Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca..
Selepas kejadian ribut taufan di Jasin yang mengorbankan 3 lelaki, Bazar Ramadhan di Kuantan pula dilanda ribut kuat petang semalam kira-kira jam 6.30 petang. Kejadian ribut dan angin kencang itu berlaku di Bazar Ramadan Taman Kerang di Jalan Mahkota, Kuantan, berhampiran dengan Masjid Negeri.
Bazar Ramadhan Taman Kerang ni memang terletak berhampiran dengan Masjid Negeri, hanya beberapa langkah sahaja dan berhadapan dengan Padang MPK yang menjadi tempat orang Kuantan berbuka puasa. Memang meriah laaa kalo bulan-bulan puasa berbuka kat situ, macam berkelah beramai-ramai gayanya. Tapi, aku ni memang tak pernah teringin pun nak berbuka dekat padang situ. Baik berbuka di rumah. Bazar Ramadhan kat bandar Kuantan pun aku tak pernah pergi lagi. Sebabnya aku jadi mati kutu tak tahu nak beli apa dekat bazar. Orang lain nak beli macam-macam tapi aku macam takde idea.
Dalam kejadian ribut dan angin kencang itu, kira-kira 36 gerai diterbangkan angin kencang yang melanda secara tiba-tiba, ketika orang ramai sedang sibuk membeli juadah berbuka puasa, petang semalam. Dilaporkan bahawa pengunjung Bazar Ramadan terbabit bertempiaran lari menyelamatkan diri selepas khemah diterbangkan ribut dan hanya seorang peniaga cedera ringan pada bahagian tangan akibat terkena tiang khemah yang melayang, manakala peniaga lain dan pengunjung tidak mengalami sebarang kecederaan.
sumber: Si Cepit: Video Bazar Ramadhan Kuantan dipukul ribut
Anyway, semalam, masa kejadian ribut kuat ni, aku duk tengah jemur kain. Apa kes kan kul 6 petang baru jemur kain? Memang angin sangat kencang, dalam kepala aku memang teringat kisah ribut taufan yang kat Jasin tu. Semalam masa jemur kain tu memang sambil aku azan, baca ayat kursi, sesambil jemur kain cecepat, sebolehnya, biarlah Tuhan ambil nyawa aku dalam rumah kan daripada segala benda di luar. Bila dengar kisah ribut berulang di Kuantan, rasa dekatnya dengan aku. Tapi nasib baik keadaan tidaklah seburuk di Jasin tu, kalo tengok Video pun, memang terkejut laaa sampai terbang tinggi khemah kat Jasin tu.. Macam puting beliung @ twister. Aku percaya ni semua adalah petunjuk oleh Allah supaya kita semua tidak alpa dan lalai serta sentiasa mengingati-Nya. InsyaALLAH.







13 komen:
msti ada petandan tu...Allah nak tnjuk
uishhh... benda ni "bergerak" la.... die nak round satu malaysia ni.. berhati-hati..
emm...dugaan bulan ramdhan~bnyk pulak bencana menimpa sejak keblakangan ni~ T T
lepas ni kene expect tempat lain pulak. jgn terlalai.
warghhhh...sis yang pertama dekat SERP!!!
huhuhuhu, tadi saya!
huhuhuhuhu
seram la nak pergi bazar lepas ni sis...takut diterbangkan ribut~masyaallah~
kat kuatan pulak..dulu study kat kuanta 7 tahun.. alhamdulillah kali ni tiada yg terkorban..
kiamatttttttttttttttttt
:(
kak,ni yg ke3 eh berlaku, td dgr jasin shah alam. ya ALLAH, mintak jauh la dari semua nih...
inalillah,. Mudahan2 org2 kita semua beringat, pegi bazar utk beli mkanan utk berbuka, tapi susah nak jaga mata...
lately banyak sangat kes jadi camni kan.
sgt menakutkan..nauzubillah
petanda dari Allah.. mari sama2 kita muhasabah diri kita..
Entri terbaru: Panel baru CommentLuv yang lawa
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...