Saban tahun, bila dah hampir Hari Raya Aidilfitri ni, mesti iklan Hari Raya daripada Petronas yang lebih ditunggu. Tak sabar nak tengok garapan dan idea kreatif dengan persembahan yang santai, tapi penuh mesej tersendiri.
Kita pasti merindui karya-karya Pengarah terkenal yang mana kebanyakkan filem dia mencipta kontroversi di dalam negara tapi mendapat anugerah dan penghargaan di luar negara! Beliau tidak lain tidak bukan, Allahyarham Yasmin Ahmad, pencetus idea untuk iklan-iklan Hari Raya Petronas yang meruntun jiwa kita selama ni. Sampai ke hari ini pun, iklan-iklan tersebut masih lagi membuat aku mengalirkan air mata.
Sudahlah kita bercerita tentang iklan Hari Raya TV3 yang sangat tidak logik tu, sebabnya dah dibuang iklan tu daripada akaun Facebook TV3Malaysia. Jom kita tengok koleksi iklan Hari Raya Petronas arahan Yasmin Ahmad ni. Aku suka dengan mesej-mesej dalam iklan ni yang mana bagi aku, memang memberi pengajaran dan impak kepada semua.
Iklan Raya Petronas 2001 : Ombak Jahat
Iklan ni mengenai dua orang budak yang menunggu ayah dia selamat pulang setelah pergi mencari rezeki di lautan. Comel jer budak dua orang ni dan gaya cakap pun memang sweet macam real adik beradik.
Pengajaran : Sewaktu kita bersenang2, jangan lupa kepada mereka yang berada dalam kesusahan.
Iklan Raya Petronas 2002 & 2003 : Janda Beranak 7
Kerana taknak kecewakan mak diorang, adik beradik ni berusaha keras untuk memenuhi permintaan mak diorang. Iklan ni best sangat! Memang taat laa anak-anak makcik ni. “
Pengajaran: Jangan hampakan hati mak kita yang bersusah payah jaga kita. Permintaan dia hanya satu, susah sangat ke nak tunaikan?
Iklan Raya Petronas 2004 : Pengayuh Beca
Pakcik ni menyimpan kedukaan dan kesedihan dia sendiri, tak mahu orang tahu kerinduan yang dia simpan selama ini.
Pengajaran: Pulanglah ke kampung merayakan bersama ibu bapa.
Iklan Raya Petronas 2005 : Sharifah Amani dan Iqram Dinzly
Amani sentiasa diberikan ganjaran oleh ayahnya untuk setiap kejayaan yang dikecapi tapi bila melihatkan Iqram menjaga ayahnya yang buta, dan sememangnya takkan ada apa2 ganjaran yang akan diperolehi seperti yang dia dapat daripada ayahnya. Persepsi dia dalam kehidupan berubah. Tak silap aku, dengan iklan ni diorang berdua ni mula dikenali.
Pengajaran : Berbuatlah sesuatu perkara dengan ikhlas, tanpa mengharapkan balasan.
Iklan Raya Petronas 2006 : Aku Ingin Pulang
Kisah seorang ayah yang sakit, tiada tempat untuk berlindung, di bawa ke rumah anak perempuannya dan menantu. Tapi dianggap sebuah beban dan dilayan buruk oleh anak dan menantu sehinggalah cucunya sendiri yang memberi pengajaran kepada anak dan menantu mereka. Iklan yang ni yang paling membuatkan aku sedih.
Pengajaran : Bila berdaya disanjung, tapi bila dah tua, dilayan seperti orang lain. Seorang ayah/ibu boleh menjaga ramai anak, tapi sepuluh anak, belum tentu boleh jaga seorang ayah/ibu.
Iklan Raya Petronas 2007 : Burung Murai
Burung apa tu nak? ……. Burung Murai…
Burung apa tu nak? ……. Burung Murai…
Burung apa tu nak? ……. Burung Murai…
Pengajaran : Masa kecil, kita dilayan dan ditatang bagai minyak yang penuh, setiap soalan dijawab tanpa jemu. Tapi bila tiba giliran kita, kenapa kita tak boleh jadi seperti mereka? Kenapa mesti cepat marah dan jemu?
Iklan Raya Petronas 2008 : Mak Ok…
Kisah seorang anak yang jarang pulang ke kampung menjenguk ibunya yang tinggal berseorangan dan lebih mementingkan kerja daripada memikirkan ibunya. Sehinggalah dia berjumpa dengan seorang pakcik yang sanggup menunggu anaknya yang berada di hospital berhampiran daripada berada di rumah.
“kalau mata tak tengok, telinga pakcik tak dengar, pakcik tak senang hati”
Pengajaran : Kadang kita lupa, lebihkan hal lain daripada ibubapa kita tapi mereka sanggup mendahulukan kita daripada hal lain.
Iklan Raya Petronas 2009 : Aku Ingin Pulang (reuse)
Iklan tahun 2009 tak salah aku guna balik iklan yang tahun 2006, sebabnya kan tahun 2009 lah Allahyarham Yasmin Ahmad pergi.
Iklan Raya Petronas: The Umbrella…
Yang ni iklan yang singkat, tapi peringatan untuk kita supaya berbuat baik kepada semua orang, jangn pentingkan diri sendiri. Mungkin suatu hari nanti kita juga memerlukan pertolongannya. Allah Maha Adil.
Iklan Raya Petronas: Why Its Hard to Ask for Forgiveness?…
Bila mana seorang anak merasakan bahawa dia telah matang dan mampu berdikari sendiri, melukakan hati si ibu dengan kata-katanya dan pergi meninggalkan ibu seorang diri. Dan akhirnya….
Iklan Raya Petronas 2010 : Antara Dua Kampung
Kisah sepasang suami isteri yang dalam krisis nak pulang beraya di kampung suami ataupun isteri. Akhirnya, suami mendapat idea bernas. Apa idea tu?
Saksikan Video tersebut di Blog Lanunsepet [dia yang jumpa 1st, so haruslah aku creds kat dia kan..:D]
Iklan ni takleh nak lawan iklan-iklan yang sebelum ni. Pengajaran? Aku tak dapat apa2, rasa biasa jer.. Just unsur lawak jer kut.
Dari semua Iklan yang dipaparkan, Iklan kesukaan aku mengikut ranking:
1. Mak Ok…
2. Why Its Hard to Ask for Forgiveness
3. Aku Ingin Pulang
Korang pulak macam mana? Yang mana satu kesukaan korang?












48 komen:
iklan dari petronas memang terbaik...huhu
respect dengan iklan petronas
iklan petronas kali nih xbest
kureng umph
P/S : Aku Maluuu
Janda Beranak 7,
daging, hati, limpa, paru semua ada mak..
sob2
yg byk best idea Yasmin hamid..
baru dpt tgk iklan petronas 2010 petang tadi. iklan tak sedih mcm selalu, lawak ada la..
iklan petronas mmg simbolik!
suka dengan iklan hari raya...
Yied suka tengok iklan raya yang tahun 2007 tu....
iklan petrona adalah yg terbaik
bukan sahaja iklan raya tetapi iklan lain juga seperti merdeka dan lain2..
mesej yg disampaikan mmg sampai sgt
iklan yg ombak jaat tuh best!
hehehe~
hehe sukala tgk iklan2 petronas ni..tersentuh hati,tersenyum sorang2..mendalam tu mesej yg nk disampaikan.
boleh dikatakan iklan petronas smua ada kualiti.. x macam iklan tv3! haha..
iklan petronas tahun ini lansung tak menyentuh jiwa..
tengok pun macam xdapat apa2...rindu karya arwah yasmin..
btol2..semua mmg nice n sampai mesej itu pada kita..=)
saya dok suka yang burung murai dengan aku mahu pulang, teringat kat arwah abah
suka tgk iklan petronas..mesej yg nak dismpaikan tu memang smpai..terus masuk dlm hati
cmni baru bole panggey iklan kn ^^
Burung ape? Burung Murai!
Burung ape? Burung Murai!
Burung ape? Burung Murai! Nak
Burung ape? Burung Murai!
Burung ape? Burung Murai!
itu jadi pilihan hati hariz :)
semuanya terbaik.susah nak pilih.
mmg semua iklan petronas bawak msj tersendiri yg bagus and best2 lak tu...
suka burung murai n janda beranak 7
hehe..follow u :)
@paan
evergreen!!
@Sharinginfoz
betul tu..mesej dia memang mendalam
@hans
sangat setuju!!
@cikgu isza
itulah, bijak gak bebudak ni
@LiFe KaMi
bukan Yasmin Hamid laaa der..
yasmin hamid pelakon tu..ni Allahyarham Yasmin Ahmad..Sepet, Muallaf, Talentime tu
@Laili
tapi lawak dia tak best sangat...huhuhu mcm sempoi sangat je
@Nurul chumel
betul tu!!
@Eryati
yup..mesej dia best
@Yiedpozi
semua besh kan..ehe
@gnesop.com
betul tu..
@Nabiel
"kakak pun doalah sekali!!"
@Afiq
sis sampai mengalir air maata..huhuhu
@aduka
betul tuuuuuuuuuuuuuu
@FTN
tu laa..DJ pun takde feel langsung
@tiefazatie
yang 2010 jer xbeshhh
@akuvision
tu laa sis pun teringat kat arwah abah sis
@misyamissyou
stuju sangat!!
@caliph shuriken
yeahhhh
@ProfHariz
tu yg selalu menjadi bualan dan mainan :)
@noor afzan
yeahhh memang respect kan dengan iklan Petronas oleh Arwah Yasmin Ahmad kan
@ibu_BatRiSya @wardah
betul tuuu..
semestinya sy pilih ... JANDA BERANAK 7 tu... daging.. hati.. limpa.. heheheh~
aduhai... tetiba rasa sedih lak tengok iklan nih... bertakung air mata tengok semua iklan Raya Petronas.. yg sangat memberi kesan pada saya...
1. Aku Ingin Pulang
2. Mak OK...
best best best- yasmin ahmad tiada pengganti...
dia tiada pengganti..
yang paling memberi kesan dihati...iklah janda anak tujuh...
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...