Salam geng..
Rasanya ni adalah entry yang ditunggu-tunggu ramai especially peserta-peserta contest Jom Buat Cerita (JBC) yang berlangsung 1 – 15 Mei 2010 lepas. OK, kenapa aku buat contest ni dengan tajuk “Tak Kenal DaHLia Maka Tak Cinta” ? Adakah sebab aku mencari cinta macam kisah Haliza Misbun dalam Andartu Terlampau, 21 Hari Mencari Suami? No No No. InsyaALLAH aku takder nyer nak sedesperate itu kut.. Amin….huhuh
OK, rasional aku buat contest ni adalah sebab aku nak kontest yang pertama aku buat, biarlah aku uji sejauh mana korang mengenali aku di alam maya ni. Bukan nak mengejar glemer ke apa ke, just nak jugak tengok hasil korang dok belek2 entry aku sebelum ni kan. Lagipun aku ni bukan jenis suka bercerita mengenai siapa aku. Memang aku tak pandai. So, aku lebih suka orang sendiri cuba mengenali aku. Boleh terima kan alasan aku?
Ok, direct to the point pasal keputusan, Jumlah Peserta yang mengikuti Contest ni adalah sebanyak 11 orang Blogger Hebat yang setia di sini iaitu TeHR ~ MieRaN ~ MaTT ~ PaK LoNG ~ Fizs ~ Wan9 ~ Pepijoe ~ JaRD ~ TTT ~ ah Moy ~ Mashimaro ~ yang masing2 ada kelebihan dan kekuatan dari segi entry. Penilaian yang aku buat yang pertama ialah mesti menepati segala syarat yang telah aku nyatakan. Kemudian, barulah faktor-faktor lain diambil kira.
1. Tehr – first yg antar penyertaan yang buat aku tak toleh belakang, banyak link dibuat kepada post aku dalam entry dia dan cara penyampaian dia secara seloka tu betul-betul menarik perhatian! Dongeng Puteri DaHLia
2. Mieran – Entry yang panjang dan padat, penuh dengan isi penting. Haha…Kalau korang tak percaya, sila baca Tak Kenal DaHLia Maka Tak Cinta Versi Mieran . Memang banyak tul laaa dia study,maklumlah protege. Haha..
3. Matt – Yang bestnya, dia ada screenshot rupa asal blog aku sebelum ni. Surat cinta yang dia karang pun agak menarik, nampak sangat dah biasa tulis surat cinta! Warkah Untuk DaHLia
4. Paklong – Cara dia memang definitely lain dan memang banyak geledah blog aku. Entry lain daripada biasa Paklong ni adalah gabungan beberapa tips berblogging yang boleh diikuti. Tak Kenal DaHLia Maka Tak Cinta Versi Paklong
5. Fizs – Masih muda dan baru berblog. Anyway, tahniah juga sebab dia berani mencuba. Teruskan berblog tapi jangan lupa pelajaran mesti diutamakan oke. Tak Kenal DaHLia Maka TaK Cinta Versi ...
6. Wan9 – Penceritaan yang santai dan bersahaja. Tapi tahu nama penuh aku dengan ejaan yang betul.. Pelik gak tu..haha. KOrang nak tau ke? Tak Kenal DaHLia Maka Tak Cinta Versi Wan9
7. Pepijoe – Dia reveal beberapa rahsia yang korang taktau dalam post dia ni. Entry yang simple dan bersahaja, tapi tiada link ke mana-mana post dalam blog DJ. Tak Kenal DaHLia Maka Tak Cinta Versi Pepijoe
8. Jard – Good, ada banner link direct ke entry contest. Banyak gak study aku tp link dalam post yang dibuat tu bukan link ke blog DJ ini. Maybe misunderstanding..Jom Tak Kenal DaHLia Maka Tak Cinta Versi Jard The Great
9. TTT – Entry di hilang pas blog dia mengalami error tempoh hari
10. Mashimaro – banner bukan link ke post. Penceritaan yang agak baik dan ada link ke post yang disukai.. bagus,,,hehe. Jom check Tak Kenal DaHLia Maka Tak Cinta Versi Mashimaro
11. Ah Moy – Details bercerita dan juga santai tapi tiada post2 yang dia berkenan..Banner direct link ke entry contest seperti diarahkan. Bagus! Jom Tak Kenal DaHLia Maka Tak Cinta Versi Ah Moy
Penerima ODP ialah mereka yang ada gambar duta One Drop Perfume iaitu Rozita Che Wan. Yang ada gambar pinky tu akan dapat mini lipstick khas dari aku sebab kesungguhan mereka buat entry yang juga tak boleh untuk aku kata tidak.
Kepada yang menang, diharap emel Nama Penuh, Alamat, dan Nombor Telefon untuk penghantaran hadiah ke dahliajournal@yahoo.com dan bgtau setelah emel dihantar. Hadiah akan dihantar sekaligus dengan menggunakan pos Malaysia. Harap Maklum.
Last but not least, JUTAAN TERIMA KASIH kepada semua!
p/s: Ada sesiapa mahu membangkang keputusan ini? :P






24 komen:
saya tak setuju kalau ada sapa2 yang tak setuju
hehehehe...
tq
terima kasih kak dahlia...huhuhu..sajer jer ek guwau2 x ley komen dlm blog ah moy...hehhe...apa2 pon ini la kontest pertama yang ah moy memang...mana2 kontest pon..ahaks...terima kasih byk2 ( mcm memang award plak--hiks)
yeay--kak dahlia yg comey--saya dah send dah email kat akak...cuber checkk...hehehe
OMaigOd!!
tak sngka boleh dpt hadiah.. ehehehhehehehe... thanks dahlia
tahniah pada yang menang
yes congrates to them
yerp
hhehe...got ur address
got it dear ...tunggu cukup korum kay
heheh..tu laa pasal...saje je gurau senda..hee
betul betul betul :)
cikgu, alamat cikgu? jgn mcm hr tu laks...huhuh
salam...
amboi sakan ulasan penaja....kita tabik la dengan usaha penaja..
ok kita dah sent email...syukran
aku menang ke? cam x caya je..cubit sket....adoi!! tul la, ini realiti hehe..
tahniah kepada pemenang.tak leh nak join..sebab baru kenal..tak tau nak cite pe..hehe
Wah, best! Tahniah matt and all the winners.
lor da umum ke..x perasan la plak..huhu..ada rezeki plak kali ni dapat no 2..huhuhu..thanks sis :)..nanti mieran send apa yg patut kt email sis
hehee mesti wooo promosi lagi selagi berdaya :)
oke paklong...dah cukup semua pemenang bg address, saya sent and bgtau k
hehhee..ok beb..yer lah...aku kan pemurah..wahahahaha
hehe...ok xper, next time join..hehe
yup congrates to all
ahaha...sis dah tinggal kat shoutbox..xperasan aaa tuuu
maaf baru je hantar
thanks
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...