Tertarik dengan kisah Restoran Percuma yang dilaporkan Buletin Utama TV3 baru sekejap tadi. Tak sangka dalam keadaan sekarang, masih ada lagi golongan yang sudi menawarkan makanan percuma setiap hari kepada pengunjung tanpa mengira kaum dan status. Restoran Percuma ini dinamakan “Pusat Makan Percuma” terletak di Jalan Sempadan 16/7, Seksyen 16, Shah Alam.
Pengunjung digalakkan membasuh pinggan sendiri selepas makan
Nama Restoran : Pusat Makan Percuma
Alamat Restoran : Jalan Sempadan 16/7, Seksyen 16, Shah Alam.
Tarikh Mula Beroperasi : 12 Februari 2010 / 27 Safar 1431
Hari Beroperasi : Setiap hari kecuali Ahad dan cuti umum
Waktu Beroperasi : 10.30 pagi hingga 6 petang.
Restoran Percuma yang dikenali sebagai Pusat Makan Percuma ini dikendalikan oleh Pertubuhan Kebajikan 1 Malaysia, sebuah Badan SukaRela yang diasaskan oleh Tokoh Usahawan Dan Ahli Perniagaan, Hj Mohamad Sauffi Hamzah bersama Puan Lieza Abdul Rahman.
Mohamad Sauffi dan Khaliza.
Selain Makanan Percuma, Pakaian Baru Dan Terpakai juga diagihkan kepada pengunjung yang kebanyakannya terdiri dari golongan miskin seperti penganggur, ibu tunggal dan pekerja sambilan. Hasrat Utama adalah untuk meringankan beban golongan miskin bandar.
Info Menu Pusat Makan Percuma.
| HARI | MENU DI PUSAT MAKAN PERCUMA |
| ISNIN | Nasi Lemak atau Nasi Berlauk (Ayam atau Ikan Kari Campur Sayuran). |
| SELASA | Laksa, Mee Bandung atau Mee Goreng |
| RABU | Bihun Singapura atau Bubur Nasi Berlauk |
| KHAMIS | Nasi Berlauk (Ayam atau Ikan Masak Kicap Atau Sos Tiram). |
| JUMAAT | Nasi Berlauk (Ayam Kurma Campur Sayuran) |
| SABTU | Nasi dengan Sup Ayam atau Nasi Goreng Kampung |
| Sumber : TranungKite |
Alhamdulillah, masih ada lagi manusia zaman kini yang berperibadi mulia sebegini. Tahniah. Semoga Hj Mohamad Sauffi Hamzah mendapat ganjaran yang sewajarnya daripada Allah SWT. Aminnn.






25 komen:
Best lah kalau selalu dapat makan free.... bolehlah p sana selepas raya...
wah.hari2 makan kat sini pon feel :)
wah mulianya hati en. sauffi & puan lieza tu...
RESPECT~
ha'ah..i pun baru dengar berita nih tadi..mesti melimpaah ruah rezeki owner this restaurant kan??
xde cawangan kat tmpt lain ke hehe..=)
igtkan kat penjara tadi..hehehe..
berbuka kt masjid pon free gk..leh jemaah terus..heheh
alhamdulillah...rezeki dikongsi lebih berkat
Salam..
Mak aihhh..pemurahnya..
moga Allah menambah
rezeki mereka berganda2
lagi sempena bulan penuh
keberkatan ini..
alhamdulillah..ada jugak manusia yang berhati mulia.. :) tapi cuma golongan miskin bandar kan..
bestnye.boleh la singah situ kejap.ngeh3.murah rezeki sapa yang buat camni.
bagus bila ada org macam ni.. jgn ada yg ambil kesempatan sudahlah ya... =)
wah, best ni dpt mkanan free..smua rezekinya melimpah ruah..
Mana pergi CHATBOX & Siapa LUCKY FOLLOWER?
agak bile kite bole buat macam tu...
ada juga mkn percuma....
kat bwh ni pon percuma
PORTABLE SOFTWARE: UNTUK LOCK USB PORT KOMPUTER DENGAN MUDAH
PORTABLE SOFTWARE: UNTUK MELAJUKAN KOMPUTER TANPA PENAMBAHAN RAM
Buat amal jariah macam ni untuk kurangkan sifat tamak. Tapi ada juga yg ambil kesempatan dimana kemudahan yg disediakan untuk fakir miskin tapi yg menyinggah di restoran tu bukan dari golongan berkenaan.
dokek yor ngan umah den tp x sampe2nyer lagik... tp, mmg mulia depa neh... siap kumpul duit adik bdik utk tujuan donation neh... dah tgk arituh psl depa kt MHI....
best nyee....makn freee..., seksyen 16 dekat ngn ape eh...0_0
Mungkin ini untuk jangka masa panjang juga..mungkin dia boleh perkenalkan masakan restauran dia melalui cara ni...tapi memang bagus dibuat begini..
btul setuju ngan wachak
ya...sy juga berfikiran yg sama dgn cvikgu dahlia..rupanya masih ada insan yg bmurah hati
tak pernah terfikir pun ada restoran percuma di Malaysia.
semoga mereka dilimpahi rahmat agar usaha begini berterusan
western byk yg percaya, klu banyak memberi/bercharity, pulangan yg diterima berlipat ganda...selalu dgr Oprah ckp mcm tu...so, kenapa kita taknak ikut?
best ni...nasib jauh..
aku dok lama kt shah alam awat takdak sape gtau aku pasal ni?? rugi..
perghh...mcm ni la kite nak..dpt mkn percuma..hohoh~~..
sedap tu mkn lau free..hhehehe.
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...