BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Home » , , , , , » Majlis Berbuka Puasa Warga PBTM Paya Besar

Majlis Berbuka Puasa Warga PBTM Paya Besar

Share

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca..

Alhamdulillah, semalam aku dan keluargaku berpeluang menghadiri Majlis Berbuka Puasa untuk Warga Persatuan Bekas Tentera kawasan Paya Besar. Arwah abah aku kan pencen TUDM, so haruslah ada majlis-majlis sebegini untuk ahli PBTM ni.

 

DSC02662 

Ini kali kedua aku hadiri Majlis Berbuka Puasa ni selepas menghadirinya 2tahun lepas, semasa arwah baru je pergi. Majlis kali ni diadakan agak jauh dari umah aku, di Batu 12, Taman Seri Mahkota. Lebih kurang 30minit jugaklah perjalanannya.

 

Alhamdulillah, pada Majlis semalam, YB Mohd Zali menyampaikan sumbangan kepada balu-balu dan juga sumbangan untuk anak-anak ahli PBTM yang cemerlang dalam peperiksaan awam iaitu UPSR, PMR, dan SPM untuk tahun 2009.

 DSC02665 DSC02666  DSC02667

 

 

 

 

 

Juadah semalam memang best, biarpun nampak biasa-biasa je. Nasib air bandung dia just nice, tiada rasa susu, bolehlah aku minum berulang kali. Maybe dia dah letak ais krim soda buat penyedap kut? Makanan dihidang secara buffet dekat luar dewan, dan orang ramai berpusu-pusu nak ambil makanan sebab masa tu dah 7.00 malam.

 

Tak bestnya, sebab berhimpit2..sampaikan rimas aku jadinya. Kenapalah tidak diasingkan bahagian lelaki dengan perempuan, konpius sungguh. Ternoda aku jadinya. Yang paling tak best didengar, ada gak yang menyumpah seranah masa beratur..abis kuar segala perkataan. Alahai, abis laaa kurus pahala puasa.

 

Kalau sebut pasal Majlis Berbuka Puasa ni, yang paling aku tak boleh lupa pengalaman aku berbuka puasa secara berjemaah di Masjid Sultan Ismail, UTM Skudai masa aku menuntut di sana dulu. Makan beramai-ramai dalam talam. Memang pengalaman berharga laa bagi aku yang tak biasa makan macam tu. Tapi aku rasa kalo takat dengan kawan-kawan kenal, xkisah la nak makan macam tu. Kalau dengan orang tak dikenali, berkongsi macam tu, rasanya aku lebih rela sebut “Terima Kasih, sudah kenyang..”

6 komen:

tehr said... [Reply to comment]

majlis ikut adat dan ikut ibadat semestinya tak sama cikgu
kan?
...apa2 hal pun memang seronok dapat makan free

Mohd Shahrul Hafizi said... [Reply to comment]

Kak Dahliah orang Gambang ke? Hehehe. Suka makan dalam talam. Sebab banyak lauk. Hahaha.

Car mild said... [Reply to comment]

wah asik juga buka puasa ramai2.. jadi ingat kampung...
jadi gak sabar pingin mudik....


Happy blogging

miss cloudy said... [Reply to comment]

smlm khabar nyer ada majlis berbuka dgn PM kat Pekan.. Cikgu Dahlia pegi ke?

Hasrol Nizam said... [Reply to comment]

bulan2 puasa ni pun mmg suka pergi buka puasa di MSI. tp semestinya dengan geng.supaya tak akward bula makan setalam.. =)

pendapat anda?
dosa 24 jam di facebook, sedarkah kita?

noor afzan said... [Reply to comment]

kak dahlia student UTM juga ye?
ahaha..
amik course perguruan ye.

Post a Comment

Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

My Shoppe =)

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais