BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Home » , » Rutin Seorang Aku ~ Blogger Part Time

Rutin Seorang Aku ~ Blogger Part Time

Share

Salam geng..

Aku harap masing-masing sihat walafiat tatkala membaca entry aku kali ini. Untuk entry kali ni, aku nak story dekat korang serba sedikit tentang rutin aku seharian sepanjang minggu. Aku buat entry ni bukan sesaja, tapi sebab ada yang bertanya macam mana aku luangkan masa aku dengan kerja dan sebagainya. Bagi sesiapa yang masih belum tahu, aku blogging hanya part time jer. Kerjaya utama aku ialah guru di sebuah sekolah menengah di Pekan, Pahang.

schedule

Kenapa aku berblog? Bagi aku, blog tempat aku meluahkan kegembiraan, dan tempat aku bereksperimentasi tentang siapa diri aku sebenarnya. Dengan blog aku belajar untuk berfikir lebih waras dan berjaya kurangkan stress aku. Aku lebih selesa menjadikan blogging hanya part time sebabnya kerjaya aku tetap diutamakan. Bagi aku blogging, hanya sandaran.



Yup, sememangnya, sebagai seorang guru dan memegang beberapa jawatan penting lain di sekolah, masa untuk aku memblog amatlah terhad. Aku tak mungkin dapat melepak 24 jam di depan komputer, di depan blog. Untuk yang berminat nak tahu rutin seharian aku, teruskan membaca.

checklist
Untuk hari bekerja, Isnin- Ahad, aku akan bangun seawal 5.00 pagi, selewatnya 5.30, dengan dikejutkan jam handphone. Kalo lupa kunci, memang sah akan terbabas. Then aku akan bersiap2, kalo sempat, aku akan on lappy, tapi semestinya aku akan bertolak ke sekolah seawal jam 6.30 pagi ataupun paling-paling lewat jam 6.50 am. Yang ni memang kena rempit abis laa..

Sampai sekolah, semestinya melaksanakan tugas2 aku sebagai seorang guru. Kat bawah ni jadual persendirian aku kat sekolah. Dibina dengan menggunakan program ASC Timetables.

jadual aku

Yup, kalo tengok memang banyak lompang kosong. Dan mungkin bagi cikgu-cikgu lain, masa aku ni sedikit. Aku? Kalau nak, aku hanya perlu 12 masa jer (Guru Data) tapi tak ke mana ilmu kalo kurang mengajar, sbab tu aku sanggup sampai 18 masa ni. Untuk waktu-waktu terluang tu, aku gunakan untuk uruskan beberapa hal sekolah. Kalo betul xde keje dan free, barulah aku akan blogwalking. Tapi memang biasanya tak de aku nak BW dr sekolah. Untuk buat post? Aku pernah, bukan xpernah.

Balik sekolah memang aku akan blogwalking balas jejak tinggalan di shoutbox sambil clearkan shoutbox.. Aku akan cuba setiap hari. Kalo tak sempat baru aku biarkan shoutbox aku tu bersawang. Malamnya pula, aku akan memperuntukkan masa untuk karang post untuk keesokan harinya. Kadang-kadang memang aku dah siap scheduled entry yang aku taip di hujung minggu. Semuanya senang bila kita mengarang post dengan Windows LIve Writer. Memang mudah!

Kebiasaannya sebuah entry aku memerlukan sekurang-kurangya setengah jam. Yang tu memang entry kosong bagi aku. Kalo entry lebih2 biasa mmang sehinga 2,3 jam..Huhuh..tu memang masa otak tengah blur.

computer addict kidnap

Yang pastinya, rutin aku seharian, mesti buat post, mesti BW kecuali tersasar. Dan perkara wajib sekali ialah, check Dashboard Nuffnang setiap hari! Aku banyak ronda blog korang, cakap lama xtengok Nuffnang. Ni serius, hari2 aku akan tengok Nuffnang untuk tengok Analytics, dan sbagainya. Semuanya untuk ke arah penambahbaikan dan juga aku memang meletakkan target setiap hari berdasarkan trafik Nuffnang ni.

Waktu tidur aku untuk hari bekerja ialah selewatnya jam 1 pagi. Tapi ni baru kul 11am, aku dah rasa tersangatlah kepenatan. Mau tidor sudah..Kalo dan, pagi esok aku sambung terjah blog korang, dan cuba buat new entry sbeelum gi sekolah pulak. So, apa pulak rutin korang seharian?

draft_lens5549862module42513482photo_1246402278routine

93 komen:

Wzulhilmi said... [Reply to comment]

Wah.. memang padat lah jadual Sis Dahlia nih.. :)

Khairi said... [Reply to comment]

fuh dahsyat-dahsayat...

rasa mcm nak jadi cikgu pula hehe. sy pun part time, sementara kerja tak byk, update byk2. taruk tag, nnt akan ada orang jumpa heheh

ardinihumaira said... [Reply to comment]

hehe.. sama la.. dni pun rutin cemtu gak.. kalau ada kelas, pasti schedulekan post banyak2

BroLoq said... [Reply to comment]

hehehe,,,sy pn sama la ckg..

sementara tenet kat u laju....teruskan amalan blog,,

padahal kat umah ada gak wifi,,cehh

adah said... [Reply to comment]

teruskan berblogging..:)

tehr said... [Reply to comment]

jadual ketat tak apa
jangan pakaian ketat

hehehe

eiman said... [Reply to comment]

cikgu mesti pandai bahagi masa.. kira dah ok la tu bleh ada masa luangkan utk blogging..

Laili said... [Reply to comment]

memang seronok jadi cikgu & part time blogger :)

a-y-i-e said... [Reply to comment]

live writer??

Bagaimanakah ??

Guna software ke?

Serolnizam said... [Reply to comment]

tadi buat schedule post. tak jadi pulak. patutnya publish pukul 6. kat mana la silapnya..haha

suaidah said... [Reply to comment]

dahsyat! blogger tegar :)

DaHLia said... [Reply to comment]

cuba meluangkan selagi terdaya....yang penting, kerjaya diutamakan :)

DaHLia said... [Reply to comment]

tu laa...tapi entah bila laa nak gunakan blog untuk suh budak donlod soalan sendiri dsb...sangat tidak berminat..hehehe

DaHLia said... [Reply to comment]

yup, memang mudah...boleh klik link yang akak 'pink'kan di atas tu :)

DaHLia said... [Reply to comment]

erkk then? dia xkuar ke dia kuar awal??
tarikh kut?? ataupun tersilap am dengan pm?

DaHLia said... [Reply to comment]

hahaha....dah banyak rasa kemanisannya bila menjadi tegar ni :)

DaHLia said... [Reply to comment]

hehee yerlah :) :)

DaHLia said... [Reply to comment]

insyaALLAH selagi terdaya

DaHLia said... [Reply to comment]

hehee saya lagi suka kat umah sebab ada wifi di umah...
kat sekolah broadband jer kat bilik guru. kat makmal komputer je lepas schoolnet

DaHLia said... [Reply to comment]

tu laaa...itupun kalo idea banyak..
sbb tu laaa weekend mmg sesi memerah otak..hehehe

DaHLia said... [Reply to comment]

yup...xnak bg berkubur..sayang wooo

DaHLia said... [Reply to comment]

nih pun nasb belum berumah dan bertangga...hahahaa

Farha Kimah said... [Reply to comment]

WLW?? hemm mcm sy guna word 2007 je...just publish je laa..lebeih kurg je kan??

DaHLia said... [Reply to comment]

pernah try WORD 2007...tapi for me, WLW is the best :)
senang nk edit gmbr, nk upload video dsb

kusut said... [Reply to comment]

kagum sungguh tengok orang yg organized ni. patut le aku tak jadik cikgu

azlina zabha said... [Reply to comment]

waa.. pekan, pahang, kampung halaman hubby.. mengajar di sekolah menengah mana, cikgu dahlia?

Hidayah said... [Reply to comment]

My routine: Wake up at 5 am. Siapkan budak2 utk ke nursery. sampai UKM arnd 8.30 am. I try to finish my new post for the day by 9.30am. Yg wajib buat ialah buka dashborad nuffnang utk check whether I reached my target for yesterday (tak target tinggi2 hehe).. and also sejak jadi contributor MBP is to check the website.. sekarang ni nak make sure update blog everyday .. submit 2 articles per week for MBP and 1 article per week for Triond.. BW bila2 ada free during the day (selit2kan between labwork and writing my thesis).. kat rumah mmg tak boleh ngadap PC langsung ..so everything is during the day.. I try my best to visit back everyone in my shoutmix and chat box (maybe a day later..hehe..but I will come..never fear)..so masters student and part time blogger by day ..full time mommy at night :)

Hidayah said... [Reply to comment]

Lupa pulak.. hehe

MY LATEST ENTRY: “Kenduri sotong” @ Syed Ali with World Cup 2010 Finals Replay

Amirul Faiz Abd. Razak said... [Reply to comment]

Pergh, memang berdisiplin lah cikgu ni. :D Setiap aktiviti ada waktunya.

Hakimfaridzul said... [Reply to comment]

huhuhuhu, bagusnya~ ^_^

Rizputra7 said... [Reply to comment]

walaupon part time tapi nampak macam full time jer...

Sallylauto said... [Reply to comment]

em..tahniah pandai membahagi2kan waktu..

Stargone said... [Reply to comment]

cik Dahlia memang pandai membahagikan masa.. saya hormat cik Dahlia sebagai guru. nak melaksanakan tugas guru bukan mudah. ianya bukan sekadar kerja untuk mencari wang ringgit, tapi ia memberi peranan untuk membentuk anak didik kita membesar menjadi orang yang baik. :)

yas said... [Reply to comment]

Masa itu "emas"...tp jadi "besi" kalau x pandai nk guna...aku ni tergolong dlm golongan yg kat tengah2 tu la kot...he3!!!

encik tikus said... [Reply to comment]

cikgu seorang yang berdedikasi terhadapp masa. thumbs up ;P

Cikmin said... [Reply to comment]

my routine?ikut dan saja,sometimes tengah masak pun boleh draft entri dan blogwalking. :P sebab lappy ada 2 position.WLW,thanks ingatkan cikmin,dah siap pun backlink untuk kedua blog DJ. :)

Ann said... [Reply to comment]

lama da xblogwalk.. tak larat penat tgk number. haha

DaHLia said... [Reply to comment]

hehhe mabuk number ke??ekekeke

DaHLia said... [Reply to comment]

wahh ada backlink ke?? ok, nnti daku terjah...hehehe
tgh bygkan cikmin berlari2 ke dapur dan lappy..jangan hangit udah..hehehe

DaHLia said... [Reply to comment]

hahaha...xde berdedikasi ngat pon, masih ada lagi masa yg dibazirkan...huhuh
dalam kete jer dah minimum 2jam sehari tauu :)

DaHLia said... [Reply to comment]

hahahaa
emas nak ke besi???

DaHLia said... [Reply to comment]

hehe thanks yaa en bintang :)

DaHLia said... [Reply to comment]

tq :)

DaHLia said... [Reply to comment]

ahaks... xde nyerr...kerjaya diutamakan...
nak dipanggil cikgu sampai dah tiada dalam dunia :)

DaHLia said... [Reply to comment]

bagus sbb pe ek? hehe

DaHLia said... [Reply to comment]

mesti lah, jangan bazirkan masa tu...
tapi nampak x, mcm masa bersosial kurang..hahaha

DaHLia said... [Reply to comment]

hehehe i xde perancangan nak amek master, just nak amek master in marriage jer dulu..hehehe :)

DaHLia said... [Reply to comment]

oke :)

DaHLia said... [Reply to comment]

hehe sek men harian tgh bandar :)

DaHLia said... [Reply to comment]

adeh, xde ler organize mana pon

suzzsuzie said... [Reply to comment]

drp buang masa elok jugak blogwalking kan?

DaHLia said... [Reply to comment]

yup, banyak input dpt dr blogwalking ni selain drpd dpt trafik

gnesop said... [Reply to comment]

cikgu data mmg kurang masa mengajar sikit.. tp time update data, mesti bz kan? huhuhu..
masa yg lapang tu, elok dipenuhkan..
cuma masa di sekolah, jgn dedah2 sgt berblog.. mungkin ada guru x puas hati plak nanti.. mana tau kan?

apa2 pun, tahniah...

aidi-safuan.blogspot.com said... [Reply to comment]

eh, memang jadual cikgu sekolah camtu ke? dulu time kecik2 ingat cikgu sepanjang masa ada kat klas je. hehe... baru tau.

thanx for sharing! :)

iza82 said... [Reply to comment]

Sempat je ek....

DaHLia said... [Reply to comment]

xdelah, ada waktu senggangnya...
kalo takde rest, teruklah,,,dahle dalam kelas xleh duduk...
tapi sis bantai gak duduk..heheh

DaHLia said... [Reply to comment]

cub jugak menyempatkan...
kalo dah minat ...tambah lak duit memburu..hehehe

DaHLia said... [Reply to comment]

yup, memang busy, last month lagi busy..lepas NKRA, EMIS, ni nak rest jap sebelum berPTK dan OPMEN lak lepas ni..huhuh..

yup, kat sekolah memang sorok2 je,,yg penting, keje buat dulu..
tu yg rsau bila PPD tahu blogku...rasa dah xselamat..huhuh

zikr the jalanan sepi said... [Reply to comment]

diantara cikgu dan blogger yang paling rajin di malaysia.. yeah!!

DaHLia said... [Reply to comment]

hahahhaa cikgu malas ni....
kalo rajin, hehari buat kelas tambahan ...huhuh

Reality said... [Reply to comment]

cikgu mmg mantap..jd cikgu lg..pas2 jd blogger terkenal..bgs2..

Landax Suparman said... [Reply to comment]

wah!gler la!patot la blog cikgu mantap!

Fnd Rocka said... [Reply to comment]

sebgai tujuan pencambahan ilmu.blogging di kalangan guru2 sangat digalakkan

Review buku 'Sembang Kencen' Karya Brader Pidomat

Fnd Rocka said... [Reply to comment]

walaupun part time...tapi nampak begitu komited skali!

sha_hir_meng said... [Reply to comment]

18 waktu 2..banyak 2..
siap ajr MT ngn SC..
same cm bidang sye..
hehe

DaHLia said... [Reply to comment]

patutnya boleh je nak 12..tapi sayang nak buang kelas sains tu walaupun option sis fizik. buang addmaths, bukan senang nk dpt ngajar subjek minor..

DaHLia said... [Reply to comment]

nak menggalakkan cecikgu kat sekolah, tp line tenet sekolah kadang2 memang hampeh,,,

DaHLia said... [Reply to comment]

dah minat, kena lah buat betul2... :)

DaHLia said... [Reply to comment]

alhamdulillah...dalam proses memantapkan lagi..uhu..
btw, xgile lagik..hahhahaa

DaHLia said... [Reply to comment]

erkk blogger terkenal??
oh tidak!!!!

DaHLia said... [Reply to comment]

erkk blogger terkenal??
oh tidak!!!!

nomborsebelas said... [Reply to comment]

perh cikgu..lengkap betui jadual satu hari..sempat tak ni nak g tandas nie ?


hohohoho



http://nomborsebelas.blogspot.com

matdin said... [Reply to comment]

leh tambah subjek blogspot satu lagi ni hehehe...

DaHLia said... [Reply to comment]

best gak kalo ada..
pucuk dicita ulam mendatang..heheh

DaHLia said... [Reply to comment]

hahaha...isk, yg tu panggilan semulajadi...mesti pergi..xkan laaaa kematu depan lappy jer..hahaha

Sumijelly said... [Reply to comment]

wah...mcm tu rupanya rutin cikgu dahlia yek...hehehe
ada internet kat umah senang la..kalu x ada mcm sumi...hahaha..
mati kutu la...


Sumijelly.com

DaHLia said... [Reply to comment]

yup, kat umah mmg ada STREAMYX... Wifi lagi...huhuh
kat sekolah guna schoolnet / broadband...
kos internet sebulan RM 127... tu yg kena cari wang dr blogging..hehe
at least, ada laa hasil guna internet tu.. :)

Ridhauddin Hariz said... [Reply to comment]

Memang Padat =.=

Anyway u da best~

DaHLia said... [Reply to comment]

blogging utk memadatkan waktu jer... :)

Ershad said... [Reply to comment]

owh, cikgu rupanya. Baru tahu, ha ha ha.
Masa kita perlu dipadatkan supaya tidak dibuang dengan sia-sia.

DaHLia said... [Reply to comment]

tu ler, ramai xtahu saya cikgu,
ni yang nak bagitau....

pakcikdotblogspotdotkom said... [Reply to comment]

hai cikgu.... cikgu ngajo kat sekolah mana?.. ahmad ke?... kat bandar pkn @ kat daerah pekan?... huhuhu... blh la jmpa cikgu nanti.....

DaHLia said... [Reply to comment]

hehe dekat2 situ jer...waka waka...
jumpa?? alahai, segan laa pulak...saya ni pemalu...hahaha

RedBoy said... [Reply to comment]

wahh.. tersangat padat lagi ketat jadualnya.. memang respek la cikgu dahlia.. pandai membahagikan masa dan tak membazirkan masa yg begitu 'emas' kan.. huhu

Azizwan said... [Reply to comment]

tabik spring la.. wlpn tak 24jam ngadap blog, tp blog tetap terbaik..

DaHLia said... [Reply to comment]

alhamdulillah...
mandrem menjadi..miahahaha


*gurauan semata

DaHLia said... [Reply to comment]

yup, saya memang xreti duk diam, kecuali tgh mengelamun..hehehe..

alif said... [Reply to comment]

part time tp masyukkkkkkkkk..teruskan dahlia

DaHLia said... [Reply to comment]

alhamdulillah :)

Maryam Jamilah said... [Reply to comment]

Rutin sy ketika tidak berkerje, berjage sampai subuh. tapi start keje ni, nampak gayenye macam kene bye2 dah T_T

DaHLia said... [Reply to comment]

sama laaaa...
sis time cuti sekolah dulu, mmg berjaga sungguh
skrg dah xkuase... :)

LaNS said... [Reply to comment]

padatnya jdual ckgu...tk letih ka...

Aida Fanna said... [Reply to comment]

cikgu dahlia ni ajar it ke?

Post a Comment

Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais