Hari ni, memang bukan kebiasaan untuk aku buat, pergi sekolah tanpa membawa nyawaku lappy kesayangan. Semuanya gara-gara sebab hari ni hari Jumaat, masa terhad ditambah lak aku ada kelas penuh hari ni. Dan konform2 memang takkan ada mesyuarat yang memerlukan aku guna lappy. Janggal memang janggal, tapi sekali sekala nak melenggang, bebas jugak diri aku dari berkepit dengan lappy 24-7.
Awal-awal lagi, dah jadi mak tiri, mengejar student untuk baca yasin pagi ni, maklumlah guru bertugas. Yang tak bestnya, aku nak kena naik untuk buat laporan bertugas dalam perhimpunan next week? Aku tak takut pun nak naik stage berucap, tapi aku tak reti nak bgtau apa, sebab dah banyak kali tak turun perhimpunan rasmi gara-gara menyiapkan relief. Tapi, kalau dah orang lain tolak2, takpelah, aku naik je laa..Wtfish! 5guru seminggu, hanya 2 je …3 lagik? hampehh.. kang membebel kang,kata aku berkira kerja. Sighh,
Cantik?
Nasib baik laa ada student2 yang melembutkan hati aku dengan puji2an hari ni…Aku ni memang jenis susah nk hargai pujian. Ahaks.
Student Z (lelaki) : Teacher cantik hari ni…
Aku : Isk…saya ni hari-hari cantik, awak je yang tak perasan
Student Z : tak teacher, hari ni macam lain sikit…lagi cantik
------------
Student N : Cantik teacher hari ni. Nampak lain dengan tudung hari ni.
Aku buat muka selenga…”dah makan lum?'” gaya2 konon nak belanja.
Student N : Kenyang dah, kalo teacher nak bagi, bagi markah Addmaths lebih sikit..
Oke, habis episod keperasanan aku..bila lagi nak masuk bakul angkat sendiri kan.. Bukan tak biasa dengan pujian, just aku ni jenis xpandai handle pujian, rasa blushing2 gitu…kembang pipi, semua..hahaa
Garang?
Balik kelas hari ni, masa lalu kelas budak Tingkatan 3, terserempak dengan budak bawak daun terup. Tengah nak main. Aku apa lagi, masuk dan buat rampasan drastik.. Paling bengang, boleh pulak dia nak cover diri dia, siap sebut nama cikgu.
“Cikgu S kata takper, asalkan tak guna duit”
“Semalam Cikgu M bagi je main…”
Daun terup aku ambil, dan dah maklumkan pada HEM, Guru Disiplin dan Guru yang diburukkan nama tu. Mentang2 dah abis PMR, jangan harap cikgu ni bagi korang kebahagiaan…miahahaha. Ops, lupa nak tambah mata demerit dalam Kad Disiplin diorang.. Kena melawat kad disiplin jawabnya Isnin ni.
Sebuah Kekurangan…Huhu
Oh ya, masa aku dok ngejar budak pepagi, aku terserempak dengan Kak Dah. Dia tarik tangan aku,
“Atas meja akak ada buku magfirah, buku doa, nanti tulis dalam tu”
Kak Dah ni nak pergi Haji Ahad ni, 17hb Oktober, selaku Petugas Tabung Haji dan akan menunaikan sekali Haji di sana. Lepas pada pesanan dia, aku sebok sana sini, kelas direct, last2 terlupa…after about 4hours, balik je bilik guru, nasib baik kawan aku Jaja ingatkan…leh plak dia bisik kat aku, ingatkan ada gosip hangat dan best..
“Kak, Kak Dah ada buku, akak tulislah doa dalam tu. Saya dah tulis”
“Mana buku tu? tadi ada gak Kak Dah cakap, tapi akak lupa, seb bek ko ingatkan..huhu..tapi nak tulis apa?”
Dapat je buku tu dekat aku, alamak dah tebal, segan ler pulak orang baca <—apa kes malu? Then aku lak tanya Jaja untuk guide aku buat ayat, sebab aku ni tak reti nak buat ayat2 yang sedap.
Akhirnya, siap gak semuka aku tulis doa untuk Kak Dah doakan aku. Apa aku minta? :D Apa yang seorang perempuan bujang akan minta dalam hidupnya. Mudah-mudahan Allah memperkenankan. Aminnn…



23 komen:
hehe moga doa sis diperkenankan olehNya aminnnnn~
garang jugak ek sis ni ;p
www.afiqbukhari.com
fuh..5 org seminggu?????????mewahnya..hehe
biasanya 2 je..haritu masa bagi reflection, pengetua tegur sebab membebel keluar drpd tajuk sepatutnya spt laporan kebersiaha, disiplin etc..hehe
tapi ramai yang memuji gak..sebab berjaya menarik minat budak dengar...hoho
amin.=))
Aminnn
Amin~ heheh~:D
cikgu!
meh baca entry ni..
confirm semua org akan sedih!
http://nurulchumel.blogspot.com/2010/10/kalau-tak-suka-pulangkan.html
kita dulu masa time ujian,pernah usik cikgu dengan menulis kat kertas ujian,cikgu beri markah penuhlah yer,sayang cikgu hahahha
ecececece.....hehe
Ya'ALLAH...kau perkenankanlah doa hamba mu yang seorang ini..berikanlah dia jodoh yang baik-baik.. :)
p/s nasib baik kembang pipi je kan..kalau kembang motot...sape nak jawab?
mesti minx jodoh yg baik kan !
amin..
amin
Amin...semoga dimakbulkan
amin...
salam..
pji lain macam je tu anak murid
perli ke bodek agaknya..ha ha
huish , xsporting la cikgu nie.. hahaha
Entri terbaru -> Tag Blogwalking 2010 dari Sue
Amin,.. Mudah2kan diperkenan olehNya...
kak leli pernah berdoa di Jabal Rahmah suatu masa dulu (buat umrah - masa tu umur 18 tahun. awal2 dah berdoa untuk calon suami. hehe!) ahamdulillah, Allah kabulkan doa & dapat suami yang memenuhi ciri2 yang diharapkan :)
itulah bila jadi cikgu ni lain kan kak, ika sampai sekarang masih x berjaya jadi garang huwaa~
semoga segala urusan kak dipermudahkan insyaAllah =)
weh nanti leh la kongsi2 rahsia or pengalaman kan..aku dah nak jadi cikgu ni adoiiyai ~ hahah
Amin....
mudah-mudahan doa itu dikabulkan Allah..Amin..
huhuh xtvt biasa guru bertugas..adeh....tp 5 org,memang dasat....biasanya 2 je...
kak..
semoga semua doa kita dimakbulkan!
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...