First of all, maaf ler sebab aku lama tak BW blog korang dan buat post pun ala kadar je semalam. Aku kesibukan dengan kelas-kelas PMR seperti yang aku dah ceritakan dalam entry ni. Ingatkan takde nak stress sangat, tapi bila melihatkan yang persediaan pelajar masih belum capai 100%, hanya ada 50% jer, aku rasa kecewa dalam kesian. Konfius sebab aku mengajar mereka semasa Tingkatan 1, dan markah terakhir aku tinggalkan mereka ialah rata2 50 ke atas, tapi Percubaan lepas, failed? Bila jawab soalan pun macam blur, padahal dah buat Seminar Teknik Menjawab Soalan PMR Sains baru2 ni, siap panggil Guru Cemerlang Sains lagi.
Tambahan pula, ada tugas tambahan lain, mengemaskini data ePerlu selewatnya 24 Sept hari ni. Tapi till now xleh nak masuk tembusi sistem dia. Dah 3hari aku mengalami masalah nak akses, hari ni saje dari pagi, sampai tak makan, last2 aku balik umah, cuba lagi, dah call KPM, JPN tapi masih tak dapat penyelasaian. Malas dah aku nak fikir, malam ni kalo tak dapat gak kemaskini, next week aku isi borang offline jer, stress aku fikir mende ni jer. Ni masalah server KPM sendiri, bukan Internet Connection atau browser aku.
Tambah pulak ada makhluk menambahkan stress aku pagi ni. Macam la aku mintak sangat nak pegang jawatan tu, bagus gak aku menjawab, tahun depan biar bagi orang lain lak, dah berapa kali aku refuse, bagi gak. Kadang2 memang rasa nak out je dari sekolah ni bila ada jenis yang asyik nak pedajal kita jerk. Orang lain ramai lagi yang bersenang lenang, ni semua nak longgok kat aku. Cukuplah tahun 2009 macam2, tahun ni jugak, rupanya masih serupa, in the end, I’m still look bad eventhough lots of effort I put. Memang tak adil! Adakah aku perlu mohon EGTukar jugak…Arghhh stressssss!
Then, melayan pulak Sinetron Cinta Kirana Episod 32 (Rujuk Sinopsis Cinta Kirana Episod 35) , sedih sangat episod hari ni! Sebak pulak aku jadinya bila menonton Part bawah ni, sampai aku download sebab nak dengar lagu yang kat hujung Video ni. Padahal, geram bila tengok Farah, tengok Piyu dan Jono, rasa nak langgar je. Nipis sungguh cinta Galang terhadap Kirana…nampak sangat bukan cinta sejati. Sedangkan Kirana?
mengapa hidup ini harus begini
terikat sedih yang tak ganti
mengapa dunia seperti tak pernah adil
selalu menghimpit perasaan hatiku
haruskah aku jalani hidup ini
dengan semua airmata
kapankah tiba saat dunia melihatku
membawa kebahagiaan …
Lagu lain yang best dalam Sinetron Cinta Kirana ni selain OST Cinta Kirana-Dia Milikku dan lagu kat atas ni ialah lagu Hancurnya Hatiku seperti dalam Video di bawah pada bahagian awal Video. Aku dah google lagu-lagu ni tapi masih belum tahu siapa penyanyi dan apa lirik lagu sepenuhnya.
Apalah dayaku menghadapi semua ini
Bila sebenarnya aku tahu kau akan pergi
Air mataku tak dapat mengungkapkan lagi
Semua yang ada di dalam perasaanku
Kebahagian dan kesedihan ini
Datang di saat yang sama
Menghatam diriku
Remukkan hatiku
Reff :
Hancurnya hatiku melepas kau pergi
Dari hidupku dari sisiku
Untuk selama - lamanya...
**Special entry untuk Blogger : My Traffic Really Increase
p/s: Lagu2 ni memang besh dan liriknya seakan pernah terkena pada diri aku, tambah lak rupa Galang remind me of someone. Tapi, perpisahan tu wajib dilakukan, dan aku memilih jalan hidup sendiri.
Aku tahu, Memang Allah sengaja…Aku redha





37 komen:
cerita ni best ke? xpnh tgk plak? hehe
tak pernah tengok gak sebab rasa macam citer indon ni mesti jalan ceritanye same je..sedikit bosan..hehe
x lama x tgk tv !
kalo tgk pon bola ja..
hehe
:)
Cikgu Dahlia Kuat! Sabar Okey... Lama mana diorang nak buat gitu?
New Entry ProfHariz
Video Klip Kutuk Namewee Rasis?
sabarlah.. dugaan tempat kerja memang macam tu..
hekkk,
cerita yg mampu mengabiskan tisu ke ni
cikgu minat cter indon upanyer
sy kureng dh minat..
dulu antu sgt ngan bwg putih:p
semoga cikgu dapat memberi bekalan secukupnya kepada murid sebelum menjelang peperiksaan... :)
saya pom dah mabuk tgk citer ni..aduyaiiiii..penangan ria ramadhani...
o...mesti ex bf rupe mcm galang ni kan? kihkihkih
@NICK IRFAN
utk org yg suka jiwang karat mcm aku sometimes memang bestt laaa
@nabilah
sis pun jarang tgk Indon, dulu Bawang Putih Bawang Merah pun x layan, yang ni memang tertunggu2 :D
@De'din
dah namanya lelaki ...:P
@ProfHariz
entahlaaaa...
ni laaaa salah satu sebab orang xsuka keje gomen...kronisme
@Azman Roslan
memang bersabar je selama ni...
sbb sabar dengan dugaan tahun lepas laa wujudnya blog ni.
@suffer8zine
xkuar lagi air mata, sebak jer...huhuhu
@shark
rasanya citer indon, ni no3 kut yg sy layan..AADC, then citer yg ada rossa ngan ungu tu, dengan yg ni..yg lain mmang xde layannyer..yg ni, kalo nanti dia mengarut2, memang xde nyer akulayan lagik
@gnesop.com
trying my very best :D
yg utk dak SPM entahla, rasa nak bagi abis, kalaulah mereka lebih berinisiatif sendiri...ini tidak, nampak gaya mcm menjawab kerana guru jer
@sarah-najwan
tu laa pasal..xleh kalo xtunggu 6.30 ptg..jangan laa mak suh buat keje ke apa, mmg tunda keje tu..haha
@gadisBunga
tu ler pasal, tapi lebih sikit dr galang...hahaa
bertenang. inilah reality hidup yg sebenar.. huhu
suka jugak tengok.
tapi biasalah,kalau dah namanya sinetron,jln cerita memang terputar belit..harus terima dgn tabah kalau suka =)
*samelah!geram pulak tengok perangai mengada si Farah tuh..ee
ops!sori.emo suda..hukhuk
haritu tgk benci bilang cinta.. xmau folo ni kot terstick susah plak.. nampak cam menarik
@Kyuubi_85
yeahhh act cool eventhough dalam hati hanya Allah je yg tahu
@IzzaH si pari pari
tapi rasanya yg ni belum masuk kategori putar belit lagi...masih awal lagi..hehe
@nur
hehe ....best!!!!
Nur harap Dahlia banyak bersabar... Kalau kita buat baik dgn org, insyaAllah dapat balasan yg baik dari Allah. Pedulikan org yg kuat mengata dan mengutuk.. Kita buat kerja yg diamanahkan. Sinetron tu memang best..tapi kekangan masa. Tak sempat nk mengikuti.
erk... cinta indonesia memang macam tu. kejap cinta sampai mati... baru terduga sikit dah tak cinta... eh... eh... nanti cinta mati semula...pelakon dorang pun yang tu jugak. mana ada orang lain. sekitar 10 orang main actor and actresses. huhuhu....kutuk-kutuk pun tengok jugak. ngeee...
oh cite nih,cite laki eksiden ilang ingatan tuh kan huhuh
byk2 sbar ngan karenah orang ya...:)
apa nama lagu itu? lirik mengapa dunia seperti tak pernah adil selalu menghimpit perasaan hati ku~~
@Anonymous
still searching...
very touching this song!!
ni tgh dgr lagi lagu tu..huhuh
sya pun nak tau apa tajuk lagu tu..puas sya cari tp x dpt...kalo ada sesiapa yg tahu tlg ya bgtau..hehhee
aku penat cari lagu tu mmg tak jumpa la
Upset with it! unknown singer and title of the songs either. :(
nak gak tahu lagu yang xda tajuk tu...lagu tu sangat best....pls2...sapa yg tahu..pls3 gtaw lagu tu...
cinta kirana sngat syokkkk..!!!!!
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...