Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca..
Bila dah masuk Musim Perayaan, macam biasalah, Ops Sikap akan dilancarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Ops Sikap atau perkataan asalnya Operasi Sikap ialah satu operasi keselamatan jalan raya yang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia bagi memastikan keselamatan pengguna jalan di Malaysia semasa musim-musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Hari Natal dan Tahun Baru Cina.
* memang macam ni ke keadaan di Plaza Tol bila musim perayaan?
Bersempena dengan Aidilfitri tahun ni, merupakan Ops Sikap ke-22 yang mana akan melibatkan seramai 4,000 anggota PDRM yang merangkumi pegawai polis di peringkat daerah dan juga dari unit tugas-tugas am. Ops Sikap ke-22 ini akan bermula pada 3 September dan berakhir 17 September ini. PDRM akan menempatkan anggotanya di kawasan-kawasan 'hot spot' iaitu kawasan yang mencatatkan kadar kemalangan tertinggi sebagai langkah mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
Kebiasannya, semasa Ops Sikap dijalankan, langkah yang diambil ialah:
- pemantauan khusus bas ekspres
- pemantauan menggunakan kereta ronda tidak bertanda dan menara pemerhati di lebuh raya
- mengurangkan had laju di jalan persekutuan (90 km/j kepada 80 km/j) dan jalan negeri (80 km/j kepada 70 km/j)
- menyekat kenderaan berat daripada jalan pada hari tertentu
Persoalannya, mampukah Ops Sikap ini mengurangkan kemalangan Jalan Raya di negara kita? Jom kita lihat Statistik /Laporan Ops Sikap ini semasa musim perayaan Hari Raya Aidilfitri sahaja. Untuk statistik penuh Ops Sikap dari ia mula dilancarkan, boleh rujuk Laporan OPS Sikap 1-22 di laman rasmi Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR)
| PERKARA | JUMLAH | JUMLAH KEMALANGAN MAUT | JUMLAH KEMATIAN | PURATA KEMATIAN SEHARI |
| OPS SIKAP III (29.11.02 - 13.12.02) HARI RAYA AIDILFITRI | 12239 | 253 | 285 | 18.7 |
| OPS SIKAP V (18.11.03 - 02.12.03) HARI RAYA AIDILFITRI | 12165 | 207 | 241 | 16.1 |
| OPS SIKAP VII (07.11.04 - 21.11.04) DEEPARAYA | 11609 | 173 | 200 | 13.3 |
| OPS SIKAP IX (27.10.05 - 10.11.05) DEEPARAYA | 13442 | 211 | 233 | 15.5 |
| OPS SIKAP XI (17.10.06 - 31.10.06) DEEPARAYA | 15716 | 213 | 228 | 15.2 |
| OPS SIKAP XII (7.10.07 - 21.10.07) HARI RAYA AIDILFITRI | 15911 | 202 | 225 | 15 |
| OPS SIKAP XVII (24.09.08 - 08.10.08) HARI RAYA AIDILFITRI | 15,996 | 186 | 208 | 13.9 |
| OPS SIKAP XX (24.10.09 - 29.10.09) HARI RAYA AIDILFITRI | 17,335 | 237 | 261 | 17.4 |
#Jadual ni dibina sendiri olehku. Sila mintak izin jika mahu copy.
Bila diperhatikan melalui jadual dan graf di atas, statistik menunjukkan penambahan dari segi bilangan kemalangan. Moga tahun ni, bilangan kemalangan dapat dikurangkan dan sebolehnya, langsung tiada kemalangan yang melibatkan jiwa berlaku. Bila mana kegembiraan perayaan diratapi sedih oleh keluarga mangsa kemalangan, memang menyedihkan.
Di sini, aku rasa lebih kepada sikap pemandu di Jalan Raya itu sendiri.Pendapat aku, Ops Sikap ni untuk merubah sikap pemandu apabila menggunakan jalan raya. Memang kita dapati, banyak lagi faktor lain, tapi sekiranya kita mulakan sikap yang bersopan santun di jalan raya, insyaALLAH kemalangan boleh dielakkan.
Sebelum pulang berhari raya ke kampung, pastikan kenderaan telah diservis sebaiknya. Baik dari segi luaran, mahupun dalaman. Kesemuanya memberi faktor. Semasa melalui kawasan yang berbahaya, kurangkan kelajuan, dan ikutlah kelajuan yang telah ditetapkan. Satu perkara lagi, mulakan perjalanan dengan doa memulakan perjalanan serta ayat Kursi. Ingat lagi kebesaran ayat Kursi dalam Kenapa Tidak Rogol Saya? InsyaALLAH Allah akan memelihara kita sepanjang perjalanan.
p/s: sedang muhasabah diri supaya kurangkan speeding…



19 komen:
hope ops sikap kali ini akan dpt mengurangkan kadar kemalangan jalan raya..sedih r sis, tiket balik pantai timur dah habis..mcm mana nk balik ni..huhuhu
semoga tahun ni smooth aja
baca ayat kursi...al fatihah...3 kul...kalau pandai bace doa naik kenderaan...baca jugak...InsyaAllah selamat
pastikan sebelum memandu tidur secukupnya..takut mengantuk time memandu...kalau mengantuk jugak,berhenti di RnR...barulah diri dan orang lain selamat
eh...pic betul ke tu...tak pernah tgk pun..tp tahun ni mungkin akan rasa..aduhai..nak blk nnt jgn lah jem smp mcm tue...:)
harapnya begitulah sis, seram, setiap kali musim perayaan, setiap kali tu la ada kematian dan macam-macam lagi...
sadis....
fuyooo...
kalau lah tiap2 hari jem macam tu...
ish3...
harap2 statistik kali ni menurun la ye...
Sis beraye kt mne nanti?
hoh! harap2 daku x kena speed trap ke apa2 saman ke..isk3..dh la P lagi ni...
wow! takot gile tengok jam macam tu...huhuhu
Hehe...cantik jadual...tapi itu area mana???Saya selalu balik kampung waktu malam pun sesak...huhuhu
PDRM pn kna la ubah sikap bknye dok nyorok cari salah org je.mcegah kan lebih baik daripada mrawat.
Salam tuan tanah, nak mohon kebenaran copy dan pastekan bahan2 dalam entry ini. Tujuan untuk educate worker dalam road safety.
Sila contact saya jika ada masalah
wasrwa04 at gmail dot com
boleh saya copy jadual dan graf di atas?
@wasrwa
silakan ...
takde masalah :D
@Anonymous
dibenarkan ..
mintak izin copy graf boleh? utk tugasan esei sy... :)
cmne nk amk data lgkap tahunan dr jkjr ea?
salam..cmne nak amk data dri jkjr ea?
boleh saya copy jadual dan graf di atas? thank you =)
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...