BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Home » » MyTentera – Kad Pintar warga Tentera

MyTentera – Kad Pintar warga Tentera

Share

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca..

Petang tadi, aku berkesempatan menonton drama pertama yang menggandingkan pasangan kekasih Scha Al Yahya dengan Awal Ashaari. Aku ni bukanlah peminat Scha, tapi teringin gak nak menonton Drama Prebet Jamilah tu sebab tengok promo macam best, tapi cerita dia, takde best mana pun, lucu pulak bila tengok askar kawat melenggang. Nampak sangat sekadar sebuah cerita untuk mengisi slot Merdeka hari ni.

 

Cakap pasal askar atau tentera ni, baru-baru ini dihebahkan bahawa anggota tentera dah ada kad pintar sendiri iaitu MyTentera. Kalau sebelum ini, hanya MyKad dan MyKid sahaja yang ada, mulai 28 Ogos 2010 lepas, semua warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) seluruh negara boleh mendaftar untuk mendapatkan kad pengenalan pintar dikenali sebagai MyTentera di 58 kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang dikhaskan untuk anggota ATM pada Sabtu dan Ahad setiap minggu.

 

okelah tu dah ada kad pintar, kalau dulu hanya Kad Pengenalan BAT C 10 yang laminate jer..ops bukan KP, kad tu macam lesen memandu jer.

MyTentera mempunyai aplikasi sama dengan MyKad yang digunakan orang awam, namun ia direka cipta dengan beberapa ciri yang membezakan di antara keduanya, sekali gus mengelakkan kekeliruan. MyTentera yang menggunakan warna perak sederhana sebagai warna kadnya mempunyai nombor kad pengenalan awam 12 digit di samping nombor perkhidmatan tentera yang merupakan nombor rujukan utama. Nombor Kad 12 digit hanyalah untuk tujuan MyID yang dilancarkan oleh kerajaan.

 

MyTentera mempunyai Lambang ATM di bahagian belakang atas kanan kad.
Penggunaan MyTentera kelak berupaya meningkatkan kualiti dan gaya hidup anggota tentera melalui kecanggihan teknologi kad pintar yang menawarkan pelbagai keistimewaan. Penggunaan MyTentera juga mampu memperkemaskan pangkalan data di dalam ATM dan memudahkan dari segi rujukan yang melibatkan aspek-aspek pentadbiran dan keselamatan.

 

p/s: Arwah abahku seorang tentera! Bangga jadi anak tentera!! Tapi adik beradikku takde sorang pun ikut jejak langkah arwah abah.

9 komen:

n@m@n said... [Reply to comment]

cikgu Dahlia taknak tukar profesion jadi tentera?hehe

suzzsuzie said... [Reply to comment]

adik dan adik ipar kak sue tentera.......seronok tgok dorang dapat macam2 kemudahan....

ahfat said... [Reply to comment]

respect ATM !

Faizal-Aviate said... [Reply to comment]

akhirnya ada gak mykad, leceh la bat c 10 tu dh la beso hehehe....

.s.o.f.i.a. said... [Reply to comment]

my dad plak pegawai polis...... baru pencen 2minggu lepas. and my bro dah ikut jejak langkah dia, skang pegawai polis kat terengganu........ tentera lum ada lam sejarah kuarga.....

LiFe KaMi said... [Reply to comment]

Malaysia semakin maju bagus, pasni ramai le yg masuk tentera lg mempertahankan tanah air kita..selamat menyambut hari merdeka...

zulkbo said... [Reply to comment]

السلام عليكم
bertandang lagi..
moga sihat selalu orang
di sini..carilah keberkatan
10 malam terakhir..Insyaallah
kebanggaan Angkatan Tentera
di Malaysia..nampak menarik

Eliyana said... [Reply to comment]

Sokong Faizal-Aviate...hubby sll merungut bat c10 dia kemek dalam wallet

ITentera said... [Reply to comment]

nak beli beg duit pong kene ukur dulu huhuhu

Post a Comment

Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais