Ingin membeli hartanah? Dapatkan panduan lengkap dari pakar hartanah!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

 Banner
Home » , , , , » Liga Remaja Kreatif – Jalur Lebar untuk 1 Malaysia

Liga Remaja Kreatif – Jalur Lebar untuk 1 Malaysia

Share

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca..

 

Maybe benda ni dah lama sebab dah hampir ke tarikh tutup penyertaan. Actually tarikh tutup penyertaan Liga Remaja Kreatif ni dah extend dari 1 Ogos, ke 30 Ogos, so kira sempat lagi lah aku buat promosi kan? Lagipun aku tak pasti macam mana sambutan Pertandingan Liga Remaja Kreatif ni. Macam tak ramai masuk jer..Aku pun tahu wujudnya pertandingan ni masa mengiringi pelajar aku mengambil hadiah untuk Pertandingan Menulis Blog – Jalur Lebar merubah hidup saya. Nanti aku kongsi dalam entry lain.. Pasal Liga Remaja Kreatif ni, korang boleh teruskan pembacaan.

 

Liga-Remaja-Kreatif_a

Liga Remaja Kreatif 2010 dengan tema “Jalur Lebar Untuk 1Malaysia” merupakan satu pertandingan kandungan terbitan tempatan terbaik meliputi dua peringkat iaitu peringkat negeri dan peringkat kebangsaan. Kandungan yang disertakan untuk pertandingan ini adalah dalam bentuk dokumentari, sketsa pendek, iklan atau mesej khidmat awam. 

 

Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia. Pertandingan ini adalah projek berpasukan yang mana terdiri 2-4 pelajar untuk satu pasukan. Jangka masa (durasi) bagi setiap penyertaan adalah di antara 3 – 7 minit dan mesti menepati tema “Jalur Lebar Untuk 1Malaysia”. Semua sekolah dibekalkan dengan kit pembelajaran asas produksi.

 

Objektif Pertandingan:

1. Memupuk minat dan kreativiti dalam pembangunan kandungan
2. Mendidik remaja tentang asas kemahiran dan produksi dalam penceritaan dan peralatan
3. Mencetus keterujaan dikalangan remaja Malaysia terhadap potensi dan peluang dalam industri kandungan

 

Maklumat Peraduan: 

 

  • Pertandingan Jalur Lebar Untuk 1Malaysia adalah anjuran bersama oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Jabatan Filem Negara Malaysia. 
  • Pertandingan ini dibuka dari 1 Jun 2010 hingga 30 Ogos 2010. 
  • Tema bagi produksi adalah JALUR LEBAR UNTUK 1MALAYSIA dan mestilah berbahasa Malaysia.

Hadiah-hadiah yang ditawarkan

Kesemua peserta akan diadili pada peringkat Negeri yang mana hadiah yang disediakan di peringkat Negeri ini ialah

Hadiah tempat pertama : RM5 000 beserta telefon bimbit
Hadiah tempat kedua : RM3 000 beserta telefon bimbit
Hadiah tempat ketiga : RM2 000 beserta telefon bimbit
Hadiah saguhati : RM500 x 7

Kesemua pemenang pertama peringkat negeri akan mewakili negeri masing-masing untuk ke peringkat kebangsaan. Peserta peringkat kebangsaan ini akan berpeluang menyertai Kem Pembangunan Kandungan dan hasil produksi mereka akan dihakimi untuk menentukan Juara Peringkat Kebangsaan yang menawarkan hadiah yang sangat lumayan:

Hadiah tempat pertama : RM10 000 beserta kamera digital
Hadiah tempat kedua : RM7 500 beserta kamera digital
Hadiah tempat ketiga : RM5 000 beserta kamera digital

 

So, kepada sesiapa yang ada adik di peringkat sekolah menengah, boleh laaa kawtim dengan diorang, join mende ni, mana tahu rezeki berpihak pada anda kelak. Tapi biarlah setaraf dengan hasil pelajar sekolah menengah ok..Supaya tak disqualified..All the best kepada semua!

 

Tarikh tutup penyertaan: 30 Ogos 2010

28 komen:

MX said... [Reply to comment]

alaa...
pertandingan dah tamat tempoh la...
macamane nak join...
huhuhu

A-Y-I-E said... [Reply to comment]

Terima kasih sis dahlia di atas maklumat ini

iddinm said... [Reply to comment]

menariknya hadiah

DaHLia said... [Reply to comment]

@MX

dah extend sehingga 30 Ogos laa...
sekolah sis pun baru dapat bahan promosi semalam jer..
tahu mende ni pun last week..
rasanya jumlah penyertaan sedikit je ni..
try lah, mana tahu rezeki kamu..
pastikan pelajar sekolah menengah oke

DaHLia said... [Reply to comment]

@A-Y-I-E

sama-sama..
ada adik boleh join tu..
rasanya xramai join

nabil_potter said... [Reply to comment]

menarik :)

joegrimjow said... [Reply to comment]

sebab xde adik la ku xjoin
huhu

joegrimjow said... [Reply to comment]

terkejut tgok alexa td sbb 800k
baru pasan dan tukar .com
huhu

eT said... [Reply to comment]

ada pertandingan jalur lebar yer...nape cam xtau jek..huhu

DaHLia said... [Reply to comment]

@iddinm

memang menarik!
daku dah takde adik yg bersekolah :)

DaHLia said... [Reply to comment]

@nabil_potter

sangat!

DaHLia said... [Reply to comment]

@joegrimjow

sama la kita :)

DaHLia said... [Reply to comment]

@joegrimjow

tu laa pasal..
PR pun hilang ni..
SERP pun kurang mesra..uwaaa
rasa nak balik blogspot ler plak.hikhik

DaHLia said... [Reply to comment]

@eT

ni baru bagitau la ni... :)

Eyriqazz said... [Reply to comment]

oh,untuk pelajar sekolah je ke? baruje ingat nak join..huk3...

.s.o.f.i.a. said... [Reply to comment]

pergh!!! best nya hadiah!!!! asal zaman aku kecik2 dulu tak nah pun skolah join benda2 camni.... *sigh*

anastasyea said... [Reply to comment]

hadiah semua gempak-gempak tp sayang kita dah tak boleh masuk ..

DAK KCIK said... [Reply to comment]

MENARIK!!!!!
BAGUSS!!
SELAMAT BERPUASA...
SELAMAT HARI RAYA...
HAPPY DEEPAVALI...

Anonymous said... [Reply to comment]

ktorag dah nak siap

nanti dah siap ktorag akan uplload kat youtube, klik search 'iklan jalur lebar smk king edward taiping' mgkin akan di upload pda 5/9/10

DaHLia said... [Reply to comment]

@Eyriqazz

sebab tu daku xjoin...
bebudak ni pun entahla, cakap nak join, tapi sorang pun xdatang bgtau progres..hari tu tanya macam2..hahah

DaHLia said... [Reply to comment]

@.s.o.f.i.a.

kita dulu bukan zaman internet lagik..
skrg ni internet dah jadi keperluan,

DaHLia said... [Reply to comment]

@anastasyea

tu laaa....berpuluh ribu tuuu..
apa lah budak sekolah nk buat duit bebanyak kan? hehehe

DaHLia said... [Reply to comment]

@DAK KCIK

yeahhhh!!!!

DaHLia said... [Reply to comment]

@Anonymous

wahhhh... oke..nanti pasti cikgu akan cari untuk tengok Video korang...Hope menang ya :D
Usaha pasti berbalas kejayaan

cyda said... [Reply to comment]

alaaaa , na dekat tutop da ??
sekula sy pn ade pomot gak ,
tp takkan 30 ogos ?
ta sempatlah ! :(

Anonymous said... [Reply to comment]

tpi blur..xtaw nk watper....

naem said... [Reply to comment]

ckgu dahlia! sye join!~ ngee~~

Putera said... [Reply to comment]

ble agak2nya nak announce pemengang ek?

Post a Comment

Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Syoknyer Blogging
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

♥ Projek DJ2B - 31 Blogger ♥

Photobucket Blogger yang telah direview : 1.Lyn Azlina 2.Nurhafiz 3.Ecah 4.Hazwan Blogger yang Masih Aku Hutang Review:
DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais