BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Home » , , , , , , , » Gambar Majlis Pernikahan / Ijab Qabul Dato' Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina – 10.10.10

Gambar Majlis Pernikahan / Ijab Qabul Dato' Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina – 10.10.10

Share

Tarikh : 10 Oktober 2010

Masa : 11.30 pagi

Tempat : Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Pasangan Mempelai : Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr. Halina Mohd Yunos

 

sms6

Pasangan ini telah dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Lettenan Kolonel (B) Mohd Yunos Mohd Ali di hadapan Ketua Pendaftar Perkahwinan, Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Dato’ Haji Che Mat Che Ali dengan mas kahwin RM80 tunai. Hanya dengan sekali lafaz, pasangan ini sah bergelar suami isteri.

 

ht1

Pengantin lelaki telah membawa sembilan dulang hantaran sebagai hadiah kepada pengantin perempuan. Sebagai balasan, pengantin perempuan telah memberi sebelas dulang hantaran.  Kedua-dua gubahan hantaran yang berkonsep moden dengan sedikit elemen angkasa ini menggunakan warna biru dan putih sebagai warna dominan. Ia adalah hasil sentuhan Butik Cosry yang juga merupakan pereka busana majlis pernikahan dan persandingan pasangan ini.

 

sms16

 

Ditemui selepas majlis akad nikah selesai, pasangan yang mengikat tali pertunangan pada 1 Januari lalu menyatakan rasa gembiranya kerana semuanya berjalan dengan lancar. Malah mereka juga tidak lupa mengucapkan rasa terima kasih kepada semua pihak yang bersusah-payah menguruskan majlis perkahwinan mereka.

“Selepas selesai majlis perkahwinan ini saya dan isteri akan menjalani kehidupan seperti biasa. Saya akan terus memberikan ceramah dan isteri pula akan kembali bertugas sebagai doktor,”ujar Sheikh Muszaphar sambil tersenyum.

Sementara itu, Dr. Halina turut mengakui yang perasaannya bercampur-baur sebaik sahaja selesai diijabkabul. “Perasaan saya bercampur-baur. Sedih, gembira dan terharu. Semuanya ada. Tapi saya bersyukur kerana semuanya telah selesai. Selepas ini saya akan cuba menjalankan tangunggjawab sebagai isteri dengan baik,"ujar Halina.

 

sms9

Ditanya tentang perancangan berbulan madu pula, Sheikh Muszaphar menjelaskan mereka sebenarnya masih belum ada perancangan untuk itu. Tetapi, dia dan isteri akan mengerjakan ibadah fardu Haji pada musim ini. Bagaimanapun, tarikh penerbangan mereka di Tanah Suci masih belum dapat dipastikan.

Berbicara soal anak pula, tanpa berselindung, Angkasawan Negara ini memberitahu dia inginkan anak yang ramai. “Kalau boleh saya mahu anak ramai. Mungkin 10 orang. Sebab itulah saya pilih tarikh hari ini (10/10/2010) untuk bernikah. Walau apa pun,  saya gembira kerana dapat memperisterikan Halina. Dia mempunyai ciri-ciri wanita  yang disebut dalam Islam untuk dijadikan isteri,” jelas Sheikh Muszaphar lagi.

 

sms5

Majlis pernikahan pasangan ini selain dihadiri oleh orang-orang kenamaan, sanak-saudara dan sahabat-handai, ia turut dimeriahkan dengan kehadiran 80 orang angkasawan dari seluruh dunia. Kemeriahan majlis perkahwinan pasangan ini akan diteruskan pada majlis resepsi pada malam ini bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Stesen televisyen TV3 akan menyiarkan majlis ini secara langsung bermula jam 9.00 malam.

Saksikan secara langsung menerusi “live streaming” mulai pukul 9 hingga 10 malam di laman mikro : http://apps.gua.com.my/sheikhmuszaphar.

 sms2 bersama teman rapat mereka yang juga pengapit.

 

sms3

Dr SMS ni memang sukakan budak2! Sebab tu budak ni xlepas dr dia.

 sms4

Manis sungguh!

   sms7

menandatangani borang setuju…

 

sms8

berapa RM agaknya wang hantaran ek? Ada kena mengena dengan 101010 gak?

  sms10 sms11  

sms14

   marvellous uols dekorasi hantaran perkahwinan Dr SMS dengan Dr Harlina!

 sms16

kepada Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Halina Yunos, Selamat Pengantin Baru dan semoga berbahagia sepanjang hayat. Aminnn.

14 komen:

Nabiel said... [Reply to comment]

semoga mereka berbahagia~=)
rase2nye kn rmi gitu masa akad nikah~
mau tak tkuar dri mulut sya tuh~hehehe

cKyN WaN said... [Reply to comment]

huwaaaa dasyat!

Shira Shafrida said... [Reply to comment]

Selamat pengantin baru buat dua Dr ini.. Amin..

Barakallahu fik..

joegrimjow said... [Reply to comment]

wahaaa
bile ntah nak kawen ni
jeng jeng jeng

Solihin Zubir said... [Reply to comment]

chantek dr halina pakai tudung.. :D

Anonymous said... [Reply to comment]

Salam,yes memang cantik @ manis sgt Dr.Harlina pkai tudung...

Anonymous said... [Reply to comment]

pengapit sebelah pengantin perempuan tu adalah adik dr halina:)cantik:)

haszuraidah ishak said... [Reply to comment]

wahh..tak tahupon leh tgk secara streaming..rugi..rugi..

Mama Kembar said... [Reply to comment]

cantik nyaa.... dua dua pun lawa, congrats to the bride & groom

Anonymous said... [Reply to comment]

sama2 bijak dan sepadan....

mama said... [Reply to comment]

apa2 pun syukur kepada allah swt.

Anonymous said... [Reply to comment]

smoge prkahwinan mereka bhgia dan berkekalan hingga ke pintu syurga..amin...

haki said... [Reply to comment]

dr halina memang canteek?memag sama padn dng dr sms...

Anonymous said... [Reply to comment]

dr halina cantekkk.semoga berkekalan hingga ke ank cucu...opps bkn anak cucu je?tapi ke akhir hayat.

Post a Comment

Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais