Salam geng..
Satu negara tengah hangat bercerita pasal kisah atau insiden Remaja 15tahun ditembak mati kepala oleh polis since minggu lepas lagi. Dan aku banyak jalan-jalan ke blog rakan-rakan sekalian, membaca pendapat dan pandangan masing2. Tapi masa tu (awal2 kes ni) seingat aku, semuanya ke arah memberi pendapat peribadi, yerlah, dah nama blogger kan. :) Tapi aku tak jumpa dalam teks mereka, Alfatihah or sesama menginsafi diri sendiri dan sebagainya. Mungkin ada, tapi aku tak jumpa kut?
Bagi yang tak tahu, remaja tersebut, Allahyarham Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati polis di Seksyen 11, Shah Alam, Isnin lalu. Pelajar SMK Seksyen 9 Shah Alam yang akan menduduki PMR pada tahun ini itu telah ditembak di belakang kepala kerana tidak memberhentikan kenderaan proton Iswara yang dibawanya setelah diarahkan polis pada ketika itu. Arwah meninggal rebah di atas pangkuan rakannya, Azamuddin Omar. Dengarkan keterangan rakan arwah di bawah.
…. erm apa ni …
Aku tidak menyebelahi mana-mana pihak. Cuma sebagai seorang guru, dan sebagai seorang anggota masyarakat, aku lebih suka memberi nasihat untuk semua dan untuk diri aku jugak kelak. Aku lebih suka bila mana kita mengambil teladan daripada kes ni, daripada kita cuba berlagak pandai memberi teori dan pandangan.
Kepada ibu bapa, awasilah anak anda tidak kira masa. Jangan terlalu mudah percaya dengan segala tindak tanduk anak-anak. Kadang-kadang di rumah memang pijak semut tak mati, tapi bila diluar, dialah raja. Macam Saintis ni.. Siyes aku cakap, mostly sekarang terlalu menangkan anak sebab itulah bila anak buat salah, orang lain disalahkan. AKu tak merujuk kepada kes ni, cuma mengambil iktibar,, dan juga based on experience seciput aku mengendalikan masalah pelajar aku.
indahnya zaman persekolahan sebagai pelajar..
Kepada pelajar / remaja, insiden sebegini sepatutnya memberi pengajaran dan peringatan supaya kita tidak menipu, tidak keluar malam, tidak terlibat dengan masalah sosial. Kan kalau kita duk kat rumah, dah sah2 malam kan, esok nak sekolah pulak tu, sudah tentu tak terjadi macam ni kan? Memanglah ajal maut tu kita tak boleh tentukan di mana2, tapi cuba fikirkan niat kita dan tindakan kita balik..then terjadi macam ni, siapa yang susah?
Kepada semua manusia, berfikir dan bertindaklah secara rasional seboleh2nya. Aku tau, kadang2 bila kita dalam keadaan terhimpit, memang macam2 perkara tak elok akan berlaku. Tapi cubalah. Aku pun cuba menasihati diri sendiri ni. Dan, lebih baik jujur dari berdusta hanya kerana nak menyatakan bahawa diri sendiri betul. Semakin banyak berdusta, makin banyak teori keluar, makin banyak dosa kering dibuat oleh orang lain pula.
Alfatihah untuk Allahyarham Aminulrasyid Amzah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. InsyaALLAH. Aku cuma harapkan yang BENAR akan terbela, bukan kebenaran daripada hasil politikus.
p/s: tengah terfikir banyak mende pasal kes ni tapi malas nak ulas sini. Kang aku di cop peguam tak bertauliah laks..aha




30 komen:
Kejadian berlaku berdekatan rumah saya. Malas nak ulas sebab benda terjadi dekat rumah. Tapi apa2 hal pun budak sekolah duduk je dirumah. Sampai sekarang saya dengar macam cerita tujuan dia keluar malam. Tapi yang pasti dia bukan penjahat cuma budak nakal yang keluar malam itu je.
Malam tadi plak ada banyak kereta polis bawa kat kawasan tempat kejadian. Nak siasat apa lagi diorg tu.
P/S: Line broadband teruk sejak menjak ni. Tensen nak blogwalking.
a good opinion from a teacher. the teacher knows very well about their students behavior...mmg, mcm mana ank tu salah pun, mak bapak akan cuba salahkan org lain jugak...bg alasan anak tu kecik lg tak pandai berfikir. mak bapak kenala ajar betul2...bila berlaku masalah tak nak pulah salahkan diri sendiri..aku la yg tak didik anak betul2 sampai jd camni..and i am warga shah alam..pernah bersekolah di shah alam..bdk2 shah alam mmg sangat2 dimanjakan dgn sgt2 nakal
datang shah alam, seksyen 8. untuk tahu sendiri pasal kes ni dari member allahyarham.
sebab polis ronda2 di area shah alam.
1-nak hapuskan bukti kot
2-nak tangkap orang yg wat maksiat, racing,dan sebagainya yg melanggar undang2.
3-saje jenjalan. takkan xleh.
aku tak folow up sgt citer ni. tp ape yg aku tau, budak2 bwk kete secara merbahaya kena tembak. kalau adults bawak scr merbahaya tak kena tembak lak? tak fair la. lumba haram berlambak di malam minggu.. tp dimanakah polis yg menembak? dok diam? apsal tak g tembak je mat2 rempit yg dah jahanam?
duduk dirumah je? bila dah besar nanti memberontak lagi teruk.
thanks dahlia share the video.. kalo tak, sy pon tak tau ade kat utube.
teringat sy time skolah dulu. mak mmg tak kasi kluar mlm. kalo malam tak balik pon dia akan bawak akak sy pergi carik.
tapi ibubapa skrg ni..utk general..mmg biar anak2 mereka kluar tak balik2 wlpn dah tgh malam..ish2.
Malas nak ulas. Fikir2 lah sendiri.
sama lah.. :)
tu laa pasal, tp pelik sbb xde orang nk tgk / sentuh dr sudut tu...
benda ni kalo overcome dr umah, insyaALLAH ...
muyyaq, boleh tau ke siapa yg bawak kereta? pada kereta ada tertulis ke umur budak tu? semua tu kita xleh nampak kan :)
kita xberada di tempat kejadian kita hanya pandai berkata..
sis x sebelah memana, tapi lg senang kita fikir scara logik, fikir secara telus..
sebab tu sis lg senang kita amik iktibar, bukan salahkan memana, semua dah terjadi... ni terkena pada arwah, dan kena lak dengan polis sendiri..
macam mana pulak kalo nnti ahlikeluarga kita terkena gini, mungkin bukan dengan polis, dengan penjenayah ke, samseng memana ke.. mesti kes ni xbesar macam ni kan??
yup, i teringin nk tau rekod this stud actually, but xda gunanya...dia dah pergi, xperlu mengaibkan...kita yg ada ni, amek iktibar dari semua ni...
yes, dia bukan penjenayah, cuma silap dia, dia keluar malam tu dan dia yang terkena, kebetulan pulak dengan polis...kalo kena dengan org lain, mesti xde sebesar ini.
dah tengah malam, esok sekolah, duduk je laa umah..
lainlah kalo ada supervision org dewasa... nak kuar sampai pagi, kuarlah...
ni dah sah2 sneak out :)
ish...
bila dah dengar baru taw cerita sebenar..
cerita dari berita dan dari rakan arwah sendiri...
rasanya kene tunggu laporan dari badan penyiasatan bebas...
kerana ada percanggahan antara laporan polis dan rakan arwah..
taknak sebelah sesiapa,cuma terkejut dengar pengakuan rakan arwah..
jika benar kata rakan arwah..itu tak harus berlaku..cuma harap perkara ini dapat diselesaikan dengan cepat dan adil.
untuk pihak polis xde nasihat ke kak?
;)
'saya lebih tahu siapa anak saya'
bak kata mak die
apa2 pon
nasihat untuk ubah mentaliti masyarakat ni harus diperpanjangkan
nice
urm...jgn buat ulasan sendiri, itu lebih baik..
kita tunggu laporan badan penyiasatan tu..
kita ambil iktibar :)
#mmg banyak percanggahan, baik kita duk atas pagar :)
:)
sis teringin nak dengar statement dr polis2 tu sendiri jugak.. sbb kalo ikutkan bukan seorang anggota yang ada. based on statement budak ni laa..kan dia kena belasah (pelik sbb dia leh lepas) teruk.
Joe,
sis nasihat general, bukan appoint to the family victim jer.
untuk mereka, sis nak nasihat suruh jangan sorok bukti kang, kang kata sis buat citer, xdaya aku nk kena saman...kena macam aduka taruna tu...so, amek dr point ke-3 tu laaa, secara rasional..hehee..
anyway, mende ni jadi besar sbb melibatkan polis, cuba kalo budak tu mati ditembak oleh penjenayah atau samseng, xkan sebesar ini pun.. Dah tersurat ajal arwah macam ni, banyak iktibar yang boleh kita dapat. Dan harapnya yang benar terbela.
setuju dengan akak. cuma mengharapkan yang benar2 sahaja. kita tunggu saja hasil siasatan.
yer tunggu jer k...:)
erm..baik tunggu laporan penuh siasatan..baik kite jgn jadik hakim dan peguam sendiri..itu lebih baik..
saye setuju juge dgn point2 dahlia ni..thanks kongsi yer..
salam...
ni kira kena dekat keluarga org...andai kata kes ni jadi kat keluarga kita..cam mana kita rasa...buat baik jangan sekali biar berkali-kali..kerja biar profesional...ikut rasa jahanam kemanusian...guna akal yang cetek kita dikatakan tidak cerdik....
ermm sis xde bg personal judgement kan:)
welcome dear:)
betulll!!!!! :)
Macam kesian dekat arwah tapi cara dia tu macam dia buat salah besar sangat. Pengajaran. T____T
takde sis..ni utk sesape saje yg cepat sgt buat judgement sendiri..bukan sis yer..
ermm amek iktibar ye lalink :)
hehe seb baik..takut gak sis mcm berat ke memana kan..huhu
masing-masing ada salah tapi mungkin salah polis lagi besar.
wallahualam...tunggu hasil penyiasatan :)
~sis xkata mereka betul..kecik besar tu tunggu je laa... :)
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...