Salam geng…
Hangin betul aku baca berita minggu ni. Kalo dalam UTUSAN MALAYSIA bertarikh 4 Julai 2010 aku baca dan terkejut pasal keberanian Arja Lee dalam artikel “Ya, memang saya berbogel” untuk filem terbaru Raja Azmi “…. dalam botol”. Then semalam pulak, ada pulak kisah pasal bogel membogel ni jugak dalam artikel “Zul perjelas aksi bogel dalam Mantra” untuk filem mengenai Amalan Ilmu Hitam menerusi filem MANTRA.
aksi Arja Lee dalam … Dalam Botol
"Saya yang bersetuju untuk berbogel tetapi jangan terkejut anda semua tidak nampak "anu" saya kerana saya sudah "menyembunyikannya",
Arja Lee
sumber : Kopipanas2u
aksi Zul Handy Black dalam filem Mantra
"Inilah asam garam menjadi pelakon dan saya anggap ia cabaran terbesar dalam kerjaya lakonan saya. Untuk menampakkan sesuatu realistik, saya sanggup berbogel,"
- Zul Handy Black
sesungguhnya aku geli dengan yang jenis suka sama jenis
Bangga sungguh mereka kan? Disebabkan seni, soal agama dan moral boleh diletak ke belakang? Aku rasa malu bila scene2 macam ni lepas semasa sesi penapisan. Tak rasa malu ke bila mempertontonkan tubuh tanpa seurat benang gitu? Bila fikir-fikir balik,kita ni dah kembali dijajah. Dijajah dari segi pemikiran melalui filem. Untuk filem yang berseni, kena buat sampai membelakangi agama dan moral?
Aku bukan peminat Faizal Tahir, tapi disebabkan kesilapan dia membuka baju semasa buat persembahan pun dah kena tindakan dan khidmat sosial, tapi bila macam ni, boleh lepas untuk masuk panggung? Memang laaa untuk kategori 18 tahun ke atas tapi lupa ke, kita ada sektor penting dalam industri hiburan ni? Iaitu Cetak Rompak. Takkan terlepas ke ke remaja2 belasan tahun cerita ni? Ataupun, ada ke masa beli tiket, kena tunjuk IC? Rajin benar laaa budak keja pawagam tu nak tolong cek sorang2! Mantra ni rating 18SG… jangan sampai tambah 18SX udah…huhu
![]()
Aku maluuuu dengan pendedahan diorang ni. Diorang buat, diorang rasa bangga, tapi aku pulak yang malu. Siyes cakap, mende gini laa yang merosakkan remaja sekarang. Rasa macam dah terlalu open sangat, jangan nanti ada pulak artis wanita yang buat begini juga kerana seni. Teringat pulak Kate Winslet dalam Titanic…haha.
Aku setuju tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang meminta pihak bertanggungjawab seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyiasat pendedahan Arja Lee ni. Lepas ni, siasat laa pulak Zul Handy Black tu sekali..
Anyway, dah resam artis, canang dipukul terlebih dahulu, hasilnya? Indah khabar dari rupa! Santau yang agak best tu, xde pulak unsur2 gini. Berjaya jugak filem tu. Filem-filem P Ramlee dulu pun xperlu nak mende ni semua, tapi tetap menjadi tontonan sepanjang zaman.
p/s: Ana Dahlia artis yang separuh bogel dalam MANTRA tu, xberkaitan pun dengan DaHLia @ DJ yang korang kenali ni oke..Heheh



80 komen:
hmmmmmm nak guna cara murahan... sorry to say that, ada org sanggup bogel atau separuh bogel nak dapat publisiti kan
Iron Baby
cabar terbesar? bole tak nk kate kepala otak dia. xperlu seme tu la nk berseni pun. kot ye nk berseni, takkan sanggup nk ketepikan agama sendiri. hisshh tak berkenan betul la
inilah yang dikatakan kebodohan melampau
lepas ni kalau nak buat adegan rogol jadi lebih realistik kenalah rogol betul2
astaghfirullahalazim
malu dengan orang bukan islam di Malaysia
tak pernah terfikir pun diorang nak wat cam2
kita pulak orang islam yang nak berseni terlebih
niat tidak menghalalkan cara....
tp mereka ni dah terlebih pandai...
mmg sgt tak setuju..konon mereka sudah mengangkat seni dgn cara begini...& kononye..sudah menghayati watak dgn cara begini...masyaAllah...
saya jg trlibat dlm industri ni....brbogel krn seni merupakn satu kebodohan yg melampau dlm konteks budaya. Penggiat seni kdg2 trlupe yg sebenrnyer mereka telah melacurkn seni utk seni..sesuatu yg brseni itu alangkh lebih bagus jk trlindung..hihihi
Tu le pasal Ana Dahlia...nak mirip nama heeheh duk tulis pg td teringat eh ni mcm nama Dahlia je
hai sadisnye anak melayu
haha...pasal tu aku meluat tgk citer melayu...
seni ape 2..
seni Yg tlh dicemari... ini bkN budaya kita..& agama pastinya...
isyh-isyh... tak patot...
kita org timur, bukan org barat :)
diorang ni mmg teruk la .x pikir agama lgsg ke ?ish3 .
yeah....
padahal nk cari publisiti murahan..
terlebih pandai sampai nampak tidak cerdik
entahnya...
nampak mcm seni Malaysia kena bergantung kepada unsur2 begini nampaknya
itu laaa...
tak malu sungguh laaa...
sebab seni, agama letak belakang...padahal agama tu paling utama.
well.. it's quite normal in western countries i guess..
not in eastern yet..
that's why paris got so many nude arts.. http://bit.ly/4BL9kE =P
entah lar..memang dah ikut budaya barat...tiada lagi nilai moral dlam masyarakat kita...
malaysia pun nak jadi hollywood dah ker?? huhu
esk.... naper tk tunjuk je sumer skali? nape tunjuk setakat paras pinggang... klu dh berani sgt nk berbogel? ceh!! tk de nilai dh dorang ni sebagai pelakon. sanggup wat cmtuh!!
tak kira la atas alasan apa sekalipun...hukum tetap hukum
erm, kan mmg aksi2 kelucahan memang dah boleh nampak pun dalam filem skrg..yang menonton generasi muda..
nak tangani masalah buang bayi, tapi xnak overcome factor dia..
kepala otak dia berjambul..ehehehe
tu laaa.akai letak kat lutut, gitulah jadinya
yelah, dah namanya publisiti murahan..
dengan cara ni leh cepat glemer, boleh tambah job
betul tu... :)
hehe..nak tgk ke?
diorang dh bg tunjuk kat krew penggmabaran, so nk tunjuk kat semua pulak..tak malu sunggguh...
nak termuntah baca statement diorangni
erm, kan mmg aksi2 kelucahan memang dah boleh nampak pun dalam filem skrg..
budak2 sebagai penonton
kang jadi kes macam kat china budak kecik dlm 5 tahun buat seks......dah terjatuh baru nak tergadah...nak baca lagi detail g la kat aiz blog.........
ler pakai ler suit bogel boleh pe gile ke pe. hish.
nie la jadi kalau akal di letak dilutut..huh
lukisan seni hiasan tong
cantik nian dipandang mata
bangga diri otak kosong
perit hati simpan kecewa
Zul ni siape. dari semalam bace tapi tak knal sape.
berbogel utk bagi authentic konon.. maybe if they could act better .. they wouldn't have to take their clothes off! everything is about giving the audience the real feeling etc2.. the thing is if they could really sell their role.. they could be wearing jeans and a t-shirt and we would still believe that they are James Bond..
MY LATEST ENTRY: Otak-otak Ayam @ Assam Pedas Melaka
no comment. hahaha.. adoi tetiba. bogel bogel pun, bukan bagus sangat film diaorg tu. huhu. wat malu diri sendiri jer.
kes nak kaut untung jer, gitulahh
agree with u!!!
Zul Handy Black..yg ada hubungan dgn aida aris sblm ni.
Dia berlakon dalam Santau, jadi pak alim
bangga diri otak kosong <---- betul!!
hahaa tulaa pasal....
nasib kat lutut, xsangkut kat situ...huhu
xreal beb, xde feell...hahah
tu yang sis takut..
skrg ni, mende2 gini dah terlalu open...
MALAYSIA BOLEH!!! hhheh
yang menjadi tontonan umum tu yg mempamerkan keperibadian xelok..huh
yeah..not in eastern :)
bagi diorang, seni tu lebih penting..
otak sempit, macam laa dah xde cara lain
hopefully kita xjadi gini...
tau, ko kan suka tgk MARIO BROS je
seni tubuh badan..hehehe
yup.. :)
hahahaa saja je tu dia guna nama tu utk glemer...
padahal tu bukan nama dia kan?
haha ...tutttt.....
saya tak terkjut kalau ada yang sanggup buat benda yang lebih berani lagi lepas ni semata-mata kerana seni...
ishhh mmg lah seni tp kita kan islam berbogel itu sudah tahu ape hukumnya.. hurmmm walaupun ia utk maklumat or ade kaitan sebenar tidak bolehkah ubh gune pakaan yg blh kaburi mata seolah real berbogel.. ish ish ish... dh jauh bebeno seni skunk nie...
CD, ader beza ker industri filem kiter ngan industri porno now??
jangan tengok jer..senang cite..tak syubahah...hehe...
yang bogel2 tu kalau siar kat panggung bukan nampak pun.. sensored aje.. baik tak bogel..
Oh2.. tgk muke macam lain. maybe sebab dier pakai kopiah tu kot. Dier jugak lah yang gambar 3rd yang peluk tu kan? Hehe.. namak sangat tak mengikuti dunia hiburan.
boleh lulus ke untuk tayangan ni?? kalau lulus salah siapa tu?? isk3x...
Apa nak jadi? Akal yang diberikan Allah letak di mana? Otak dh jado otak lembu. Tengok filem2 Iran, tanpa ada adegan 18SX pun mereka boleh berjaya
tu laaa...konon nk publisiti :)
haha siapa lagii....
MANTRA tu 15hb ni kat panggung...
sure ramai ni nak pergi tgk dan tunggu adegan tu sbb publisiti murahan gini
ni sebab kes terlampau bijak..
guna otak sotong kutt...heheh
yup...dia lah.. :)
betull...itu yg takut tu...
tu laa....
bangga laa konon padahal memalukan agama dan bangsa sendiri
agak2???
Melayu ni 3GP glemer ...huhu
aku nk tgk gak...nk tgk bagus sangat ke filem tu...
tapi ke panggung?? oh tidakkk..baik aku tgk filem deception ke inception tu ...xpun tgk SALT
ngeeee :P
Rasanya paling teruk dlm kes ni Si Raja Azmi tu...mgkin boleh gelar dia giler seks kot...slalu sgt buat filem2 panas nih...xmalu ke mintak org bogel...semata2 nk kasi gempak filem dia tu...
Dogil betul kao nie...sukati kaolah dahlia...hehe
ahaha... biasaaa broooo
hahaha suka 2 je gelar org tu GS ...hati2 beb dengan statement :)
bukan dia mintak, arja lee tu yang nak
=)..btw nice info
tq
wc..smpi bila kita nk reply2 nie...hahahaha
tak berbaloi bogel.. carilah kerja yang lebih baik dari berbogel..
dah terikut-ikut cara barat dah ha..
ni laaa spesis tak tahu maluuu...huuhu
lebih baik cari keje lain... dari nak menyahut cabaran yg mendtgkan dosa ni... cabaran akhirat ni.. (lepas ke tak lepas nnt)... renung2kan dan selamat beramal..
sudah-sudahla...macam2 bala yang menimpa di akhir zaman ni..xnak dijadikan iktibar lagi ke..insaf2 la wahai insan walau apa alasan..
kita sbg insan pun dlm bilik air kne tutup aurat inikan pula....sbb tu org dulu2 ade kain basah org skrg x pakai dh kenal pun x lg
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...