Salam geng..
Aku rasa aku ni dah kira terlambat nak review pasal Project Alpha Nuffnang ni. Honestly, masa Project Alpha Season 1 last year, memang aku takde feel pun, maybe sebab masa tu aku masih lagi baru ngan Nuffnang. Memang pandang sebelah mata jer. Sebab aku memang takde target apa2 pun dengan blog ni, tak target nak jadi blogger hebat, ataupun blogger terkenal macam Redmummy, Kennysia, Beautiful Nara tu.
Sekarang ni je rasa teruja ngan Nuffnang sebab adanya Buffered Earning dan berkawan2 dengan blogger2 yang ada impian yang tinggi bersama Nuffnang contohnya mamat ni. Dan satu lagi apabila kuarnya iklan video Project Alpha Season 1 ni kat blog aku.
comelnya RM dalam ni..then masa Jojo tu memperkenalkan blogger2 tu, rasa wah, macam artis! Glemer gitu.. Rugi kalau korang tak tengok sebab ada tips yang best disediakan di setiap video yang ada. Dan korang jugak boleh masuk daily contest pasal Video ni. Tonton je video, dan jawab soalan mudah based on the video setiap hari.
Bagi yang blur lagi macam aku, ni info sedikit sebanyak pasal Project Alpha ni. Project Alpha ni Malaysia’s first online reality TV show yang membongkar kehidupan seharian bloggers terpilih. Siapa mereka, bagaimana kehidupan mereka, apa yang mereka buat, apa yang mereka makan, apa aktiviti kegemaran, macam mana dapat inspirasi untuk blogging, dan lain-lain akan dibongkar dalam Project Alpha ni.
Kalau untuk Project Alpha Season 1 dulu, blogger terpilih ialah Redmummy, Budiey, Nicole Kiss, Kenny Sia, SixthSeal dan jugak Fourfeetnine. Blogger-blogger yang terpilih untuk Project Alpha Musim kedua ni sememangnya lebih mantap dari segi kandungan blog mereka dan lebih glamourous dari yang pertama antaranya yang korang pasti kenal ialah Klubkidd yang sokmo reveal pasal Akademi Fantasia dan jugak Azwan Ali amboi.amboi..amboi tu laa.. Nak tahu yang lain, tonton video bawah ni.
Project Alpha Season 2 ni disiarkan secara langsung secara talian setiap hari selama 4 minit sahaja dan boleh ditonton di ruang iklan LR (bawah post) di blog korang.. biasanya mulai tengah malam ada episod baru akan ditayangkan. Selain tu, korang boleh tengok sendiri di
www.projectalpha.com.my
www.nuffnang.com
www.projectalpha.ruumz.com
www.dailychilli.com
www.hitz.fm
www.era.fm
www.youtube.com/projectalphashow.com
www.facebook.com/projectalpha
Join grup : www.projectalpha.ruumz.com/groups
Nak lebih puas lagi, Project Alpha akan disiarkan setiap minggu untuk 30 minit di Astro Hitz.tv. Di mana layarnya lebih besar dan kapasiti penontonnya juga pastinya meluas.
Kalau dah ada musim kedua, mesti musim ketiga akan menjelma juga kan? Kepada semua yang bergelar blogger dan berminat untuk glemer dalam Project Alpha musim ke-3, boleh laa menyertai ujibakat dengan menghantar video sample audition korang selama 1 minit jer tau di :www.projectalpha.ruumz.com/groups seperti Darkbatman, Pojiepooh, Aidi Safuan, GTO, Anak Perak, Jai (walaupun ada antara mereka tak pernah sampai blog aku yang xsehebat mereka, aku link jugak.baik tak aku?) dan yang lain-lain.. Aku mention nama diorang sebab aku pun tolong vote diorang. Kalo korang join, pasti aku vote like jugak untuk korang!
Vote for Darkbatman here (tengok dia yang sebenarnya seorang yg pemalu) dan vote lah jugak untuk blogger lain ^_^ . Tengok siapa mendahului dengan vote tertinggi.
Tengok video yang diorang hantar ni, memang tetiba rasa sangat teruja untuk anta video sama. Aku siap berangan nak buat macam ni lah, macam tu laa.. haha kelakar lak kalo nak share kan idea untuk diri sendiri tu. Tapi bila fikirkan sifat pemalu yang menebal dalam diri, aku rela tak glemer ^_^
Details pasal Project Alpha Season 2 ni, korang boleh tengok di sini. Banyak benda menarik untuk dibongkarkan dan disertai! Nanti aku bongkarkan lagi oke… heheh… Penaja untuk Project Alpha Season 2 ni ialah Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.
p/s: kalau aku anta video Audition untuk Project Alpha Season 3, korang sudi ke Vote aku? ahaks..





18 komen:
ya. kita mesti tolong, kita mesti tolong...
haha...laju je cikgu ni ek..kena bg award komen paling laju ni.haha
yup..
klau k.dahlia anta video...
konfom syu vote..
he3...
vote 4 darkbatman coz dia mesraaa alam, hehehe
wahh..nmpk cam best je nie..hikhik
ah nak buat video dah aritu but internet problem loading kat ruumz :(
i baru tau project alpha sejak season 2 je.. >.<
mieran pn teruja pasal projek alpha ni..dan mieran da join contest projek alpha..da jwb soalan stp hari..uhuhuh..best gak tgok video projek alpha stp eps, suka tgok jojo..ahhahaha
Suka ye project alpha ni. Agaknya boleh dapat trafik tinggi kot hehe kalau keluar blog kita ni.
wah teruja gak ne...mcm nak htr gak..
silakan...nnti jangan lupa suh sis VOTE kamu k :)
hehe harus tinggi tuu....tapi daku rasa xmau ah glemer ngat...konon...hah
hahaha suka tgk jojo sbb comel kan :)
ahaks, sama laaa.. i baru teruja sbb tgk video audition diorang kat ruumz...btw, ruumz mmg mcm lmbt sket gak
yeahh mmg beshhh
so far mmg dia mendahului
ahaks,,,segan laa...xmungkin kut...
Jangan sampai kita diagung-agungkan. Tak elok dan berdosa. Baik jangan masuk je.
yuo jojo comel sgt..huhuuh..suka dgar dia speakinh..kalau dpt kuar dinner ngan dia kn best.hahaha..poyo je kn :)
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...