Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca..
Sambutan Hari Kemerdekaan kita yang ke-53 semakin hampir, tidak sampai 2minggu je lagi, tapi apa yang dapat aku rasakan, kehangatan sambutan tidak sehangat dulu. Mungkin juga disebabkan sejak tahun lepas lagi, Hari Kemerdekaan negara kita disambut dalam bulan Ramadhan.
Sehubungan dengan itu, untuk lebih menyemarakkan semangat sambutan Hari Kemerdekaan ke-53 yang bertemakan 1 Malaysia Menjana Transformasi ini, Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) dengan kerjasama Arkib Negara akan menganjurkan pameran kemerdekaan di Stesen LRT Bukit Jalil. Pameran Kemerdekaan itu telah berlangsung dari 15 Ogos 2010 dan akan berakhir pada 30 Sept 2010. So, sesiapa yang kebetulan menggunakan LRT, dan juga berada di sekitar Bukit Jalil, bolehlah ke sana untuk menambah ilmu pengetahuan.
Dengan tema ‘Perjuangan Perdana Ke Arah Kemerdekaan’, pameran itu akan mempamerkan perjalanan ke arah kemerdekaan negara seperti rundingan kemerdekaan dan sambutan kemerdekaan yang pertama. Antara bahan yang dipamerkan adalah poster dan artifak seperti berikut :
1. Kereta Merdeka
+sumber : Nikabdrahman72
Kereta Vintaj Model Rambler Custom Convertible, keluaran tahun 1951 ini merupakan kereta yang digunakan untuk membawa Tunku Abdul Rahman semasa perarakan sambutan rombongan kemerdekan 1956 di Bandar Hilir, Melaka.
2. Cederahati Sambutan Kemeredekaan yang pertama
Pinggan dan gelas yang tertera perkataan “Merdeka souvenir” ini merupakan cederahati edisi khas yang dikeluarkan sempena sambutan kemerdekaan yang pertama pada 31 Ogos 1957.
+sumber :Bluesriders
ni ke rupa gelas dia? siapa yang pergi pameran, tolong konfomkan eh…
3. Keris Hang Tuah
Keris yang dijulang oleh Tunku Abdul Rahman semasa mengumumkan tarikh kemerdekaan sebaik sahaja pulang dari rombongan kemerdekaan di London pada 20 Februari 1956.
4. Buku Aturcara
Buku aturcara sambutan kemerdekaan peringkat negeri Johor yang pertama pada 31 Ogos 1957. Buku ini dicetak dalam 3 bahasa iaitu Melayu, Cina dan India.
5. Ucapan Tunku Sempena Kemerdekaan yang pertama
Ucapan yang dilafazkan oleh Tunku Abdul Rahman semasa sambutan kemerdekaan yang pertama di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957.
6. Watikah Perisytiharan Tarikh Kemerdekaan
Watikah yang ditulis dalam dua aksara iaitu Jawi dan Inggeris merupakan watikah Perisytiharan Kemerdekaan yang dibaca oleh Tunku Abdul Rahman semasa sambutan kemerdekaan yang pertama 31 Ogos 1957.
Pameran ini berkonsepkan penghayatan tokoh-tokoh yang menitikberatkan elemen perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama berteraskan konsep 1Malaysia. Penganjuran pameran ini bertujuan untuk melibatkan penyertaan semua kalangan masyarakat berbilang kaum agar dapat menyemai perasaan cinta yang mendalam kepada tanah air dan juga semangat 1Malaysia.
Orang ramai yang ingin ke pameran itu boleh menaiki LRT ke Stesen Bukit Jalil dan pameran dibuka setiap hari dari 6 pagi hingga 11.30 malam di ruang legar Stesen Bukit Jalil. Memana blogger yang berpeluang ke Pameran Kemerdekaan ni, jemputlah berkongsi pengalaman ya :D
p/s: Tak suka subjek Sejarah zaman sekolah dulu






0 komen:
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...