Ingin membeli hartanah? Dapatkan panduan lengkap dari pakar hartanah!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

 Banner
Home » , , » Blogger Darkbatman menyamar dengan identiti berbeza?

Blogger Darkbatman menyamar dengan identiti berbeza?

Share

Salam geng..

Darkbatman blogger lelaki yang perasan kacak dan maskulin tu menyamar?Bila masa pulak nama Darkbatman ni F*** ****in sedangkan FB dia nama lain. Mamat ni nak tipu identiti ke apa? Itu yang berlegar di pemikiran aku tatkala melihatkan komen seorang hamba Allah bernama F*** ****in di Facebook TV3Malaysia untuk Iklan Hari Raya Aidilfitri 2010 keluaran TV3 tu.

 

ff

 

Disebabkan seakan mengenali gambar tersebut yang sememangnya seakan Darkbatman tu, aku terus klik ke profile tersebut. Aku berfikir kejap, apa patut aku buat, nak beritahu ke taknak memandangkan aku tengah berkrisis @ majuk dengan dia atas satu kes tertentu..Ops Rahsia! Tapi disebabkan rasa keprihatinan, aku rela drop sikit ego aku, dan bagitahu dekat shoutbox dia, ada orang guna gambar dia.

 

faiz faizin or darkbatman

 

Maaf, aku taknak dia dihentam, so aku just blurkan dia punya nama. Biar Darkbatman yang encounter masalah ni sendiri. Aku taknak buat  masalah dengan orang dan taknak korang semua berbuat dosa lak mengutuk makhluk Allah ni bulan-bulan pose. Biarlah Darkbatman saja yang selesaikan secara man-to-man, kalaulah betul F*** ****in ni lelaki. Tapi aku rasa dia ni salah seorang peminat misteri Darkbatman ni sebabnya dia bukan blogger, dan tiada seorang pun dari friends dia tu, mutual friend aku, dan aku rasa akaun FB tu juga baru dibuat, sebab hanya ada satu gambar Darkbatman tu jer.. Aku tahu la dalam dunia ni ada 7 orang yang persis dan seiras macam kita, tapi kalo dah memang nampak sebijik gini, dengan pakai baju batman kaler hitam, siapa lagi?

 

Bila dah jadi menda macam ni pada kawan blogger sendiri, aku sendiri rasa takut, sebab dengan curi gambar kita, then create akaun Facebook baru, macam-macam perkara jahat boleh dilakukan oleh individu tak bertanggungjawab tu. Kalau macam ni kira ok lagi, tapi kalo dah jadi macam kes seorang pelajar kolej yang didakwa menghina Sultan Johor dalam Facebook setelah gambar dia dicuri. Bayangkan jugak kalo akaun FB dibuka dan keluarkan statement racist, menyumpah seranah, mencarut dan sebagainya..

 

nurhidayu Nurhidayu Ahmad Radzuan  membuat laporan polis ekoran gambarnya digunakan pihak tidak bertanggungjawab.

Berita Lanjut : Hazman Fadzil : Saya Tak Hina Sultan Johor

 

Then, selepas Darkbatman SMS aku, dan aku pun dah dapatkan maklumat dari dia, aku dengan yakin, telah mendelete semua gambar dalam Album pada akaun Facebook aku. Sekarang ni tengah dalam proses nak suruh mereka yang upload gambar aku mendelete jer mana-mana gambar yang aku alone. Aku pun tak nak trauma macam budak ni. Ini lah jugak salah satu sebab aku tak suka sangat tayang muka cantik aku dalam blog sebab aku sedar diri aku dan secomel korang...

 

Peringatan daripada aku : Kalau suka nak tayang gambar sekalipun, pastikan korang letak Watermark pada gambar korang tu di bahagian yang memang takleh nak edit atau crop. Aku pun nak kena selak balik entry lepas yang menayang gambar aku. Baik bertindak sebelum terkena.  Dunia online ni memang indah, tapi macam-macam boleh jadi, inilah kebebasan dunia tanpa sempadan, kena berhati-hati.

 

**Ngumpat sikit: Pernah jumpa satu blog seorang perempuan, ayu bertudung litup pada header dan profile FB dia di sidebar, tapi dalam post dia, gambar tak pakai tudung [aku oke lagi] tapi gambar tu gambar dia pakai baju ala2 singlet, dedah dada dia yang putih gebu tu. Memang mengucap aku masa tengok gambar dia. Rasa macam nak tegur, tapi kang dia kata aku jeles sbb dia punye dada gebu? Aku harap blogger tu baca coretan aku ni sampai ke hujung.

51 komen:

darkbatman said... [Reply to comment]

1stly, tq utk info..2ndly, sory byk2 cz wt ko kecik ati.hehe.
ak pun dh tgk mlm ne facebook budak 2.. jp2 lg ak nk msj dia.. nk biarkan, mcm xelok. nk serang2 tkt jd lain plak.. biler tgk kes yg ko ckp sultan johor 2, wt aku seriau pun ade..adoi. pening2.

mommyYen said... [Reply to comment]

memang seram la kes ni kak..baik hati-hati kan.i pun nak bagi watermark semua gmbar kat blog ni..

nabil_potter said... [Reply to comment]

o0o0...kiranya tak betul ke tu?

Sky0ne said... [Reply to comment]

ish ish, sampai mcm tu skali...susah jugak jadi popular ni...huhu

farah said... [Reply to comment]

Bahaya betol la..macam-macam dah jadi sekarang ni..nanti sy pun nak delete ler gamabr2..tkotttt

unwanted said... [Reply to comment]

aku ada juga tgk kes member aku 2-3 orng ada org amik gmbr dia create profile palsu..ish²..

blogger dedah dada gebu..?
eh aku ke tu...ha3..

Ummi Hanie said... [Reply to comment]

inilah yg dikatakan mimpi ngeri seorg blogger ..huhuu..

FB pun buleh tukor jd mimpi ngeri jugaks!

WZulhilmi said... [Reply to comment]

bahaya betul!! Kena letak watermark betul2 nih!

suzzsuzie said... [Reply to comment]

tq dear for your info..lepas ni ksue nk letak watermark dah kt gmbar profil...bahaya gila mcm ni...byk betul jenayah cyber ni...ni kes berani buat tp nak suruh org lain tanggung...

farysa said... [Reply to comment]

adeh
bhayeny skrg ni kn

Cikmin said... [Reply to comment]

lega sebab dah delete akaun facebook...takut....

p/s pernah jugak berkecil hati dengan....

Encik Tikus said... [Reply to comment]

hmmm. betul tue. kena letak watermark dekat setiap pic.

Zairie Husin said... [Reply to comment]

bahaya betul skrg nie.. hhuhu

Gen Fujita said... [Reply to comment]

Ada sebab kenapa perlu ultra secure semua gambar dan profile di FB, sebab kewujudan troll-troll jahanam macam tu lah. Ada lagi satu cara, ialah dengan declare setiap profile kita. So jika ada kewujudan profile selain dari tu, tu maknanya confirm tu palsu. Masalah identity theft camni sebenarnya kat oversea sana dah biasa, kita kat sini kot baru sedar. Kalau celebrity toksah cerita, yang fake memang berlambak-lambak sejak dari zaman Myspace n Friendster dulu lagi. So, hati-hatilah. :)

faisal said... [Reply to comment]

Wah,makin menjadi-jadilah kes FB tiruan ni.bahaya lah.

Khairi said... [Reply to comment]

kelakar istilah dada gebu haha. erk! nak sahur ni sahur.

IntanBerlian said... [Reply to comment]

hmm macam2 sekrang orng exploitasikan orang lain. jahat sungguh manusia ni,

tehr said... [Reply to comment]

ramai dah pesan dan memang dah banyak pesanan

dalam dok seronok dengan fb, seronok dengan kawan2 lama dan baru, seronok dengan gambar sendiri - bahaya dan kesulitan yang bakal menyusul jangan sekali dilupakan

harap2 le para remaja dan orang2 ter'dewasa' juga dapat mengambil langkah2 selamat [untuk diri sendiri dan orang2 tersayang]

kan? betul kan cikgu?

J.M.R said... [Reply to comment]

mak aii..dh kelam kabut dunia FB skang nih..

Chaon Cornerz said... [Reply to comment]

macam2 la orang sekarang kan.. tapi tue la.. gambar senang2 je orang nak amik dari fb. tambah2 orang yang femes.. dengan tue semua orang boleh percaya.. kesian aie..

rashid said... [Reply to comment]

Masalah FB ni satunya fitnah...kalau boleh jangan letak gambar lonely, kalau tak adalah anasir yang buat tak elok, bukan sangka buruk, tapi banyak kes dah jadi...

gnesop.com said... [Reply to comment]

mmg bahaya jika menyamar identiti dan buat perkara tidak elok..
pemilik akan mengalami kesusahan..

joegrimjow said... [Reply to comment]

klu bagi watermak ada kesan ke?
die amek je skali dngn watermark tu
kata nak nyamar
=)

Nizam Limited said... [Reply to comment]

facebook lebih banyak keburukan berbanding kebaikan..same2 la amik mane yg baek tu..buang buruk jauh2..

ProfHariz said... [Reply to comment]

Huh! Bahaya nie... kena delete :-s

nabilah said... [Reply to comment]

fb dah jadi medan untuk buat jahat pulak sekarang ni..macam-macam benda jadi sebab facebook..ramai orang menyalahgunakan facebook...

zulkbo said... [Reply to comment]

SALAM...
pulak??macam-macam
perangai orang mengganggu
privasi orang lain..simpati
buat anda Dahlia..

Yiedpozi said... [Reply to comment]

sampai camtu sekali.... dasyat2...

iza said... [Reply to comment]

Salam..

Uihss....bahaya ni
nak kena bertindak cepat klu mcm ni...

iddinm said... [Reply to comment]

huhu menakutkan

wachak said... [Reply to comment]

Dengan kehadiran photoshop CS5 yg terbaru tu tak guna korang
letak watermark pon. cam kacang jer nk alihkan / buang
watermark tu. Baik x payah letak langsong gambar korang. Kalu
nk letak juga amek bahagian tepi side pipi jer cam gambar wa
kat profile ni.

Laili said... [Reply to comment]

saya ada juga letak gambar di FB. tapi pastikan set privacy utk kwn2 je & bukan utk semua. gambar nak tayang pada org pun kena tapis juga. mana yg aurat tu tak payahlah nak upload dalam FB. diri sendiri dosa, org yg melihat pun dosa.

* hati2 sebelum terkena..

Fina Fento said... [Reply to comment]

macam - macam. low self-esteem nih.

~ ( LayDee_N ) ~ said... [Reply to comment]

waa... ngerrr. sapakah perempuan itu? adakah saya? hahahaha.. rasanya tak kan?? hehehehhe.. kalau saya, tegur jer. mo man tai nyer.. hahahha.

@ien_R@z said... [Reply to comment]

takot plak ngn kes2 mcm nieh...
kena berjaga2 dalam dunia maya nie kan..
mcm2 boleh buat dgn teknologi..

secantikmanis said... [Reply to comment]

siapa boleh sudi2 ajarkan buat watermark..hhehehe

LiFe KaMi said... [Reply to comment]

semakin bahaya la plak FB ni..ish2..

nas said... [Reply to comment]

terkantoi la name dye sebab name dye aku da tahu dah walaupon akak dah tutup name dye..huhu

Aizat Shafiq said... [Reply to comment]

guna gambar orang pun ade ke?...
hiashhh...
teruk-teruk...

cik tomyam said... [Reply to comment]

erk.takutnyaaaa.

orite semua kena buat watermark ye kat gambr?

:)

tiefazatie said... [Reply to comment]

ei..menakutkan plak zaman skrg nie..macam2 hal kan sis..huhu

Izyan Nadiah said... [Reply to comment]

hish,,terkejut org je..huhu

yebbit + . + said... [Reply to comment]

wahh. macam2. hadoiiii.

Natural Self said... [Reply to comment]

bahaya cam ni...orang lain suka2 guna gambar or nama kita.

[z@ck] said... [Reply to comment]

woooh..bahaya betul..nasib baiklah aku ni tak cun sgt.hahaha

caliph shuriken said... [Reply to comment]

smkin byk kes2 cmni dlm dunia cyber..
sy pnah pesan kt kwn jgn letak pic suka2 hati, ntah dia x nk dgr nasihat dulu.. skrg sy dh x ambik tau apa aktvt dia...

mijie said... [Reply to comment]

thanks sis bg info yg menarik ni.lbh baik bertindak sebelum terlambat..

Nur Fannun said... [Reply to comment]

bek jd low profile..xde kena cm ni..blh bg toturial ckit x nk ltk wtermark tu bhgn mne? hujung, tengah? wtermark cm ne yg org xleh crop or copy?

kelhome said... [Reply to comment]

salah satu cara ialah kita sendiri create beberapa akaun facebook untuk diri kita, dan grab userid di URL address facebook tu

john n amal said... [Reply to comment]

betul2! saya pun da delete semua gambar dalam facebook..dlm blog je x lagi..itupun sejak tengok video dosa 24jam di facebook:
http://www.facebook.com/photo.php?pid=7122552&fbid=494038344534&id=611859534&ref=nf#!/video/video.php?v=1581904676062&ref=mf

Raihanna said... [Reply to comment]

oooo..
bahaya gak ek kalau org nyamar gambar kita... huhu...
tapi saya cuma nak komen sikit mengenai nota yang last sekali tu....
nie bukan statement tak puas hati ke pe tau...
nie sekadar pandangan saya....
kadang2 rasanya kita tak leh judge orang macamtu kot.
sebab mana tau entry2 yang dia postkan tak pakai tudung tu adalah entry lama dia... entry yang dah lepas..sebab selalu kat blog ada link within kan...
and kemudian dia dah berubah pakai tudung...
tapi kalau betul2 dia sengaja post picture tak pakai tudung and sekejap pakai sekejap tak.. memang boleh la org ckp cmtu kot...
ini sekadar pandangan saya..sebab saya leh dikatakan salah seorang yang menghadapi pengalaman seperti ini.
sekarang saya masih dalam proses mendelete gambar2 lama saya.. insyallah. tapi papepun...
nice blog. banyak information yang saya leh dapat di sini.. =)

Post a Comment

Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Syoknyer Blogging
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

♥ Projek DJ2B - 31 Blogger ♥

Photobucket Blogger yang telah direview : 1.Lyn Azlina 2.Nurhafiz 3.Ecah 4.Hazwan Blogger yang Masih Aku Hutang Review:
DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais