Salam geng…
Apa khabar? Kalau ikutkan perancangan, entry ni aku nak taip dekat umah baruku yang self hosted tu…tapi memandangkan kasih sayang yang telah Nuffnang berikan pada aku hari ni, aku tahu, aku kena tangguhkan dulu niat aku tu.. So sebelum aku mengarut lebih lagi, aku nk ucapkan terima kasih pada Nuffnang sebab sangat bermurah hati pada minggu ni.. dan juga jutaan terima kasih kepada semua pengunjung yang setia keluar masuk ke blog aku ni..Again, terima kasih banyak2 aku ucapkan pada korang semua dan juga Nuffies!!
Kenapa aku kata Nuffnang sangat pemurah? Standard ah kan, bagi orang yang obses pada blog dan matawang macam aku untuk melihat laporan analytics setiap hari di blog...penting sangat ke? aku ada target aku sendiri so aku kena pastikan trafik aku mantap tiap bulan, bukannya merosot…So far, setakat ni, weekend pun aku berjaya dapat 500 UV, tanpa new entry, tanpa blogwalking gegila sebabnya aku tak dan laa..huhuh…tapi aku memang akan balas segala kunjungan biarpun lambat…Macam mana nak bg trafik yang banyak dan maintain?
increase RM40 tu dari last week…sapo nak bagi? xke mmg Nuffnang pemurah?? most blogger pun cakap dapat income banyak hari ni… senyum simpul semua hari ni… padahal kalo nak compare dgn klik pada bhgn earning tu, berapalah sangat…memang inilah jumlah paling banyak aku dapat ngan Nuffnang setakat ni..Abang Hijau? hehari..hehehe… Hari ni pun aku perasan ada iklan yang kerap menerangi blog aku di bahagian header, dr pagi sampailah ke malam sblm aku kuar makan Mc D tadi… fikiran aku cakap itu BUFFERED..mudah2an laa…
Peringatan: laporan earning xkan update hehari, check pada hari isnin jer…hari isnin memang hari aku menyemak akaun nuff aku..
RM1 for SMS? Iklan DG yang menerangi blog aku sepanjang hari..alhamdulillah…
Oke, kenapa akaun Nuffnang statik @ kosong? RM0.00….Bawah ni sebab2 yang biasa aku perhatikan kat blog2 yang baru tumbuh macam blog aku ni kebanyakkannya…
1) jenis iklan yang dipilh tu salah..sepatutnya pilih CPC, baru iklan akan cuba kuar…
2) xpasang iklan semua…sila pasang ketiga2 code ads dlm blog untuk menjana lebih banyak.
3) salah konsep bahawa bilangan trafik = bilangan earning.. earning bergantung pada trafik, tapi bukan semudah itu..iklan kuar xtentu masa, so pastikan ada keluar masuk trafik ke blog (sila selongkar entry untuk menarik trafik ke blog)
4) tiada status gliterati …status ni penting sbb banyak beza dr earning…kalo glitterati, satu CPC 25sen, kalo ordinary member, 15sen..kan banyak beza tu…untuk dapatkan status ni, pastikan anda tidak memasang sebarang ads lain di blog anda. Yang pasang ADVERTLETS tu, rajin2 google kredibiliti mereka dalam menyelesaikan bayaran… so far, memang Nuffnang banyak kebestaan nyer..
ada lagi ke nak tambah? sila komen di bawah oke….
emel dari Nuffnang yang mencetuskan kontroversi dan ketakutan para blogger untuk berkunjung ke blog aku tetengah malam..hahaa.. yang penting, sila elakkan FRAUD CLICK.. Amender FRAUD CLICK? Klik yang dibuat tanpa niat mengetahui iklan tu, semata untuk bg keuntungan pada pemilik blog. Baguskah? Aku ngaku aku ada buat BW sambil klik (dulu memang tegar), tapi tidaklah sampai menubuhkan geng klik2 + fraud… Siyes, sejak emel ni tersebar seantero blog, ramai yang takut untuk berjaga tengah malam…huhuh..shoutbox aku siyesly, dah tak meriah seperti dulu…kalau dulu, ramai yg bagitahu, dia bertenggek kat shoutbox aku untuk melawat orang lain…
boleh ke klik iklan sendiri? Aku memang sokmo klik iklan nuff kat blog aku sendiri kalo ada iklan2 baru (kenyataan berani mati tuu)…sebabnya, memang aku berminat untuk tahu pasal iklan tuuu.. tapi tidaklah sampai nak klik berkali2…semata2 nak menjana wang…cukuplah sekali, lebih2 tu biar pelawat yang nak klik…setiap klik akan berbalas ok..
Lastly, aku ada tips ringkas , very the ringkas one…untuk kongsikan dengan semua (walaupun aku juga newbie)..sharing is caring kan? Tips ni utk tarik trafik , maintainkan trafik tu dan seterusnya menjana income Nuff anda… tapi janganlah berblog semata untuk income jer…just letakkan income tu sebagai motivasi kita untuk terus mencari ilmu dalam blogging :)
Tips Ringkas untuk Berblog dengan jayanya: (details selak entry lama2 katt arkib tu..
1. First impression is the most important – solek blog korang cecomey biar visitor rasa melekat..loading blog bagi laju
2. Entry – update entry selalu, ping di ping aggregator site
3. Bina jaringan persahabatan - buat lawatan ke blog orang lain juga…
Itu je laaa yang aku dapat fikirkan setelah membantu beberapa blogger baru untuk bertatih (blogspot la) takat yang aku mampu…
p/s: aku berkongsi, salah sila perbetulkan :) YM aku: dahliajournal …



9 komen:
Memang kena pasan ketiga-tiga ads ke...hehe...patut lah 0 agi...kehkeh..
syukur, ada jugak kan :)
sumbangan keringat??
salam dahlia..kalo x salah saya nak tanya mcm mana nk paste kan code ads tu kat mana? huhu template tu kat part mn? saya baru dlm dunia blog nie. So nak bertanye la kat senior nie hehe
tuan rumah,iklan cpc tu apa?camne nk pilih jenis iklan cpc tu?
x phm lgsg pasal nuff ni
main ikut org je, org pasang kita pasang haha..
nuff kat blog asik tidoo jew, canee? :(
hebat la cikgu ni..thnx sudi share tips2..insyaallah murah rezki hendaknya..:)
terima kasih cikgu. he
kenapa pula stats uv ke blog aku kosong menurut nuffnang sedangkan aku check kat blog lebih 500,sebelum ni dia ada tunjuk,tapi hari ni kosong pula.
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...