Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca…
Tadi lepas aku goreng kacang tanah untuk menu Pot Luck hari Selasa ni, aku pun browse laa siaran di TV Toshiba REGZA aku..Aku ni bukan jenis hook up on TV sangat..Almaklumla blogger separa tegar..Haha...Kalau dapat ngadap TV abiskan cerita tu, memang hebat aa rasanya.haha.. Ok, tengah2 browse, mata tertancap pada cerita Tudung Ekspres. Aku pernah nampak preview filem ni kat ASTRO beberapa minggu lepas lagi-lagi lagu masa iklan tu best, lagu Bagai Puteri - Breakfast Band. So, teringin gak nk tengok cerita ni..Yang penting ada Lisa Surihani uolss!! Pakai tudung lagi tu…
Tudung Ekspres yang bersiaran setiap Khamis, jam 9.30 di Astro Prima (saluran 105) mulai 8 Julai 2010 yang lalu ini mengisahkan Erin (Lisa Surihani), Dira (Julia Ziegler), Mei (Chermaine Poo) dan Del (Linda Hashim) berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan dalam mengejar cita-cita dan isu semasa yang terpaksa wanita bertudung hadapi dalam konteks masa kini. Kesempurnaan yang dicari, dilema persoalan cinta, isu agama dan cabaran cita-cita antara isu utama yang diutarakan dalam drama 13 episod ini. So kalo ikutkan perkiraan, episod yang aku baru tengok ni dah episod ke-5. Nasib aku jumpa Tudung Ekspres Online untuk catch up balik cerita ni.. Macam ada kimia je watak Lisa ngan aku..Ecewahhh
Sinopsis Tudung Ekspres
'Tudung Ekspres' mengisahkan tentang kehidupan empat orang wanita bertudung yang memiliki karektor dan kisah tersendiri.
Lisa yang membawakan watak Erin, seorang gadis kampung yang berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mengejar cita-citanya. Seperti remaja lain dia tidak terlepas dengan masalah cinta kerana diintai oleh seorang jejaka yang meminatinya. Watak Erin agak berbeza dengan watak-watak yang pernah dijayakan oleh Lisa kerana ianya agak kelam kabut, kelakar dan dalam masa yang sama ambil berat mengenai rakan-rakannya.
Julia membawakan watak sebagai seorang ibu bekerjaya. Dilema yang dihadapi pula adalah kerana sikapnya yang sangat mementingkan kesempurnaan.
Linda membawakan watak sebagai Del, seorang wanita muda yang meminati bidang fotografi tetapi tidak mempunyai sebarang kelulusan dalam bidang tersebut. Keadaan itu menyebabkan dia berdepan dengan pelbagai masalah.
Chermaine pula memainkan watak sebagai Mei iaitu seorang saudara Islam baru, dan berdepan dengan masalah penerimaan keluarga terhadap agama yang menjadi pilihannya
p/s: Sedang menunggu train jugak….bila ek akan sampai??







11 komen:
wah! dah lame cari website tu sebab kalau nak melekat kat depan tv je memang tak la kan.haha.thanks awak ;)
salam..
alahai jambunya
model..he he
salam..sy x faham ape maksud cik dahlia,entri untuk 2nd?Ape tu?kalau ada persamaan entri,maaf la ye.ni 1st time saya buka site ni.sy ni blogger kecik je.
waaa. ade org layan gak e tudung express ni,,
aku terkejut je tgk lisa pakai tudung. cantek gak.
citer nih best...
@Bazilah Hashim
welcome...
baru jumpa gak :)
@zulkbo
yeah, semua memang jambu ahhh
@Faizal
erk persamaan entry?
alahai, sis xde simpan hati apa2 pun...memang xde apa2 grunge pun dalam hati ni..so, memang xde laa sis xpuas hati aapa pun,
jangan risaulah...
alahai...huhuh
@arifpemuzik
best gak aapa citer dia walaupun konpius dengan tajuk tudung ekspres tu dan xberkena tgk toncet2 kepala diorang ni..i mean sanggul tnggi..hee
macam tanduk tinggi pun ada
@Lazyf
citer pasal wanita, memang ada kimia laa dgn kita yg wanita :)
Cerita kelakar laaa...lagi kelakar bila poster garnier macam terlekat kat belakang diorang!
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...