BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Home » , , , » Bapa Sembelih Anak… Ini bukan Zaman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail!

Bapa Sembelih Anak… Ini bukan Zaman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail!

Share

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca..

Seram sejuk bila aku dengar kes bapa sembelih anak di Kota Bharu dalam Buletin Utama TV3 tadi. Ini bukan kisah pertama yang berlaku di negara kita bab-bab sembelih ni. Awal tahun lalu, lebih menggemparkan bila mana seorang anak memenggal kepala bapa sendiri dan membawa kepala tersebut dari Gemencheh ke Shah Alam menaiki motor kalau tak silap aku.

Refer:   Muka hensem, tapi sayang pembunuh?

Kes kali ini yang melibatkan bapa sembelih anak di Sungai Budor Kota Bharu ni, berlaku pada jam 11.40 pagi semalam yang mana kanak-kanak berusia 3 tahun itu, Mohd Adam Muzaffar Muhaimi mati di tempat kejadian manakala bapanya cedera di leher dipercayai akibat cuba menyembelih dirinya sendiri. Adam Muzaffar adalah anak kedua daripada tiga beradik dan ketika kejadian, difahamkan hanya suspek dan mangsa berada di dapur  memandangkan ibu mangsa ke rumah jirannya kerana menolong jirannya melapah ayam.

Bapa berusia dalam lingkungan 33 tahun yang merupakan seorang pengawal keselamatan di sebuah pasar raya di Kota Baharu, dipercayai pernah mendapat rawatan mental di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini dan sudah lama tidak makan ubat bagi rawatan penyakit mentalnya itu.

 

Bila dilihat balik, bila wujud kes-kes macam ni, kes penderaan, semuanya bergantung kepada tahap kita mengawal emosi. Doalah pada Allah supaya kita sentiasa berada di bawah rahmatnya dan selamat daripada perkara-perkara sebegini.

20 komen :

Afiq said... [Reply to comment]

skng ni byk btul kes2 cmni..bila diselidik balik,penjenayah tu mesti ade rekod sakit mental,tekanan perasaan..ni semuanya berpunca dari sikap manusia tu sendiri yg x pandai nak mengawal emosi.. bila ditanya kenapa buat mcm tu? katanya ada suara halus memujuk soh membunuh la,nampak bayangan lah.. macam2..

joegrimjow said... [Reply to comment]

haiiishhh
ni baru dari ladang ni
sbb baru tahu

FarHa said... [Reply to comment]

owhh sakit mental rupenye....hehe ngatkan normal td kehkeh

AJ said... [Reply to comment]

orang yg ada masalah mental kita xtau sejauh mana die akan bertindak...apa yang pasti pihak hospital perlu pantau dari masa kesemasa untuk orang yang ada sejarah mental supaya kes mcm ni xkan terjadi lagi...

suzzsuzie said... [Reply to comment]

tu la jangan ambil ringan pada pesakit mental...kalau kena ambik ubat tu jagalah betul2...nasib baik isteri takde kat rumah

nurul_diya m. nor al-haj said... [Reply to comment]

kecut per0t dengar berita cm nie..

~~Ciklinn~~ said... [Reply to comment]

hai ciklinn tak dapat bayangkan betapa hazabnyer budak tu... kesian betul di sembelih idup.. ciklinn yg pernah terpotong jari pun sakitnyer tuhan jer yg tau... huhuhuhh

betul ckp AJ kita kena pantau setiap penyakit mental yg ada......

nUR_rOsALiNdA said... [Reply to comment]

Skang ni darah manusia dah jadi semakin murah..sana sini kes bunuh je..

aZLiNa aZiZ said... [Reply to comment]

Nauzubillah. Semoga kita dijauhkan daripada perkara2 sebegitu.

LiFe KaMi said... [Reply to comment]

tekanan jiwa la tu ,sebab tak reti control, anak yg jadi mangsa.Subhanallah..

zulkbo said... [Reply to comment]

salam..
ramai orang yang
berpenyakit mental
sekarang ni..mungkin
stress..

Mariella Liyana said... [Reply to comment]

Astagfirullah...
Ape nak jadi dunia skang ni...macam trend pulak. Pfffttt~!

Zairie Husin said... [Reply to comment]

gila lah... macam2 kes sekarang nie ye..


zairie recently posted:
BUKTI CIKTA SEJATI
BARU 12 TAHU DAH PANDAI SEKS2
INI BARU RAJA ULAR
ADIK WAN NUR TAK HILANG??

cik fiza said... [Reply to comment]

sangat menakutkan.. ngeri...

Hasrol Nizam said... [Reply to comment]

takut nya dengar..haih.. mintak dibekalkan kesihatan akal fikiran sama. bukan sekadar sehat tubuh badan je.

Pendapat anda?
Awak, boleh pakai purdah tak?

hakimfaridzul said... [Reply to comment]

astagfirullah...

orang yang pernah menerima rawatan mental macam ni sepatutnya perlu diberi perhatian dan dirawat sehingga pulih sebetulnya..

membahayakan dirinya dan juga orang disekeliling~

fiddeOmar said... [Reply to comment]

sakit mental. gila. punca? makanan. tak percaya?

p/s: makanan membentuk peribadi. sebab tu jgn ambil mudah tentang halal haram dan sumber kewangan utk membeli makanan tu.

Lizzie Yasmin said... [Reply to comment]

nak kata kene hasut syaitan bulan nie syaitan dah kene ikat, nampak nya syaitan manusia lebih dasyat dari iblis sebenar...

paparock said... [Reply to comment]

kejam kejam sungguh kejam............

Anonymous said... [Reply to comment]

korang cakap bole la..ada bedepan dgn org sakit camtu..klu x jgn nk cakap lebih ok..patutnya kita yg tlg jgn bg fikiran dia kosong..org sakit cmni perlukan teman..klu sorang dakit dia dtg jadi la camni..

Post a Comment

Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

My Shoppe =)

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais