Salam geng…
Baru aku sedar rupanya yang orang duk cakap pasal sotong-sotong ni rupanya melibatkan Piala Dunia FIFA yang sedang berlangsung di Afrika sekarang. Honestly, aku bukanlah pengikut sangat sukan bola sepak ni maklumlah kaki bangku..Haha.. Just hari tu ada laa macam terberkenan dengan Lionel Messi dari Argentina yang cute tu selepas tengok iklan Maxis kat TV tu tapi bila Argentina dah kalah, kisah sotong laa pulak menyebabkan aku ambil peduli tentang Piala Dunia ni.
Banyak jugak info dan cerita menarik dari Piala DUnia ni..memula dulu bila tengok iklan masa Afrika ditabalkan sebagai tempat di mana FIFA World Cup 2010 akan berlangsung, aku puas duk fikir, kenapa happy sangat rakyat Afrika tu bila diumumkan. Then bila fikir palik, banyak faedah yang dapat terutamanya dari sektor ekonomi. Then keluar pulak kisah Vevezuela ke apa ntah yang macam trompet yang korang duk story dalam blog tu. Yang bising + bingit yang boleh menyebabkan pekak? betul ke? Ke aku yang menambah sesaja? haha…Then sekarang ni rata-rata pulak duk citer pasal Sotong Kurita yang nama dia Paul ni.
Macam sesuai je kan gambar sotong kurita kat atas ni. Sebab yang beria nak tahu pasal mende ni semua mesti para pejudi yang melaburkan wang ke atas permainan ni. Sebab katanya, Paul the Octopus ni pandai sangat meramal yang mana kebanyakan ramalan dia tentang perlawanan Germany memang menjadi kenyataan. Tapi pernah gak dia tersalah prediction masa Euro 2008 yang mana dia meramalkan Germany yang menang, tapi akhirnya Spain yang menang dengan 1-0.
Tapi ada jugak cakap yang gambar ramalan Paul the Octopus ni adalah super impose semata yang mana ianya sebenar ialah gambar bendera Serbia. ENtahlah…ada aku kesah? Serbia tu lagi laa aku anti..Masih teringat tragedi Bosnia Herzegovina dulu tu.. Tapi Video susah nak menipu kan? Try tengok video ni..
Itu ramalan si Paul, yang paling best, pagi tadi sebelum ke sekolah, aku sempat terserempak dengan Formula 3964 di blog Happy. Macam boleh pakai jugak. Paul the Octopus pilih Spain, kalo dari Formula 3964, Germany pasti Juara Piala Dunia 2010. Sedikit petikan dari blog Happy,
Oleh itu, sekiranya peminat world cup ingin tahu siapa yang akan jadi bakal juara World Cup 2010, anda boleh guna formula dibawah:
3964 tolak 2010 = 1954
Pada tahun 1954 piala World Cup telah dimenangi oleh Germany!!!
Ianya merupakan satu fakta yang menarik dan kebetulan so sama-samalah kita lihat ketepatan formula ini.”
Untuk penerangan lanjut, sila klik FORMULA 3964
Apapun, perlawanan separuh akhir jam 2.30 pagi nanti menentukan pasukan mana antara Spain ataupun Jerman, yang bakal beraksi menentang Netherlands dalam Perlawanan Akhir Piala Dunia FIFA 2010 pada 11 Julai 2010 ini. Siapakah bakal Juara? Sama-sama kita nantikan. Jangan lupa, JUDI tu haram di sisi ISLAM :)




41 komen:
bukan kat amerika tapi afrika selatan...
sis..
rase2 nye spain menang mlm nie!hehehe~
tp spe klh dn menang tuh, sotong tuh ttp akn jdi sotong goreng tepung gak!
hahaha
sis sokong jer sape yg menang..hahaha..
kamu tlg laa tgk :)
hahahaha kantoi... :P :P
ada lagi satu sbenarnya, paul the augustus..hahaha,,
edit daa...thanks lerr...heheh
spain, sebab selendang aku yang terbakar nampak macam s. ok merepek :|
Nama I Tipah, You Boleh Panggil I Tiffany
it's gonna be a great match! =D
ceyh...da pulak formula mcm 2..hahahhaha
kaki judi percya pada apa sahaja
akhirnya tauke judi yng kaya raya
mesti team yg menang akhir..
Spain menang kak
hehe
Kalau ikutkan banyak ramalan, memang banyak memihak Germany. :) yang pasal Paul superimpose tu before Video ni kuar. 1 hari lepas tu baru video ni kuar n ternyata, memang dier choose Spain. Tapi macam analisa sy, Bomoh paul ni akan pilih ting kanan. So, no big deal. :p
takkan nye. dier akan digunekan untuk mase depan. dier nazak nanti baru jadi sotong goreng tepung kot. :p
Salam bertandang
sementara menunggu
perlawanan bola
terhebat 2010
Spain VS germany
germany kalah la dahlia... sob sob!
formula tu dah terbukti tak tepat hehe...
formula yg tak boleh pakai...german dah kalah..hahaha
ahhaha...tu laaa... so, kiranya Paul masih lagi betul..
tersenyum para penjudi sekalian hari ini...
so, pasni, mungkihkah Spain Juara ataupun Belanda??
ahaaa yup...so, jangan guna formula, jom guna Paul..heheh
yeahh!! Spain menang!!
hehe sy xtengok...tapi tahu, mesti sengitt....1-0
hehe oh, memang dia pilih yang tang kanan je laa ek??
Hmm...
Yeah!!!!
hehe memang laaa... :)
hehe tu laa pasal....
entah mana jumpa si Paul tu..
try guna kucing ke apa pulak kan :)
heh cikgu gi laa tlg jadi Jurulatih..hehe
hehe tu laaa terjumpaa...hehe
yeah!!
hahahaa selendang ko pun nak jadi Paul ke?
uiks, ade ke org makan sotong spesis tu??
sis rasa mahal tuuu
puyol oh puyol...
adeh, shoutbox dahlia xmo kuar. agaknye pc ni slow sgt kot.. komen kt sini je la yek
dua2 btul2...
ramalan paul sememangya tepat..
formula 3964 pun tepat, sbb 1954 germany mng piala dunia slps die mng uero..
so kali ni turn spain lak mng piala dunia, sbb spain kn juara eropaf..
kalau 50 pcs ke atas...saya boleh bg rm 22 sehelai...ataupun untuk deal and negotiate blh email ke hafizsidah@gmail.com atau call/sms : 019-5992327 ( hafiz )
tahun ni piala dunia baut pertama kali akan naik kapal ke belanda hehehe
adakah bro pasti???
hehehe...adakah kuasa oranje akan mengatasi spain??hee
owh ok..sy tanya je dulu..nanti sy bgtau kalo berminat
belanda xkan menang ke??
hmmm....
xper, sini pun oke gak :)
hahaa..puyol lak jadinya
ak nk bela optipus tu
nnt jd laukla sotong tu hehe
spanyol juarrra
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...