Bantuan Khas Kewangan RM500 untuk kakitangan awam dan pesara sempena Aidilfitri. Itu yang telah diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan hari ini.
Bantuan Khas Kewangan sempena Hari Raya Aidilfitri itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan. Alhamdulillah dapat jugak duit raya untuk Aidilfitri ni..aku gred 41 je, so aku kira lepas laa dapat :D. Mak aku selaku pemegang pencen arwah abah aku pun dapat duit raya.. Yeahhh!!
Bayaran yang merupakan saguhati dan bonus Hari Raya itu sememangnya amat ditunggu-tunggu oleh semua kakitangan awam pusat selepas Kerajaan Pulau Pinang mengumumkan RM400 bonus perayaan Hari Raya Aidilfitri untuk kakitangan awam negeri itu minggu lepas. Dan selepas pengumuman Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2010 ini oleh Perdana Menteri, Kerajaan Perak pula mengambil langkah yang serupa, memberikan RM500 kepada Kakitangan Awam Kerajaan Negeri Perak. Kerajaan Negeri lain macam mana? Ada tak?
Seramai 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan akan menerima bayaran bonus RM500 tersebut yang dianggap sebagai “durian runtuh” sebelum 1 Syawal. Bayaran saguhati Aidilfitri itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara.
"Keputusan ini diambil selepas mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri," kata Datuk Seri Najib yang juga Menteri Kewangan.
Terima Kasih Datuk Najib kerana prihatin!
p/s: Agak-agak dalam Bajet 2011 nanti ada Bonus lagi tak?






15 komen:
harap-harap ada .. kihkihkih .. boleh tumpang dua kaki =p
perghhh...bole le sis buat contest2 lg...hehe
saya belum bekerja lagi... harapkan duit mara sahaja. Harap2 lepas ni mara bagi saya setiap bulan RM1000 wahahaha
"Keputusan ini diambil selepas mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri," kata Datuk Seri Najib yang juga Menteri Kewangan.
atau maalu alah dgn kerajaan Penang????
walau apa pun alhamdulillah... merasa juga
hehehe.. SUKA!!
suka la eh orang2 yg keje gov ni..dpt bonus.. :D
Pendapat anda?
Awak, boleh pakai purdah tak?
best keje gomen, dapat bonus, banyak pulak tu..
bleh pau duit raya laa pasni.. hehhehe
salam..
tahniah lah..
he he..suka la tu?
hahahaha... cikgu dahlia mesti dapat bonus kan? ape lagi, belanja la aidi-safuan nih. :P
huhuhu ok la tu..RM500
Ha..ha..ha..Dapat bonus weh..raya sakan tak lepas gak..RM500 je..tu pun dapat sebab geng-geng kat Penang dapat RM 400 dari Guan Eng.. Pas ni kompom tak dapat Bonus hujung taun ni..ekonomi meleset..macam-macam....
Cikgu Dharlia boleh la bagi ampau kat anak buah RM500 tu..
hehe! tunggu cik abang dpt bonus ni...
wah.
lepas duit minyak keta..huhu.TQ Datuk Seri
kat company sy dpt bonus 4 bulan gaji..
weehuuuuuu
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...