Ingin membeli hartanah? Dapatkan panduan lengkap dari pakar hartanah!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

 Banner
Home » , » Tumbuk Muka Cikgu?..Aku pernah kena maki dan tendang…

Tumbuk Muka Cikgu?..Aku pernah kena maki dan tendang…

Share

Salam geng..

Kesah aku nak cerita ni kisah basi. Tadi masa duk blogwalking, terbaca kisah ada pelajar tumbuk muka cikgu yang kuar kat Harian Metro kelmarin. Tetiba aku teringat kisah aku masa memula aku posting dulu. Kira tahun pertama laa.. Ilmu psikologi pun masih level paling bawah masa tu. Masa KPLI belajar teori jer, praktikal pun kat sekolah agama. Tapi bila nak aplikasikan Teori Psikologi yang dipelajari, macam nilah kisahnya.

 english_teacher

 

Tahun pertama aku posting, aku kena mengajar 2 kelas Sains Tingkatan 1 (K1 dan K3), juga Bahasa Inggeris 3 kelas (2 Tingkatan 2 dan 1 Tingkatan 4 ) yang mana semuanya kelas paling hujung  dan problematic (K4 dan K6). Dan aku pulak jadi Guru Kelas pada kelas 4K6 tu selama sebulan sementara Guru Kelas mereka pergi menunaikan Haji masa tu then ke kelas 2K6 sepanjang tahun. Dahla kena mengajar subjek bukan major (BI), dapat pulak kelas yang memang buat darah aku naik jer setiap kali jejak, so berada di sekolah, di dalam kelas tersebut memang sangat menduga imanku dan mengajar aku erti kesabaran. Sabar kah aku?

 

 

Kisah 1 : Aku dimaki

kucingmaubunuhdiri

Tempat: Kelas Ting 2 semasa kelas BI

Aku tengah mengajar. Dah masuk setengah jam aku mengajar, tetiba pelajar perempuan ni masuk. Akronim nama dia IS. Masuk tanpa bagi salam, dengan gaya tak cukup ajar, terus duduk tempat dia.

“Awak dari mana? Dah setengah jam baru masuk, dengan tak bagi salam”

Dia membisu. Buat pekak.

“Saya tanya ni, awak dari mana. Apsal masuk lambat”

Dia bangun, capai beg, meluru ke pintu keluar sambil mulut dia terkumat kamit menyumpah seranah aku, dengan segala jenis binatang H1N1 pun keluar dari mulut dia. Aku tergamam. Semua pelajar memandang ke arah aku. Terkejut sebab tak sangka boleh dia memaki sampai macam tu sekali. Dia keluar dari kelas macam tu jer. Aku? Tak kose aku nak kejar. Ramai lagi dalam kelas yang nak belajar. Baik aku selamatkan yang ada 30+ daripada yang seorang tu.

“Cikgu, kenapa cikgu tak buat apa2? Kenapa cikgu tak marah?”

“Kalau saya, tampar jer dia tu cikgu”

Aku senyum. Ramai pulak nak jadi fire stone. Melihatkan keadaan IS tu, aku rasa dia mampu nak serang aku. So, better aku diam.

“Awak semua nampak kan apa dia buat, apa yang berlaku tadi.”

Semua mengangguk.

“Ok, saya nak awak tolong tuliskan surat pengakuan saksi dan ditandatangani oleh awak semua.”

Akhirnya surat tersebut siap dengan tandatangan semua pelajar kelas tu, termasuk geng2 IS. Aku kepilkan surat tu dalam Kad Disiplin IS dan menghadiahkan demerit maksimum sebanyak 10 kerana bersikap kurang ajar.

Sekarang IS tu aku pun dah tak tahu ke mana. Hujung tahun tu dah kena tindakan disiplin. 

 

 

Kisah 2 : Aku kena tendang … ?

 

1tipsnulis3

Tempat: Kelas Ting 4 semasa kelas BI

Aku suruh sorang pelajar ni baca. Dia mengelak, aku bagi masa kat dia lagi, suruh kawan yang lain dulu. Then, at last sampai balik turn dia, dia mengelak lagi. Boleh buat pekak jer. Puas aku suruh tapi dia boleh diam jer. 3 minit kami menunggu dia.

“Berambus.”

Aku cakap slow tanpa ayat penegasan. Intonasi mendatar. Aku diam. Buat tak tahu. Semua diam tunggu tindakan aku seterusnya. Aku diam jer.

Sehinggalah tetiba budak tu bangun, ambil beg dia dan tendang meja yang paling hampir dengan pintu. Aku buat derk jer. Keluar kelas, aku tulis demerit.

Dan jenis aku memang aku tak cerita pada sesiapa. Hal aku dengan student, aku lebih senang settle sendiri. Tapi entah macam mana, boleh sampai ke Guru Disiplin masa tu. Budak tu disuruh minta maaf tapi dia reluctant. Aku masuk kelas dia untuk mengajar, dia boleh dirikan buku dia, malu nak memandang muka aku. Tapi aku tahu dia curi2 pandang dan cuba menarik perhatian aku. Aku? Boh layan…

Sekarang budak tu dah habis sekolah. Aku pun tak tahu hala tuju dia sebab aku bukan mengajar dia sepanjang tahun.

 

Itulah asam garam aku yang baru jer setahun jagung dalam bidang ni. Aku bersyukur dan berterima kasih pada Mantan Pengetua aku sebab bagi aku kelas2 sebegitu di awal2 posting aku.

7934_104280989583042_100000034231230_118316_3328670_n Banyak yang aku belajar dari segi kawalan dan psikologi remaja. Sekarang ni alhamdulillah, emosi lebih terkawal. Tak perlu nak bawak rotan keliling sekolah, hanya tunggu jeling jer. Hahaha..perasan.

I_Am_The_Teacher_funny_education_photographs

p/s: Aku masih lagi seorang guru biasa yang masih perlukan tunjuk ajar daripada mereka yang lebih senior.

85 komen:

www.3dlady.blogspot.com said... [Reply to comment]

huhu dlu cita2 nk jd guru tp skang cam dh takot plak..
nak jadi ckgu tadika je la

afnie said... [Reply to comment]

penuh dugaan jd cikgu skng ni kak....tp pahala tu....bebudak ni cermin mak bapak yg ajar...so tgk anak tau la mak bapak mcm mn

Syafrizal said... [Reply to comment]

Pendidikan Islam ditolak mentah-mentah oleh sistem pendidikan kita
oleh itu adab murid dan guru dilupakan
kasihan bagi awak
apa2 hal pun saya memperjuangkan produk halal bagi menjernihkan hati-hati yang gelap seperti student2 itu..
moga-moga produk halal HPA diberkati..

MSRBlogger said... [Reply to comment]

wahh cikgu brutal! haha

p/s - tapi sekarang kena guru-guru kena hati kering jgk, anak murid skrg makin pandai dan kurang hajar, kena pandai counter balik, tgk pendekatan macamana..

patut diimplementasikan sistem tentera dalam sekolah baru semua jadi baik kot?

intankuterpilih said... [Reply to comment]

bu

intankuterpilih said... [Reply to comment]

budak-budak sekarang mmg semakin kurang di ajar...aku memang tak boleh jadi cikgu, sebab mmg tak sabar dengan kerenah budak-budak yg mcm nie...ada kang lain lak jadinya...huhuhu...

rina said... [Reply to comment]

wah suka ah style sis..cool~..semua pelajar perangai lain2..xley mengharapkan semuanya baik..kita paling hangin kalau cikgu membandingkan kelas ni dgn kelas tuh...

[Kazaztan Team] said... [Reply to comment]

huhhhh...ceegu2 skrg nie mmg kena byk bersabo...salah tindakan kite pulak yg kena..bdk2 skrg nie byk dah besar kepala..kite dulu nak angkat muka pun takut...

aai said... [Reply to comment]

best nye.!
tetibe terske plak nk jd cikgu..
ngeh3!!!
be strong!

tehr said... [Reply to comment]

...
tak tau nak tulis apa ni cikgu
banyak sangat dalam kepala
tidak semua orang luar tahu
tetapi saya faham semuanya

...faham sangat2

touya said... [Reply to comment]

Sekarang nie zaman perguruaan semakin mencabar

DaHLia said... [Reply to comment]

itulah..hanya guru saja tahu apa yang seorang guru rasai dan alami seharian di sekolah....

DaHLia said... [Reply to comment]

paling best bila dapat buang 7 pelajar...hahaa..best ke?? itu tanda kegagalan seorang guru ini..hehe

Mus said... [Reply to comment]

pernah kena halau keluar kelas gara-gara sitcom SAmbal tV3 dulu-dulu..
cikgu aku tu 100% mcm syanie..

DaHLia said... [Reply to comment]

itulah, skrg ni cikgu yang dipersalahkan dalam apa2hal..org atas salahkan kami, ibu bapa salahkan kami, kami?? salahkan pelajar laa.. :)

mimie azimask said... [Reply to comment]

aayyoohh jadik cikgu nie kena mental kuatkan....mie merasa 6 bulan jadik cikgu.. hari hari asah suara sebab dapat kelas peralihan yg paling teruk n bnyak samseng.,. kalau cuti sehari org kantin sampai tau sebab tak dgr suara mie..


owwhh n follow u ueah!! :D

tapi itu semua jadi kenangan mie sekarang..
seronok sebenanrnya mengajar nie..
apapun semoga menjadi guru yang dapat mendidik anak murid sehingga berjaya... :D

DaHLia said... [Reply to comment]

xdelah cool sangat, skrg memang cool down dah...tak larat dah nak nganga leluas..kalo dulu, tolong kawal satu bangunan pun lepas dengan suara ni..maklumlah muda lagi masa tu..haha

DaHLia said... [Reply to comment]

dulu pun ingat xleh jadi cikgu...
dah jadi ni, rasa very close to heart... best!!!

DaHLia said... [Reply to comment]

yup, skrg kena pakai reverse psychology dah..
lain tahun lahir, lain perangai diorang ni..

hahaa tentera?? mentang2 dia tentera...

DaHLia said... [Reply to comment]

itulah pasal...
pend islam xde lak nk tambah2 apa..
yup, makanan diorang pun menjadi punca..tu yang takut tu.
bila makanan dtg dr sumber tak halal, hati pun susah menerima yang baik.
wallahualam..

DaHLia said... [Reply to comment]

yup...setuju sangat...
bila sesi panggil ibu bapa, dah tau sangat dah macam mana didikan di rumah..

DaHLia said... [Reply to comment]

hehehe...sis xrela aa cikgu tadika / sek rendah...
aku ni takut kena jadi mak diorang lak, tlg cuci sini sana..haha

syahrafi said... [Reply to comment]

impian nak jadi cikgu nih..

skang byk betul kes berkaitan guru ni..

ahmad tajuddin abdullah said... [Reply to comment]

sabar je la...moga2 ada himahnya...

Liyana said... [Reply to comment]

saya dah x heran dengan kelas belakang2..malas dah nak layan

Syafrizal said... [Reply to comment]

mari kita sama-sama menyokong dan berdoa supaya HPA dapat maju lagi
baru je beli menara 54 juta...
saya doakan supaya HPA dapat tingkatkan jumlah pengeluaran

ReDLiNdA said... [Reply to comment]

hoho...kalau saya la, memang x leh r jadi cikgu. jenis cepat marah. pulak tu, ada je saya nak melawan.

kalau kena situasi mcm itu kat saya, mungkin saya ajak budak tu bergaduh walaupun pelajar lelaki. hehe

ReDLiNdA said... [Reply to comment]

budak kelas blkg2 memang cenggitu. sepesen sume. samaaaa jer! semua skolah! (marah tiba2) hehe

ciklaili said... [Reply to comment]

tak sangka cikgu dahlia ada pengalaman mcm tu. apa2pun, pengalaman mcm tu lah yg akan lebih menjadikan kita seorang guru yg disegani. teruskan mendidik anak bangsa :)

MSRBlogger said... [Reply to comment]

hoho.. entri anda telah diplagiat!

encik tikus said... [Reply to comment]

tabah yee cikgu, pengalaman mengajar diri jadi lebih matang :D

aren said... [Reply to comment]

respek la ngn u!

hans said... [Reply to comment]

budak2 skrg dasyat2

AnastasiaAnn said... [Reply to comment]

1st.. Ann is not tall.. hahaha

2nd.. dulu ada cita-cita nak jadi cikgu.. tapi ann agaknya masuk kategori murid2 nakal kot sampai cikgu tak nak ajar kelas klu ann and the geng ada.. adeh.. so cita-cita cancel. takut berbalas. well org ckp wat u give u get back... alamakkkk.. haha

3rd.. Sekarang ann da jadi budak baik.. The geng pun sama. Tinggal kenangan jer. Bila ingat balik, memang Kadang menyesal sgt, kadang senggih senggih plak lucu.. Nasib baik cikgu semua da maafkan.

namaakusiti said... [Reply to comment]

memang mencabar kerja seorang cikgu nih....
banyakkan bersabar.......
aja aja fighting.............
hidup profesyen perguruan!!!!!!!!!!!

sharinginfoz said... [Reply to comment]

macam2 budak sekarang ni kan banyak cabaran....

20 Entries Sehari

zither said... [Reply to comment]

terharunya baca ..

DaHLia said... [Reply to comment]

insyaALLAH ^_*

DaHLia said... [Reply to comment]

beres!!! :)

DaHLia said... [Reply to comment]

yup..silah langkah merana badan

DaHLia said... [Reply to comment]

hahaa...apsal lak sebab sitkom tu, kena halau?

DaHLia said... [Reply to comment]

hha sama laa kita...kalo sore xdgr satu sekolah, mmg xsah..
ex stud kalo jumpa saya "teacher, rindu laa kat suara teacher"
mana taknya, nampak saya lain macam jer, diorang cecepat tutup telinga masa dalam kelas dulu..

DaHLia said... [Reply to comment]

betulkan niat kita.. lantak dengan apa yg orang kata.
kita bekerja semata kerana Allah. semoga Allah memberkati segalanya.

DaHLia said... [Reply to comment]

yup :)

DaHLia said... [Reply to comment]

rileks..cool.. hehee..dah nama kelas belakang kan...

DaHLia said... [Reply to comment]

saya suka melayan...memang pantang tgk diorang xdgr cakap saya...haha

DaHLia said... [Reply to comment]

hehee...nak melawan, tapi fikir baik buruknya dulu..
kang sesia kita cedera...dah tgk dah rekod budak tu, so baik elakkan.
kang jadi kes besar, sesia jer.. :)

DaHLia said... [Reply to comment]

yup...dengan pengalaman tu laaa belajar menackle pelajar sekarang ...

DaHLia said... [Reply to comment]

insyaALLAH akan sentiasa tabah

DaHLia said... [Reply to comment]

thanks

DaHLia said... [Reply to comment]

tak dpat disangkal lagi...

DaHLia said... [Reply to comment]

hahaa Ann :P

Ann, sis dulu pun nakal..sek rendah pernah gaduh geng2, men nyahut2 siap kena panggil cikgu.. haa.. sek men memang kaki ponteng, sokmo kena panggil dengan senior setiap malam.. gaduh ngan budaklelaki..

now, this is me.. sometimes pengalaman kita macam tu laa kita share dgn pelajar... sokmo sis ckp pada student "awak nak jadi nakal tapi awak xcukup pandai nak jadi nakal"

DaHLia said... [Reply to comment]

yeah..... cabaran tu mendewasakan :)

DaHLia said... [Reply to comment]

yup...daku terima segala cabaran tu...

DaHLia said... [Reply to comment]

part mana yang buat terharu tu??

nana said... [Reply to comment]

hebat la cikgu dahlia, mmg tabah!! hehehe

xpe, jadi cikgu ni pekerjaan yg mulia walaupun terpaksa berdepan dgn mcm2 kerenah student =)

AnastasiaAnn said... [Reply to comment]

hahahaaaaaa.. tak cukup nakal ek? haha.. logik logik.. aaaaaaa.. mesti sis senyum senyum sensorang bila tengok gelagat budak budak skolah tu kan..

Ada terfikir tak camni, hah, korang nakal2 la skrg ni, one day kalau ditakdirkan korang tu jadi cikgu, mesti korang akan fikir sama cam aku ngah fikir sekarang... hahahahaa.:)

eh ehh.. anak murid cikgu takde baca ke blog ni?? kang google google nampak cikgu melawak kat sini. Kat skolah sana garang plak.. haha. ERkkkk garang ke?

lun said... [Reply to comment]

susah kan jadi cikgu hurm...

klcitizen said... [Reply to comment]

dah lama2 kita akan jadi lebih sabar.. dan tau bila untuk bertindak dan bila untuk diam sahaja...

ASaDa_RyutaRo said... [Reply to comment]

hohoho~ belum pernah jumpa pelajar yang kurang asam masa mengajar. hihi..

sabar & berusaha antara rahsia untuk berjaya. yeah!

*bagus jugak pelajar yang lain nak jadi saksi kejadian kurang asam tu.. heee :P

sinagarimba said... [Reply to comment]

salam cikgu dahlia,

seronok baca kisah awak. budak-budak sekolah sekarang susah nak handle.
kalau tak tegur dia pijak kepala kita. Kalau kita tegur, dia herdik kita balik. Kalau terotan lak, mak bapak pulak yang sue dekat court. serba salah jadinya.

Itulah cabaran sebagai guru. Betullah jadi guru ibarat lilin. Bakar diri, orang lain jadi senang.

harap awak tabah-tabah selalu. Mana-mana kerja cabaran tetap ada. Cabaran yg jadikan kita tabah harungi hidup yang lebih cemerlang di masa mendatang.

DaHLia said... [Reply to comment]

yup..selagi boleh tabah :)

DaHLia said... [Reply to comment]

semua kerjaya ada susah senang nya :)

DaHLia said... [Reply to comment]

tu laa kak..patutlaaa tengok cikgu2 senior ni lebih relaks..

DaHLia said... [Reply to comment]

haha tu laa pasal...diorang memang, time nk mengenakan member sendiiri, laju jer..padahal satu geng..

DaHLia said... [Reply to comment]

insyaALLAH saya akan sabar selalu..takut gak kalo jadi kes2 besar ni

DaHLia said... [Reply to comment]

hahaa memang senyum jer
sebab sendiri pernah mengalami mender yg sama, dulu siap kena perli dengan cikgu..haha

sebab tu laa member2 semua xcayer sis jadi cikgu.haa..
erm they know me well. time strict, time melawak, semuada :)

memang ada student baca blog ni :)

mieran said... [Reply to comment]

wah memang mencabar la jadi cikgu ni ek..susah gak kalau kita xde kesabaran yang tinggi..anyway mieran excited la baca entry ni dan tertarik baca semasa sis handle budak2 yg bermasalah mcm 2

hans said... [Reply to comment]

sabar jer lah jadi cikgu2 skrg

Amir said... [Reply to comment]

banyaknya dugaan jadi cikgu ni.. pelajar plak macam2 ragam. hormat la cikgu tu, nanti x berkat ilmu...

DaHLia said... [Reply to comment]

ehehe tu laaa...skrg ni ramai yg cikgu baru dok story xleh nk kawal dsb, bila dengar kisah sis, terkedu diorang....

DaHLia said... [Reply to comment]

yup tu betul :)

NoorAfzan said... [Reply to comment]

pergh...nak jadi cikgu sekarang bukan senang kan..
sebab tu bukan semua orang boleh jadi guru yang baik..

Abd Karim MJ said... [Reply to comment]

tu lah cabaran jadi guru.. walaupon pernah di offer jadi GSTT dekat sek yang majoritinyer pelajar perempuan, aku x ambik.. sebab masa tu aku dah dapat kerja engineer kat kilang nie.. iskh dah 12 tahun dah kesnyer.. tapi salute cikgu nie... sbb gunakkan psykologi... bty.. good luck cikgu...

DaHLia said... [Reply to comment]

yup..sis pun nk cuba jd yg terbaik

DaHLia said... [Reply to comment]

heh kje engineer lagi besh wooo :)
org pandang tinggi jer..

ibu Qaira said... [Reply to comment]

hahaha...itu lah cabarannya.. saya pernah di hamun dengan budak .. semata mata... sebab lambat claim untuk dia sebab bawak dia gi outdoor aktivities ( walaupun sebenarnya.. masa pergi tu.. semuanya guna duit saya.. huwkakak ), dia boleh jerit dari tingkat tiga sekolah kata kat saya.. " woiii makan duit budak ke.. duit claim bila nak bayar".. siot jek ayat.. saya hangin satu badan. berlari naik tangga terus ke tingkat tiga.. dengan selambanya.. ketuk pintu.. masuk kelas.. waktu tu cikgu tak der dalam kelasnya.. huhuhu.. aku terus tampar muka dia... den aku cakap.. " sepatutnya u ucap terima kasih sebab saya bersusah payah bawak awak dan sugest nama awak untuk kem peringkat kebangsaan.. tapi.. awak kurang ajar dengan saya di sebabkan claim lambat dari sekolah.. huhuhu aku terus kuar duit aku sendiri.. aku kata.. Nah.. claim ko.. walaupun sebenarny ko tak sepatutnya dapat.. hahah.. pastu aku kata.. SUMPAH... saya tak akan bawak awak or advise awak untuk apa apa aktiviti kokurikulum peringkat kebangsaan.. huhuhuh.. sampai skang aku ingat nama dia.. huhuh AYIEN..

me said... [Reply to comment]

Tak sume paham ape tugas cikgu..aku ade kes gak..pasal dah penampar bdak,sudahnye aku yg kena tatatertib..periuk nasi sendiri terusik..niat nak mendidik tapi 'pengajaran' yg aku terima lagi dasyat..tak tau la future aku dalam field ni ade lagi ke tak..

DaHLia said... [Reply to comment]

uiks sampai tatatertib??
tu yang aku takutkan beb... memang lepas je aku penampar budak, mesti aku cam nyesal... last2 aku gak nyesal, aku terus tanya budak tu balik sakit ke x selepas beberapa jam..hehee
tu laa beb, kadang2 memang tak tahan sabar kan...
aku pun cuba gak bersabar. Tapi aku pun memang jenis xleh budak kureng ngan aku...aku cepat naik angin..huh

DaHLia said... [Reply to comment]

erkkk seb bek saya xpernah kena gitu..
maybe sbb student ramai yg tengok saya pun takut kena jerit kut..huhu

din said... [Reply to comment]

he he tahniah la cikgu.. yg penting always in control :) peace

DaHLia said... [Reply to comment]

@din

insyaALLAH...
try to be my very best...

optionshift3 said... [Reply to comment]

betul tindakan cikgu ....kerana mamat atau minah tue sorang student lain tak boleh belajau tak guna...ajaq orang yang nak belajaq...

Anonymous said... [Reply to comment]

Sekarang dah ada e-disiplin... Tak perlu marah marah. Rekodkan aje semua ke sistem. Cukup haulnya nanti dengan sendiri bebudak tu tersingkir dari sekolah. Apa nak jadi dengan dia..itu kita tak payah fikir! Guru sekarang di bawah Kementerian Pelajaran, bukan Kementerian Pendidikan. Kerja kita mengajar, mendidik tu kerja mak bapak dia.

Anonymous said... [Reply to comment]

Biasa la guru baru akan diberi kelas kelas yang hujung-hujung.. Guru lama nak ajar kelas bagus untuk maintain prestasi mereka. Aku pun dah sabar nak tinggalkan bidang karut ni... Sekarang tengah aktif business untuk cepat cepat jadi kaya.. Siapa nak ikut aku, silakan...

Post a Comment

Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Syoknyer Blogging
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

♥ Projek DJ2B - 31 Blogger ♥

Photobucket Blogger yang telah direview : 1.Lyn Azlina 2.Nurhafiz 3.Ecah 4.Hazwan Blogger yang Masih Aku Hutang Review:
DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais