Selama ni tak pernah aku nak sentuh makanan-makanan manis ni, apatah lagi jala emas / urat emas ni, tapi sejak minggu lepas, entah apa mimpi, mengidam nak makan menda alah ni. So, balik Kelantan hari tu, naik Pasar Siti Khadijah, bershopping laa aku menda alah Jala Emas ni dengan Buah Tanjung. Paling syok bila nampak baby lebah duk hurung Jala Emas ni kat Jala Emas tu.
Aku tak tahu berapa harga jual sekeping Jala Emas ni sebab hari tu, dah teringin, terus je beli satu plastik, RM25. Makcik tu cakap ada 100keping dalam tu..Ni, selepas beberapa hari, tinggal beberapa keping je dalam peti ais aku..Hehari aku balun. Untuk yang tak pernah rasa Jala Emas ni, why not give a try. Takde pun manis sangat, lagipun dia berurat2 jer.Bila lagi nak rasa makan emas… Hikhik :P
Jala mas ni dikatakan sejenis kuih, tapi bagi aku dia lebih merupakan manisan sebab aku rasa teksturnya yang mengurai tu, tak sesuai nak panggil kuih. Bukan ke kuih mesti sesuatu yang berbentuk keras? Jala mas ini lebih popular di sebelah pantai timur, terutama di Kelantan dan Terengganu. Pada masa dahulu, ia biasanya dikhaskan bagi hidangan raja dan kaum bangsawan disebabkan kos penghasilan yang mahal dan cara menghasilkannya yang rumit. Sehingga kinipun, dikalangan orang biasa ia terhad pada peristiwa istimewa, terutama sebagai hantaran pada acara perkahwinan, atau pertunangan.
Bagi sesiapa yang rajin memasak dan nak mencuba / mencabar diri menghasilkan Jala Emas ni, boleh mencuba Resipi Jala Emas ni. Kalau berjaya, boleh tapau untuk aku..
Bahan-bahan ( untuk 5 orang )
* 15 biji telur ayam / itik – ambil kuning sahaja (Tapis dgn kain)
* 400g gula halus (kurangkan gula jika tak suka terlalu manis – 250g @ 300g)
* 2-3 helai daun pandan
* 4 cawan air
* Daun pisang untuk dibuat corong
Cara-cara
1. Tapis kuning telur dan pukul sedikit
2. Masak gula bersama air sehingga hancur dan mendidih. Tapis dan kemudian masak bersama daun pandan sehingga pekat sedikit. Apabila air mendidih dan berbuih halus(dengan api kecil), uraikan atau pusing keliling periuk kuning telur dengan corong daun pisang atau corong tembaga ke dalam air gula tersebut.
3. Angkat dan ’tos’kan.
4. Kiraikan urat emas di atas pinggan dengan menggunakan dua batang satay atau garfu.
5. Hidangkan
* PS - Jika air gula menjadi terlalu pekat, tambah dengan air panas



11 komen:
nampak macam sedap je.. kena try ni..
taik itik mkn x?:-p
wow sedap nye...bila cik dahlia nak wat rumah terbuka nie..jgn lupe buat kuih ni and then pgl cik su untuk cuba rase...hehehe
Wahhh!! my paberet 2 kak!!..haha..lamo xmakan!!
nak sikit jala emas~~~
hohoho..tak penah makan pun..
roti jala penah la~~
uhuhuuu..eb bek bukan ular emas :P
sedap ni..kalau ada terjumpa aku pun mau beli juga...heheh
tak sanggup pulak nak buat ni...tapi tekak dah terasa nak makan..ishhh...
1st time tengok ni.. macam sedap je
sodappnyerr.. makkk pose x arini.. ikiki
dah lah pandai mkn..
pandai plak nak masak jala mas ni erk?
bagussssssssss
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...