Salam geng..
Entry ni aku buat saja nak santai2.. Memandangkan hari ni hari Rabu, adalah baik aku buat entry santai2 jer kan. Haha macam ada kena mengena. Ops memang ada kena mengena hari dengan kesesuaian entry untuk dipublish bagi aku sebabnya psikologi manusia berubah hari ke hari. Nak kena diskus pasal tu jugak ke? Later laa okey bila ada permintaan ^_^
ada permintaan? bagitau P.A aku ni..
Entry aku ni adalah semata-mata untuk menjawab soalan soal selidik yang telah dibuat oleh Mofasad iaitu “APA TUJUAN KORANG BERBLOG?” Oleh kerana jawapan untuk soal selidik tu hanya ada empat sahaja yang sememangnya tidak relevan dengan blog ini, maka aku terpaksa menjawap
E. Lain-lain (Sila Nyatakan)
Tadi aku dah taip kat ruang komen dia tapi aku terfikir ada baiknya aku buat entry pasal ni ditambah pula dengan datang idea baik punya masa aku on the way balik makan tadi. (Aku nyatakan dekat hujung entry k).
Ok, niat asal mula2 blog dahliajournal ni ditubuhkan sebab nak meluahkan segala perasaan aku yang sememangnya aku jenis suka simpan dalam hati dan pendam sendiri2 jer. (Sifat orang lahir bulan November agaknya). Sebab tu lah namanya ialah dahliajournal yang membawa maksud jurnal dahlia, maksudnya catatan dahlia. Sebab tu laa korang sendiri leh tengok betapa emonya aku dalam entry mula2 dulu. Dengan entry panjang berjela jamak seminggu. Memang rasa nak delete jer post2 lama aku tu.. Boleh laa nak try usha2 bawah ni..kalo nak lagi, korek sendiri dalam arkib tu…hahah..sampai konvo adik aku pun aku kutuk tau. Memang ntah apa2 aku rasa masa tu.
Selepas mula dah rasa selesa ngan blog sendiri, dah pandai jejalan meronda di alam maya (blogwalking) tengok blog orang comel, ada macam2 kat blog, mulalah tangan pun gatal nak letak widget memacam, ubah template sana sini, main edit2 template.. Niat masa tu pulak memang nak belajar code2 segala, tambahkan ilmu pengetahuan untuk aku yang memang tak pernah ada kelulusan dalam apa apa bidang komputer sekalipun. Semuanya belajar sendiri jer.. Alhamdulillah , nasib hati aku ni masih terang nak belajar.
Kalo cakap blogging untuk duit semata, aku tak rasa itu motif utama aku. Aku letak Nuffnang pun almost 3 months selepas berblog. Ia datang selepas sebok tengok orang cashout itu ini. Sana sini blog canang dapat duit dari blog itu ini, So, aku pun terujalah sampai join geng klik, tapi nasib baik aku tak buat geng sendiri walaupun ada niat jugak..hehe, just join sesi itu tapi takdelah jadi ahli tegar. Ahli biasa2 jer. Skarag ni je sampai ada Raja Buffered gelar aku Ratu Blogwalking. Adakah patut? Haha. Blogwalking pun untuk trafik, utk kita2 gak kan..
Kemudian, aku makin rasa bahawa nak berkongsi maklumat dengan semua. Semua datang setelah aku mula menyelia beberapa blog dari bawah, dari banyak blog aku kritik, dan aku rasa diorang dah pun berbangga dengan blog diorang, alhamdulillah. Sebab itulah ada post2 tutorial, tips2 di dalam blog aku ni. Semuanya untuk membantu mereka yang ingin ada blog. Aku suka kalo komuniti ini berkembang. Lebih baik daripada duk melepak x tentu hala.
trafik aku sumber inspirasi aku untuk terus berblog. motivasi ekstrinsik selain dari pendapatan dan juga kesetiaan korang semua :)
Banyak menda yang boleh dapat dengan blog ni. Dapat ilmu, dapat kawan, dapat duit, dan sedar tak sedar dapat membantu meningkatkan diri kita. Sekarang ni, aku memang rasa aku obses pada blog aku ni, tapi lebih kepada nak menjaga hubungan blogger and reader. Aku tahu ramai silent reader di sini yang banyak memberikan sokongan pada aku. Aku tau ramai menyokong apabila aku nampak trafik yang mencanak tinggi dan stabil, dan rezeki yang sentiasa mencurah. Alhamdulillah. Moga ukhwah ini berkekalan. Tetiba teringat ucapan Noor Khiriah masa menang ABPH 2009 malam tu.
“Saya tak sangka saya ada peminat”
* SPECIAL FOR BLOGGERS THAT HAVE NO IDEA TO UPDATE BLOG *
Buat post juga kenapa anda berblog tapi mesti ada sumber siapa yang suruh anda jawab. Dan jangan lupa dalam entry tu dekat bahagian hujung, korang letak ayat ni..
Mofasad > DaHLia > Nama Korang dengan link ke blog
dah jawab kenapa kami berblog. Anda pula bagaimana?
Untuk kali ni aku nak suruh guard tegar blog aku, MIERAN buat entry jugak pasal ni dulu. Nanti dia pulak akan pass, dan korang pun passing2 laa kepada seorang jer tapi pastikan ada urutan nama asal tu supaya tak tertag orang yang sama banyak kali, dan dapat bagi backlink kepada orang tu pada masa yang sama. At least korang ada idea untuk update blog kan? Ada faham kaa? Tak faham tnggal komen k. Buat post simple pun xper :)
p/s: Maaf kalo aku banyak cite kosong je sini, aku memang xpandai nak buat post yang pendek. :)



17 komen:
hai..selamat berblog..lawat2 la page sy yer
yang suka komen je tanpa ada blog nak digelar blogger juga?
eh, kalau dah faham boleh komen juga?
aku... dulu buat web sebab pk1 suruh, buat blog hanya pandai2 sendiri je - tumpang sekaki dalan dunia blogger...
oo.. nk try wat gak hehe...
mcm kbtlan pula.
br jer panadol wat n3 sal nie.
ihihih
bagus style nie ;] boleh eratkan lagi hubungan antara blogger ;]
wahhhh...panjangnya penjelasan wanita ini...
tetapi pengisian mantap.. terbaik.. wah.. rajin2 la singgah selalu yer.. :P
Jadikan blog sebagai rujukan di masa hadapan tetapi jangan jadikan blog sebagai penambah dosa dengan keyword2 yang ehem2.. paham2 je la.. saya amat takut pada dosa. Biar lah kita jaga adab2 sebagai umat Islam dari bertambah dosa. Ingat blog kita ini akan disoal di akhirat esok. Sebagai peringatan pada diri saya dan juga semua blogger.
mieran kena wt entry pasal apa ni?kenapa aku berblog ek?
your traffic so high =)
salam..
ha ha.memang panjang2 posting you Dahlia
okeylah saya pun suka baca juga..tahniah kerana
semakin berjaya dalam dunia blog..
pergh.. trafik hari2 tinggi gile blog nie.. tahniah2..
ok..byk gila readers blog ko..
traffik mencanak tinggi tu..
thanks atas tip2 yang sgt berguna ni...akan cuba praktik kan...
aku nak login pakai passwoed email aku ke weh...
http://pangkin4rest.blogspot.com/
erk..login apa ni?? konpius ni rio :)
Wow! Tggi traffic. Happy blogging! :)
tggi nya traffic dyee
As-salam, nak join compitition nih tp aku dah tulis dulu baru terlawat blog nih... hehehe... mmg betul sumber inspirasi tuk terus berblog ialah traffic yang tinggi... tahniah kerana mempunyai silent readers yang boleh dikatakan ramai....
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...