BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Home » , , , , » Drama Chinta Akasia TV3 | Sinopsis | Lagu Tema OST Chinta – Bukan Segalanya Indah

Drama Chinta Akasia TV3 | Sinopsis | Lagu Tema OST Chinta – Bukan Segalanya Indah

Share

Cari Sinopsis dan OST Chinta Fasha Sandha? Tadi ternampak Video / Iklan Promo Drama terbaru Chinta lakonan Fasha Sandha yang akan menghiasi slot Akasia menggantikan Epilog Syurga Cinta yang dah tamat minggu lepas. Seperti yang dah agak, Cikgu Syuhada kahwin dengan Irham, Xerra kawin dengan Riyan, so, Mia dapat 2 mak dan dua ayah. Mulai hari esok, Drama berjudul Chinta ini akan bersiaran pada jam 6.30 – 7.30 malam, Isnin –Khamis di TV3.

 

59360_148041435227056_114286968602503_288607_3638989_n  

Kalau dilihatkan Promo, cerita ni macam best, dan macam biasa lah kan, sebagaimana banyak pun rasa menyampah kat Fasha Sandha, lakonan dia memang tak boleh disangkal lagi, mampu menghidupkan watak yang diberi. Tapi, aku tetap suka dengan watak Raudhah-Ular Emas. Ops, tak berkaitan Fasha Sandha pun. Bila Fasha Sandha dan Jejai (Toh Muda Rizal Ashram) nak kahwin ek?? sebok tanya diorang,diri sendiri ntah bila?

“Kalau diikutkan, saya sudah bersedia mental dan fizikal untuk mendirikan rumah tangga. Tetapi, baik saya atau Jejai, kami tidak pernah bercakap soal kahwin.”

 

Barisan Pelakon Drama Chinta

Drama Chinta hasil tulisan Azlina Pa’Wan dan garapan Feroz Khan ini akan bersiaran sebanyak 28 episod di Slot Akasia TV3 (6.30-7.30 pm Isnin-Khamis) diterajui oleh Fasha Sandha sebagai Chinta, selain dari Azhar Sulaiman, Ezany Nizariff, Ady Putra, Natasha Hudson, Zain Saidin, Fadzilah Mansor dan Zarynn Min.menyambung penggambaran di sekitar Kuala Lumpur pula.

 

 

Sinopsis Drama Chinta

Drama Chinta ini mengisahkan perjalanan perit seorang gadis baik dengan imej bertudung di sebuah kampung. Namun hidupnya mula dikaburi seribu satu dugaan yang datang menghimpit apabila abang kandungnya Kamal (lakonan Azhar Sulaiman) sanggup merogol dan menjualnya. Bukan itu saja, sahabat karibnya, Mustika (lakonan Zarynn Min) pula menikam dirinya di sebalik kelembutan sebagai teman hanya kerana cemburu akan sayang seorang jejaka, Fakril (akonan Ezany Nizariff) yang mencintai Chinta.

 

Meskipun tidak sesekali ingkar akan tanggungjawab kepada agama dan dirinya, Chinta terus dilanda dugaan yang datang bukan sekali, sebaliknya bertimpa-timpa hingga menyebabkan dirinya lemas dalam suratan yang tertulis buatnya.

 

Chinta mula mempersoalkan nasibnya dan merasakan Tuhan tidak adil padanya. Justeru, Chinta tekad dan bangkit menentang takdirnya hingga mengambil keputusan meninggalkan kampung halamannya untuk berhijrah ke bandar raya bagi mengecapi satu impian di luar imaginasinya. Chinta pergi meninggalkan zaman silam yang membunuh jiwanya di kampung. Dia tidak percaya dengan lelaki dan istilah cinta lagi. Fakri ditinggalkan tanpa amaran.

 

Hidup barunya di KL menemukan Chinta dengan Mayang (lakonan Natasha Hudson). Diarinya mula berubah dan Chinta berdiri sebagai peragawati jelita, seksi dan menarik hingga menyebabkan banyak pihak datang mendekatinya. Kecantikan dan personalitinya yang penuh dengan dendam itu bagaimanapun mengundang rasa kurang selesa di kalangan wanita lain.

 

Di sebalik kerjayanya, Chinta menyimpan rahsia yang sebenarnya dia pelacur kelas atasan. Namun Chinta kekal dengan misinya bagi melangsaikan rasa dendam di hati yang kian menebal. Akhirnya, hidup bertopengkan kepura-puraan itu membuka pintu hati Chinta dengan nilai sayang sejati dengan pengawal peribadi kepada seorang Tan Sri yang membelanya, Amar (lakonan Ady Putra).

 

p/s: Aku akan tetap setia menonton Cinta Kirana :D

32 komen :

rutikeben said... [Reply to comment]

huyoo fasha sanda..tak best hahaha

zulkbo said... [Reply to comment]

salam..
ramai betul buat entri
citer ni sekarang..
mesti best!tak de peluang
tengok lagi ni..

Ummi Hanie said... [Reply to comment]

cekgu ct kawen dgn irham rupenyee....xirra dgn ustad...tertanya2 jugak sy apa ending citer tu,terlepas plak..

drama Chinta ni pun nmpk agak mnarik juga kan?

PutraRocker said... [Reply to comment]

mantopnye fasha

Tn.Punya said... [Reply to comment]

Drama Chinta Episode 1 dan boleh di download terus di sini :- http://myvitrd.blogspot.com/2010/09/chinta-free-download-drama-tv3-slot.html

Anonymous said... [Reply to comment]

ok

Anonymous said... [Reply to comment]

ape tjuk lagu yang dimainkan sewaktu saadatul mula berbaik dengan chinta...selain lagu tema 'khatimah cinta'..
lagu tersebut di mainkn dalam episod 21..

Anonymous said... [Reply to comment]

salam,
tajuk lagu rapuh nyanyian opick..
best gle lagu ni..

Anonymous said... [Reply to comment]

rapuh nyanyian opick

Anonymous said... [Reply to comment]

lagu rapuh nyanyian opick

Anonymous said... [Reply to comment]

thank for da info - mmg tercari2 lagu sape (opick) :)

Anonymous said... [Reply to comment]

citer tu mula2 je best! pastu dh x best plk..cian sadatul tu..pe la rasul iman tu..namanye iman tp imanye x kuat langsung! mmg sesuai tajuk lagu rapuh tu..mudah sgt rapuh imannye....hehe!

Anonymous said... [Reply to comment]

mule2 je best citer tu..pastu cm x best plk...geram tgok rasul iman tu!iman x kuat langsung! hehe

Nur Fannun said... [Reply to comment]

owh, opick yg nynyi ingtkn 6thsense gak..

Anonymous said... [Reply to comment]

uhuh...lagu tu mmg best..thanks 4 da info..dah donlod pown..by da way..cite tu ok la..stakat drama..lau realiti xdek sape yg nak jadi sebaik sadatul tuh..xrela..ehehehe

Anonymous said... [Reply to comment]

lagu yang perempuan nyanyi tima chinta cuba bunuh diri kat kolam tu lagu sape yer?yang perempuan nyanyi??

dino said... [Reply to comment]

Kebanyakan dalam drama chinta ni, lagu nyanyian dari opick yg menjadi sebahagian cerita chinta nih... ni sebahagian dari lagu nyanyian opick:-
1. rapuh
2. maha melihat (opick duet ngan amanda)
3. Allahu Ya Salam

nak dgr lagu2 nih.. cuba cari kat 4shared.com

semoga terubat rindu...

amansaad said... [Reply to comment]

lagu opick yg sebelum khatimah cinta ni tajuknya Allahu Ya Salam. aku download kat 4shared.com

iannn said... [Reply to comment]

arghhh sad ending.......

Anonymous said... [Reply to comment]

nak lagu yang perempuan nynyi tima chinta nk bunuh diri tu

Anonymous said... [Reply to comment]

suka la lagu dalam citer chinta ni..jalan cerita pun ok kan..ending yang ok dan yang penting aku suka citer ni..awal cerita mcm x best tapi bila da lama tgk baru tau...

Anonymous said... [Reply to comment]

suka tngok amar dr rsul iman......
heheheh...

Anonymous said... [Reply to comment]

ksimpulnye aq bg ah 4 bntang bg cite ni..

mohd aizat jr said... [Reply to comment]

rapuh??best beb!!! thx bro
aq pun lame nk tau tajuk 2!! thx336x beb

Anonymous said... [Reply to comment]

sapa pompuan yg nyanyi lagu ni ek. tajuk lagu apa ye . ni lirik dia--> hari itu ku biar berlalu dingin membeku sayu melambai ku melihat engkau berlalu pergi

Anonymous said... [Reply to comment]

memang superb dis muviee esp lakonan fasha..memang hidup..dis wat we called pelakonnn..even x minat sgt dgn fasha..but lakonan fasha xboleh dipertikaikan ...Chinta memang best..mungkin ader sekuell nyerr...ill be waitinggg...

norliyani said... [Reply to comment]

mee too rindu chenta...wlupun x suka FS bila tgk citer chenta jadik suker plak hhheee............
manusia x kan slama benci bleh jadi syag...camtu gak syang x slam syag bleh jdi benci....................

ASHIYA said... [Reply to comment]

@Anonymous
lagu tu tajuk Mungkin Ada Lagi nyanyian Han (Rehana) oiam

ASHIYA said... [Reply to comment]

Mungkin Ada Lagi nyanyian Han oiam..

ASHIYA said... [Reply to comment]

lagu Mungkin Ada Lagi by Han oiam...

Anonymous said... [Reply to comment]

rindunye kat cite chinta...tgok berkali2 pon x penah jemu..mmg x suke sgt FS..tp lakonan die mmg best! oo lagu tu penyanyinye opick ye?tercari2 slam ni...tq 4 da info..skg gak nk d/load!

rabecca idora said... [Reply to comment]

suke sgt cite ni..suke tgk lakonan fasha n adi putra,,,sy bkn pmnat fasha tp watak yg fasha lakon kan dlm cite sgt b,kesan..lagu dlm cite ni pon best..lg2 lagu opik....blh jd sdh bile dgr...

Post a Comment

Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

My Shoppe =)

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais