BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Home » , , , , , , , , , , , , , , » Erni Dekritawati Yuliana Buhari – Anak Sosilawati | Biodata & Profil Kejayaan

Erni Dekritawati Yuliana Buhari – Anak Sosilawati | Biodata & Profil Kejayaan

Share

Siapa tidak kenal anak sulung Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati Yuliana Buhari atau lebih mesra dipanggil Rita.  Setelah episod sedih menimpa seluruh ahli keluarganya terutama adik beradiknya, sebagai anak sulung, beliaulah yang akan mengambil alih segala tugas dan peranan ibunya, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya yang telah dibunuh dengan kejam, dibakar, dan abu mayatnya dibuang ke dalam Sungai Panchau di Teluk Gadong, Morib pada bulan Ramadhan lepas.

 

ernisosilawati

Profil Rita

NAMA: Erni Dekritawati Yuliana Buhari (Rita)
JAWATAN: Pengarah Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd
PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Perniagaan Antarabangsa Universiti Nottingham, United Kingdom
UMUR: 25 tahun
ASAL: Kuala Lumpur
ADIK BERADIK: Sulung daripada enam beradik

 

Latar Belakang Pendidikan Rita

Diajar berdikari sejak kecil, Rita mendapat pendidikan peringkat Ijazah Sarjana Muda Seni (Tekstil) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Perniagaan Antarabangsa di Universiti Nottingham Trent, United Kingdom.

 

Bercita-cita menjadi Pensyarah

JIKA diukur dengan masa, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, mungkin masih terlalu mentah untuk memahami sepak terajang dunia perniagaan. Meneruskan legasi ibunya, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya sebagai pengasas empayar produk kecantikan Nouvelles Visages sejak lima bulan lalu, anak sulung enam beradik itu perlu secekal arwah ibunya dalam mengharungi dunia perniagaan serba mencabar.

Minatnya cenderung ke arah dunia pendidikan, namun demi memenuhi impian ibu mahu melihat dirinya menjadi usahawan berjaya, cita-cita sebagai pensyarah terpaksa dilupakan sementara waktu.

 

Erni-Irdawati-Dekritawati-Yuliana-Bukhari-20100914092107

Dilema Meneruskan Empayar Perniagaan Arwah Ibunya

Mungkin pada anggapan sesetengah pihak, meneruskan perniagaan diwarisi daripada keluarga lebih mudah berbanding individu yang berhempas pulas membangunkan jenama bermula dari bawah. Namun Erni Dekritawati Yuliana atau lebih dikenali Rita mempunyai pandangan berbeza. Baginya, individu yang mula-mula membangunkan perniagaan dengan individu yang meneruskannya mempunyai cabaran masing-masing.


"Produk ini sudah 12 tahun di pasaran dan dikenali. Cabaran saya ialah bagaimana mengekalkan perniagaan ini untuk tempoh 20 tahun akan datang. Asas sudah ada, cuma saya perlu memajukan perniagaan ini bagi memastikan ia kukuh dan boleh bersaing di pasaran antarabangsa," katanya. Rita mengakui masih banyak perlu dipelajari untuk menerajui Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd kerana tanggungjawab dipikulnya sebagai pengarah syarikat terlalu berat dan memerlukan tumpuan penuh.

 

"Saya mungkin terlalu muda untuk menjadi orang atasan, tetapi saya perlu tunjuk saya boleh memimpin orang lain. Jangan pandang daripada segi rupa dan umur, sebaliknya tengok pada pemikiran kerana saya sebenarnya 'kecil-kecil cili padi'," katanya.  Antara dilema dihadapi Pengarah Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd ini ialah ketika berurusan, orang bertanya usianya dan memberi reaksi terkejut sambil mengatakan dirinya muda.

 

bc4f4fe2

Didedahkan Dalam Bidang Perniagaan Sejak Dibangku Sekolah

Rita mendapat pendedahan dalam dunia perniagaan sejak sekolah menengah apabila ibunya sering membawanya ke pejabat. "Saya diajar membuka bil, cara menarik pelanggan dan melayani pelanggan yang datang membeli produk. Setiap kali cuti sekolah, saya tidak berpeluang pergi bercuti seperti rakan lain, sebaliknya wajib datang ke pejabat seperti orang bekerja iaitu pergi pagi balik petang.


"Dulu saya sering tertanya-tanya kenapa ibu buat begitu. Saya merasakan dia tidak memberi kebebasan kepada saya. Ibu tidak pernah jawab apabila saya bertanya, cuma dia kata, nanti saya akan tahu. Sekarang saya sedar dia lakukan semua itu untuk memberi pendedahan kepada saya," katanya.
Menurut Rita, dia pernah meminta kebenaran ibunya untuk mencari pengalaman kerja di United Kingdom selepas tamat pengajian kerana penuntut asing mempunyai dua tahun visa untuk kerja. "Bagaimanapun, ibu tidak membenarkan saya meneruskan niat itu dengan alasan buat apa membazir masa sedangkan ibu boleh mengajar banyak benda. Akhirnya saya akur kehendak ibu untuk menguruskan syarikat," katanya.

 

a8b35220

Perubahan/Kejayaan yang dibuat Dalam Perniagaan Ibunya


Antara perubahan dilakukan gadis itu ialah mengubah kaedah pemasaran produk yang lebih moden dan mengikut peredaran masa. Rita menggunakan saluran media cetak dan elektronik selain laman web sendiri dalam mengetengahkan produk kecantikan Nouvelles Visages. Terkenal dengan produk kosmetik, Nouvelle Beauty Centre turut membuka galeri pengantin, penjagaan kesihatan, salun rambut dan kecantikan serta hartanah. Butik andaman pengantin, salun rambut dan spa beroperasi di Wisma Nouvelle, Cyberjaya manakala Nouvelle Development membangunkan kawasan komersial di Kota Damansara.


"Saya juga bercadang membuka perniagaan berkaitan fesyen kerana ada pengetahuan dalam bidang itu. Saya tidak mahu membazirkan tempoh lima tahun belajar bidang tekstil. "Ilmu itu nanti boleh membantu memberi peluang pekerjaan kepada orang lain menerusi pembukaan butik yang mengetengahkan pakaian rekaan saya. Ia dijangka dilancarkan tahun depan," katanya. Walaupun bergelar pengarah, Rita berkata, semasa arwah ibunya masih ada, arwah sentiasa memantau pergerakannya iaitu perlu patuh pada waktu kerja dengan masuk pada jam 9 pagi. "Kami tinggal serumah dan ibu mudah memantau pergerakan saya. Saya perlu datang ke pejabat jam 9 pagi setiap hari," katanya.

 ##Diceduk dan diolah dari Mirlme yang ambil di Hmetro

 

Alfatihah untuk Allahyarham Datuk Sosilawati dan Salam Takziah untuk Rita.

 

p/s: Ada ke patut Kak Wa cakap tengok Rita ni, teringat aku? Sebab nama dan saiz badan mungkin la kut..tapi bab warna kulit, jauh berbeda …^_*

16 komen:

alinac lover said... [Reply to comment]

kagum dengan dia..

ASaDa RyutaRo said... [Reply to comment]

muda2 dah mengurus syrkt besar.. karang dah meningkat usia sikit dah jd expert..

suffer8zine said... [Reply to comment]

nice entry!!!

noreed said... [Reply to comment]

tabahnyer anak arwah ni kan.

Gee said... [Reply to comment]

rupa betul2 mcm arwah ibu dia kan...all the best to her :-)

gnesop.com said... [Reply to comment]

nice info
thx..
harap boleh meneruskan kemecerlangan perniagaan ibunya

AzRy SyaFiQah said... [Reply to comment]

semoga beliau juga berjaya seperti arwah ibunya,, amin

toyolkiut said... [Reply to comment]

wow!
bakal menjadi insan terhormat dan terhebat..
syabas..

Nine said... [Reply to comment]

Salam thanks ..nice entri :)

hazman aka species1980 said... [Reply to comment]

Nama penuh yang amat unik..... ;-p

kisahsensasi said... [Reply to comment]

Lepas nie sure dia jadi the most wanted young CEO....

sal said... [Reply to comment]

gd luck n moga tabah menghadapi dugaan...

Anonymous said... [Reply to comment]

alfatihah buat datuk sosi..aku sedih dgn kehilangan beliau..semoga anak2 beliau tabah & redha..

kechik adios said... [Reply to comment]

rita die mmg sangat humble.. kawan time uitm dulu... :)

Anonymous said... [Reply to comment]

all de best..

shaifulizan said... [Reply to comment]

Buat baik berpada-pada buat jahat jgn sekali, Buat solat dapat pahala buat jahat gerenti neraka, berusaha hendaklah bersungguh jangan lupa doa di malam hari, kalau berjaya jangan angkuh lupa diri sajaratul aqra menanti.

Post a Comment

Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

My Shoppe =)

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais