Mayat Remaja Perempuan Ditemui Berlipat Dalam Beg Pakaian
Seorang remaja perempuan dipercayai dibunuh sebelum mayatnya disumbat ke dalam sebuah beg pakaian dan dibuang di belakang sebuah bengkel kereta di Ukay Perdana, Hulu Kelang di sini pada Khamis. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Abdul Jalil Hassan berkata mayat remaja tanpa identiti yang dipercayai berusia belasan tahun dan berpakaian lengkap itu ditemui oleh seorang pekerja bengkel berkenaan kira-kira pukul 3.30 petang.

"Pekerja tersebut yang menunggang motosikal melalui lorong bersemak itu terjumpa sebuah bagasi besar sebelum bertindak menendang-nendang beg tersebut. Curiga dengan berat beg, dia kemudiannya membuka beg berkenaan sebelum terlihat mayat mangsa. "Mangsa ditemui dalam keadaan berlipat dan pemeriksaan awal mendapati mangsa berusia belasan tahun berdasarkan saiz badan dan tidak mengalami kecederaan luaran," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.
Beliau berkata mangsa yang bertubuh sederhana, berpakaian gaun biru paras lutut, berkulit sawo matang dan berambut lurus mencecah bahu, tidak diikat dan dipercayai baru mati berdasarkan keadaan mayat yang masih 'segar' dan tidak berbau. Abdul Jalil berkata mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di kawasan tersebut yang berdekatan dengan Rumah Anak Yatim Amal Belaian Kasih (RABEKA) Taman Ukay Perdana.


"Beberapa helai pakaian termasuk tuala mandi turut ditemui dalam bagasi berkenaan yang disyaki milik mangsa. Bagaimanapun punca kematian akan diketahui selepas bedah siasat dilakukan," katanya. Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk bedah siasat. Orang ramai yang kehilangan anggota keluarga iaitu remaja perempuan diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya untuk proses pengecaman dan pengesahan.






20 komen:
masyaAllah..
kejamnye manusia :(
makk ai..kejam nyer..ada jugak org sanggup buat macam nie yer..
Latest Entry Blog Razis "Kereta: Kereta Kelisa Berkelajuan Seperti Evo 10"
kesiannya budak tu..
kejamnya manusia!
sis, jenguk.
ada entry khas tuk blog2 kesayangan noorafzan that include kamu.
KEJAM...NAPE MASIH CAMTU...MANUSIA DAH JD HEIWAN KER...
berkongsi entry yg sama:)
aduhaiii susah nak tangkap serial killer yg saiko camni.... semoga cepat kita tahu identiti budak nie
melampau manusia macamni!! Derang ni takder keluarga ker eh? Kalo kene kat keluarga sendiri nanti baru tau mcmana perasaan keluarga mangsa..
kes bunuh lagi...kenapa manusia sekarang ni makin kejam?
salam..
memang kejam
dan sadis pembunuhan ini
manusia sekarang ni ibarat haiwan jadian..
mak aih.... sapa2 jumpa mayat cenggitu... boleh pengsan wooo...
kejamnya manusia
Ya Allah..sedih kina tau pasal ni..tak berhati perut lgsung..
ei..macam2 la sekarang
apa la kejam sgt org yg bunuh nie..takder perikemanusiaan langsung..
hu3.. takut betul skrg ni.
adakah ni penjenayah yg sama bunuh nurin?
pndpt lanun, mental pembunuh ni mesti tak brapa betul..
tu dier bertindak lain mcm dan kejam semacam.
zalimnya manusia!!!
apa nak jadi la....
manusia manusia.. sedarla sebelum terlamabat.
la truk btl knp la d buat bg2,setan btl punya orng mudah2an mampus kna lggar lori..geran aku weh..la truk btl knp la d buat bg2,setan btl punya orng mudah2an mampus kna lggar lori..geran aku weh..
la truk btl knp la d buat bg2,setan btl punya orng mudah2an mampus kna lggar lori..geran aku weh..la truk btl knp la d buat bg2,setan btl punya orng mudah2an mampus kna lggar lori..geran aku weh..
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...