BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Home » , , , , , , , , , » Lagu OST Duyung Aridinata – Putera Duyung Zack X Factor

Lagu OST Duyung Aridinata – Putera Duyung Zack X Factor

Share

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca…

Korang layan tak Drama Duyung Aridinata arahan Adam Hamid yang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis  di TV3 pukul 4.30 pm ataupun di TV9 jam 8.30 pm. Duyung Aridinata ni mengisahkan perjalanan seekor duyung lelaki, Aridinata lakonan Zack X Factor yang dikurniakan kaki untuk hidup di daratan dan mencari pasangan cintanya, lakonan Fasha Sandha.

 

duyung-aridinatha 

 

Aku pernah gak menonton episod pertama Duyung Aridinata ni masa aku tengah kemalasan berblogging hari tu. Aku tertengok sebab teringin nak tengok drama terbaru Fasha Sandha yang mana masa dok tengah kecoh pelancaran drama ni kan, dia jadi bahan utama akhbar dengan pengakuan dia bercinta dengan Jejai tu…..Kelakar lak tengok mak bapak Aridinata ni dalam drama tu masa diorang dok berkasih @ meeting kat tepi pantai…dialog diorang dengan bomoh lakonan Maria Farida tu pun agak kelakar.

 

Sinopsis Duyung Aridinata

Aridinata yang bertukar menjadi manusia biasa akhirnya berjaya menemui cintanya selepas bekerja di sebuah pusat peranginan, Hening Beach Resort. Namun tidak semudah itu dia menempuh kehidupan baru yang sangat mencabar kerana pelbagai konflik timbul.

Drama bersiri 20 episod terbitan Zeel Productions itu bakal menemui anda menerusi slot Lagenda di TV3 setiap Isnin hingga Khamis, jam 4.30 petang bermula 12 Julai nanti. Ia dibintangi tiga teraju utamanya iaitu Zack X-Factor (Putera Aridinata) Natasha Hudson (Puteri Antartinka) dan Fasha Sandha (Cleo). Pelakon lain adalah Tony Eusoff, Rozie Rashid, Maria Farida, Jasmin Hamid, Eizlan Yusoff dan Zain Saidin. Drama ini menjalani penggambaran di lokasi utama sekitar Pulau Lang Tengah, Terengganu dan Pusat Sains Negara (PSN), Kuala Lumpur. Kisah bermula dengan Raja Singrattdinanta yang amat murka apabila putera tunggalnya, Putera Aridinata, enggan berkahwin dengan Puteri Antartinka lalu diusir dari Empayar Insangrumpair.

Justeru kerana terlalu kecewa dengan tindakan ayahandanya, Putera Aridinata bersama kawan rapatnya, Kurita yang juga seekor sotong, berjumpa dengan dukun Mek Melusa yang terkenal dengan kemampuan saktinya di Empayar Insangrumpair. Atas nasihat Dukun Mek Melusa, Putera Aridinata dinasihat meninggalkan Empayar Insangrumpair untuk mencuba nasib di darat. Mek Melusa juga akhirnya dapat memenuhi hasrat Putera Aridinata dengan memberikannya sepasang kaki. Namun, ia tetap bersyarat kerana ada pantang larang yang perlu dipatuhi.

 

 

 

Download OST Duyung Aridinata – Putera Duyung

 

Setingginya gunung sedalam lautan
Demi cinta kan ku daki ku selam
Harus ku jagamu siang dan malam
Mencintaimu menyayangi mu
Untuk selamanya

Sudikah terima cintaku ini
Walau berbeda namun aku percaya
Kita ditakdirkan untuk bersama

Chorus
Aku putera duyung menanti cintamu
Akan ku bawamu ke alam ku
Aku putera duyung menunggu cintamu
Hidup bersamaku di duniamu

Ulang Chorus

Di bumi yang indah aku berada
Menjelma jadi manusia
Mencari teman sehati sejiwa
Untukku jadikan ratuku

Sudikah terima cintaku ini
Walau berbeda namun aku percaya
Kita ditakdirkan untuk bersama

Ulang Chorus 2X

6 komen:

suzzsuzie said... [Reply to comment]

tgok sikit2 tp tak tau jalan cerita...tak minat sbb ada fasha sandha..boleh ke gitu

zulkbo said... [Reply to comment]

salam Dahlia..
layan jangan tak layan
lagu orang bujang sesuai ni
he he..apa khabar Kuantan?

tehr said... [Reply to comment]

payah nak ulas hal cerita / drama ni
jarang sangat nonton tv

fathiahRAIHANA said... [Reply to comment]

naaak tgok , tp stay asrama :(
tp cite nie sempat tgok skali jep akak, hihi .
mnt Zack tu ensem r ..

Anonymous said... [Reply to comment]

best gak cerita duyung ni.x puas tengok..duyung berenang

Anonymous said... [Reply to comment]

tak best betul cerita ni harap -harap ada lagi

Post a Comment

Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais