Suami Sosilawati Lawiya dengar suara cemas
“Kau nak bawa aku ke mana ni?” Itu suara cemas Datuk Sosilawati Lawiya didengar kali terakhir suaminya melalui panggilan telefon yang dibuat jutawan kosmetik berkenaan sebelum ia terputus.
Suaminya, seorang ahli perniagaan dari Indonesia mendengar Sosilawati mengulangi pertanyaan itu berulang kali. Selepas panggilan telefon itu terputus, suami pengasas syarikat Nouvelle Visages (NV) itu cuba menghubungi telefon bimbit Sosilawati, namun gagal.
Sumber polis berkata, Sosilawati dipercayai cuba menghubungi suaminya yang berusia 40-an itu untuk meminta bantuan pada hari dia dilaporkan hilang. “Difahamkan, dia turut menghantar SMS kepada anak sulungnya (Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25,) supaya tidak membenarkan seorang kenalan terdekatnya memasuki rumahnya di Gombak, Selangor.
“Malah, mangsa sempat menghantar SMS kepada anaknya mendakwa dia percaya gambar dirinya diambil secara curi atas motif tertentu,” katanya. Difahamkan, polis sudah mengambil keterangan keluarga terdekat Sosilawati selain isteri peguamnya, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dan isteri pegawai kredit CIMB Bank, Noorhisham Mohammad, 38, yang didapati hilang bersama jutawan terbabit pada 30 Ogos lalu.
“Berdasarkan siasatan, Sosilawati pernah beberapa kali pergi ke Banting, Selangor, untuk bertemu seorang peguam yang menguruskan soal jual beli tanah milik mangsa. “Difahamkan, peguam warga tempatan itu pernah dilihat rakan karib Sosilawati bertemu peguam berkenaan. Malah, Sosilawati didakwa turut pernah mengambil beberapa cek daripada peguam berkenaan,” katanya.
Difahamkan, Sosilawati kali terakhir bertemu peguam berkenaan bagi menguruskan penjualan tanahnya di Pulau Pinang membabitkan nilai jutaan ringgit pada awal Ogos lalu. Sementara itu, Erni Dekritawati menafikan keluarganya menawarkan sebarang wang tebusan bagi tujuan membebaskan ibunya daripada pihak yang melarikan mangsa bersama tiga individu lain.
Menurutnya, maklumat itu tidak tepat dan boleh memburukkan keadaan.
“Tiada sebarang tawaran wang tebusan disediakan dan kami meletakkan semua harapan kepada polis bagi menyiasat kes ini. Saya yakin polis melakukan segala yang boleh bagi menyelesaikan kes ini.“Kami adik-beradik terus berdoa supaya emak selamat dan kembali semula ke pangkuan keluarga,” katanya.
Sumber : Harian Metro
p/s : Saya mahu Hotlink Hot Tiket daripada blog.ariff






5 komen:
sedih baca criter2 camni, lagi2 nak raya
masalah juga kalau terlalu kaya ni
hurrmmmmmmmm..
bukan kaya yg jadi masalah tapi individu yg tamak haloba...tak de iman...tak berperikemanusiaan.....
Kaya tak jadi masalahnya,yang jadi masalahnya ialah si perancang dan pembunuh ni dari species tamak haloba,tak sedar diri,bila Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya di anugerahkan title 'Datuk',si pembunuh ni pun cemburu,dia masuk bakul angkat sendiri,perasan nak mampos,dia pun nak jadi 'Datuk'juga,perangai tak bertamadun macam dia,siapa lah yang berkenan nak menganugerahkan title macam tu,last-last dia jadi lah'datuk palsu yang tidak diiktiraf',ada juga manusia macam ni,dasar tak malu,lepas tu dia berangan nak menyaingi empayar perniagaan Alahyarham Datuk,tamak haloba katakan,dia ni memang bastard yang tak sedar diri,hoi tak malu ke,binatang...
tamak haloba..sikap manusia yang pentingkan duniawi...
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...