Salam 1Malaysia untuk semua…
Akhirnya keluar juga kisah Video Malaikat Turun ke atas Kaabah di Harian Metro hari ni. Kebetulan aku nampak berita pasal ni di blog Ultraman Cosmos tadi. Untuk sesiapa yang tidak pernah menonton atau tak tahu tentang Video Malaikat Turun ke atas Kaabah yang diperkatakan, boleh menonton Video ini dan membuat penilaian anda.
KUALA LUMPUR: Umat Islam dinasihatkan tidak terpengaruh dengan dakwaan karut dalam klip video “Malaikat Turun Ke Atas Kaabah” melalui laman Youtube di Internet yang dikesan kembali rancak disebarkan sepanjang Ramadan ini.
Pemantauan Harian Metro mendapati ada dua video masing-masing bertajuk ‘Subhanallah!! Cahaya (Malaikat) Turun Di Atas Kaabah dan Kuasa Allah/Bukti Malaikat Di Kaabah’ dipercayai dirakam sekitar 2008, namun kini muncul semula selepas dimuat turun ke laman sosial Facebook.
Video pertama sepanjang 3.35 minit menunjukkan seolah-oleh cahaya turun sehingga ke atas Kaabah, manakala video kedua sepanjang 3.03 minit pula hanya menunjukkan gambar cahaya itu sudah berada di atas Kaabah.
Bagi meyakinkan penonton, bacaan ayat suci al-Quran diperdengarkan sepanjang rakaman itu berjalan. Bagaimanapun, kesahihan dua video itu boleh dipertikaikan, malah mendapat reaksi negatif daripada penonton yang melihat ia hanya pantulan cahaya yang disalah tafsir kononnya malaikat. Rakaman video kedua turut dipertikaikan kerana dilihat seperti diubah suai menggunakan perisian komputer dan dianggap mengarut.
Mengulas penyebaran rakaman video itu, Timbalan Dekan Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam Antarabangsa (Istac) dan pen syarah di Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Ilmu Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid menyifatkan ia dilakukan orang sedang berkhayal. “Ia dilakukan orang yang lemah jiwa tapi disebabkan bermimpi sesuatu yang istimewa datang bergolek, dia membuat perkara sedemikian.
“Jadi kita tidak perlu mempedulikan perkara sedemikian yang sememangnya dilakukan orang yang kerdil jiwanya,” katanya yang dihubungi semalam. Sementara itu, Pensyarah Pengajian Islam Bahagian Hadis Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, perbuatan individu terbabit tidak lebih daripada mahu menarik perhatian dengan menimbulkan perkara khurafat.
“Sebelum ini pun kita pernah dengar mengenai mayat menjadi khinzir, sejadah berdiri atau bola api dalam rumah untuk menarik perhatian orang ramai terutama mereka yang suka perkara pelik dan khurafat. “Saya tidak nafikan kejadian itu boleh berlaku dengan izin Allah, tetapi kita kena faham, Islam bukan berdiri berasaskan perkara ini sebaliknya keimanan wujud hasil keyakinan terhadap kebenarannya selepas menggunakan akal yang waras bukannya dipengaruhi khayalan,” katanya.
Katanya, perkara sedemikian boleh wujud hasil khayal individu termasuk penipuan bagi meyakinkan orang mereka mengalami pengalaman pelik. “Contohnya rakaman suara dari kubur yang juga dimuatkan di Youtube yang kita tahu palsu demi menarik perhatian orang ramai terhadap perkara tahyul dan khurafat,” katanya.
Sumber : Harian Metro – Satu Penipuan







11 komen:
Betul tu cikgu.. sy dari dulu dah syak benda ni tipu.. tp sume kwn saya tak percaya.. sekarang kebenaran telah terbukti..
singgah kejap..
macam-macam betul kan
dah ada video penjelasan pasai video 'malaikat' tu..... camera trick yang dah berjaya dirungkaikan....
Saya setuju..
terima kasih akak dengan perkongsian :)
New Entry ProfHariz
Malam Lailatul – Qadar Lebih Baik Daripada Seribu Bulan
payah lar gini..skrng mcm2 nak buktikan..kite yang tgok dan lihat kena lar kaji dulu sebelum terima ia bulat2...
Jom usha entry terbaru kat sini E J U M
macam2 berlaku sekarang ni.
dah tak tau mana yang betul atau palsu
betul2 amik kesempatan time kita berpuasa ni....
huhu benda ni dr awal2 lg xleh caya.. malaikat makhluk suci dan indah.. rasanya cuma para rasul saja yg bole tgk malaikat dalam bentuk sebenar. skrg byk video2 mcm ni yg secara kasar nmpak mcm bagus tp sebaliknya ada agenda tersembunyi.. bole buat terpesong akidah.. contoh lg 1 yg selalu dgr skrg ni pasal 15 Ramadhan 1433 (2012 AD) yg kononnya 2/3 manusia mati dlm bencana. statement tu guna hadis tp ada org pertikai hadis tu hadis palsu or tak sahih. Lagipun hadis sahih mesti ada nama orang yg meriwayatkan hadis tersebut.
Pada pengetahuan saya senang aje, kita orang Islam hendaklah balik kepada Rukun Iman yang salah satunya Percaya kepada Malaikat. Dan Allah telah Befirman dalam Surah Al Baqarah ayat 1-5, Apa yang harus kita tanam dalam Akidah Tauhid kita Percaya kepada perkara ghaib. Huraianya: Allah memperlihatkan Malaikatnya hanya kepada Nabi dan Rasul bagi memperkuatkan Iman mereka sebagai Utusan Allah. Malaikat termasuk dalam perkara yang ghaib. Sedangkan kita wajib dan tidak ada keraguan padanya. Yakin lah wahai saudaraku bahawa kita dapat melihat Para Malaikat di Akhirat kelak, Wallahuallam.
betul la pantulan cahaya..lagipun dalam AL-QURAN pun ada Menceritakan ketika Nabi Muhammad s.a.w naik ke langit bersama Jibril menggambarkan malaikat Jibril Mempunyai Sayap.Sebelah SayapNya sepanjang 7 petala langit dan lebar 7 petala bumi.
saya rasa tak salah kalaupun malaikat turun atas kaabah tu..kalau ia dapat menambahkan iman seseorang dan menjadikannya lebih tawadhuk...saya percaya bahawa Allah itu boleh buktikan kekuasaannya dimana2 saja dan pada bila2 masa..
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...