apa yang patut kita tingkatkan lagi. ajaran AGAMA ISLAM.
itu yang penting...tekankan balasan kat akhirat kelak..

DaHLia said... [Reply to comment]

tu la...kita dah ada subjek sivik, moral , agama....gunakan yg tu jer pun ok... gruu mainkan peranan utk penerapan nilai2 murni,ngat mengingati antara satu sama lain...

3A said... [Reply to comment]

rasanya ramai yang keliru. mungkin kerana penggunaan istilah itu sendiri. sedangkan apa yang cuba diterapkan ke dalam Pendidikan Seks ini meliputi pelbagai aspek. bermula dari persetubuhan, kehamilan, kelahiran, pembesaran dan lain2 lagi.

memang benar, telah ada subjek2 lain. namun subjek sains telah pun ada silibus yang saya rasa sudah cukup mampat dan padat. demikian juga dengan subjek pendidikan islam/moral. ini kerana waktu pembelajaran yang agak terhad.

mewujudkan sebuah lagi subjek dengan kaedah dan penekanan yang berbeza. memang wajar difikirkan bersama. dan tidak semestinya diajar di sekolah rendah. mungkin di sekolah menengah. seperti mana subjek kemahiran hidup untuk pelajar lelaki dan ekonomi rumahtangga untuk pelajar wanita. mungkin kaedah yang hampir sama boleh digunapakai.

sekadar pendapat.

Anonymous said... [Reply to comment]

This simply matchless message ;)

Post a Comment

Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

My Shoppe =)

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais