BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Home » , , , , , , , , » Cara Teknik Menjawab Sains Kertas 2 PMR 2010 | Kecewa dengan Percubaan SPM 2010 | Kisah Kesibukan Aku

Cara Teknik Menjawab Sains Kertas 2 PMR 2010 | Kecewa dengan Percubaan SPM 2010 | Kisah Kesibukan Aku

Share

Last few days memang aku tersangat busy dan keadaan dekat sekolah juga memenatkan aku. Semuanya gara-gara pulun buat Pecutan Akhir untuk membantu Calon PMR 2010 sekolah aku untuk menjawab Kertas Sains pada hari Khamis 7 Oktober nanti. . Ingat lagi, masa kelas terakhir bersama diorang, macam-macam diluahkan, sampaikan tak tahu aku dari mana nak selidik punca, adakah kerana mereka terlalu di”spoon feeding” ataupun mereka yang sememangnya degil dan malas. Tak perlu nak salahkan sesiapa dah..Harapnya pengalaman setahun jagung aku dan juga perkongsian aku diguna pakai sebaiknya semasa menjawab soalan nanti untuk memastikan mereka mendapat sekurang-kurangnya keputusan  LULUS dalam Sains PMR 2010. Aminnn..

 

Tips yang aku ajar untuk diorang selama dua minggu ni hanya cara bagaimana nak skor dan menjawab soalan dengan tepat. Aku fokuskan diorang untuk menjawab soalan 1,7, dan 8 iaitu soalan yang menguji Kemahiran Proses Sains (KPS) sebab kalau soalan 2,3,4,5,6 tu banyak ke arah pengetahuan, pemahaman dan aplikasi. Kalau mereka study betul-betul, dan skor soalan 1,7, 8 (26markah) campur dengan Objektif, LULUS tu InsyaALLAH. Alhamdulillah, selepas dua minggu, nampak mereka semakin boleh menjawab dengan baik, daripada kosong, dah berisi ruang jawapan. Untuk calon PMR, Tips untuk Jawab Soalan 8 Sains seperti berikut: {maybe cikgu korang lebih berpengalaman untuk berkongsi :D}

 

 

keputusan-SPM

Teknik/ Tips / Petua Menjawab Sains PMR Kertas 2 (Soalan 8)

hanya berdasarkan pengalaman memeriksa yang hanya beberapa tahun jagung

-------------------------------------------------

Biasakan baca soalan dan gariskan / highlight apa soalan tu nak.

Difference : Pastikan sebut perbezaan untuk kedua gambar, bukan salah satu. Gunakan Comparative Adjectives

Inference :  tulis jawapan mengikut konsep dibawah. Jangan buat rumusan umum! Mesti berdasarkan apa yang dikaji/gambar yang diberi.

(1) Akibat – Sebab @ Difference – Because

                   (2) r-v depends on/influence by/affected by m-v

Hypothesis / Relationship : As the m-v increases, the r-v trends

trends= increase or decrease, biasakan tengok/refer pada graf.

Draw Graph / Bar Chart : Baca soalan betul-betul apa yang nak.

Graf –> plot mesti betul (pangkah), dan point disambungkan dengan lurus.

Carta Bar –> tidak rapat! Mesti saiz sama!

Variables : Manipulated (m-v), Responding (r-v), Constant (c-v)

(1) Tengok pada graf – Paksi-x m-v, paksi-y r-v , atau

(2) Tengok jadual – Yang biasanya data suruh isi dr baca alat itu R-v, yang dah disediakan m-v, atau

(3) Baca pada soalan & rajah.

C-v : Rujuk rajah, apa yang sama dan tetap sepanjang eksperimen. Jangan letakkan alat radas/bahan sebagai C-v! Nyatakan apa ciri yang ada padanya, saiz, jenis, isipadu, warna, dll.

 

Operational Definition: yang ni memang kadang fikir tak logik, tapi so far, jawapan lebih kepada nyatakan r-v itu, tapi dengan ayat yang betul. So, kalo sesiapa yang tak dapat nak berfikir secara operasi tu, WAJIB tulis jawapan seperti berikut untuk mendapat markah:

“what to define” is the “r-v”

“apa soalan suruh define” adalah “responding variable korang”

 

-----------------------------------------------------------------------------------------------

 

Sepanjang dua minggu masuk kelas Tingkatan 3, memang sangat memenatkan aku sebabnya satu slot ialah dua jam. Kalau hari Rabu, lagi meriah! Memang non stop, 9.00 pagi dengan kelas Tingkatan 1, 9.40 – T3, 12.00 – T4, 1.00 – T5, biarpun ada relief, aku cuba juga untuk masuk. So, standardnya selama beberapa hari lepas, aku balik je rumah, mesti terlelap petang2, memang takde mood nak bukak lappy, tahu2 malam tido awal. Ni sekarang ni baru la boleh nak mengadap blog balik dan mengarut sesuka hati aku di sini. Lepas ni nak fokus untuk SPM dan Final Exam budak aku yang lain pulak. Masa untuk drill mereka betul2. So, nanti naik tahun depan, tak perlu nak ulang balik. Science Form 1 aku sekarang pun, silibus dah abis, masa untuk asah bebetul, so tak perlu nak ulang setiap tahun perkara sama.

 

Peperiksaan Percubaan SPM 2010 untuk semua calon SPM 2010 Negeri Pahang baru je tamat hari ni untuk sekolah aku. Kertas terakhir tadi Prinsip Perakaunan. Subjek aku ajar untuk SPM ni, Matematik Tambahan..dah siap pun aku tanda semua kertas student aku. Result? Hampir mengeluarkan air mata tatkala memeriksa kertas diorang. Memang rasa sedih dan sebak, tak pernah terjadi pada aku sebelum ni berperasaan sebegini. Entah macam mana nanti diorang masa peperiksaan SPM 2010 yang sebenar bermula 23 November 2010 ni?

18 komen:

nUR_rOsALiNdA said... [Reply to comment]

GOOD LUCK UTK ADIK2 YG AMIK PMR

Azman Roslan said... [Reply to comment]

sains aku dulu dapat A, tak tahu macam mana boleh dapat.. heheh

suffer8zine said... [Reply to comment]

tips menarik!

Amirez said... [Reply to comment]

alangkah bagusnya dapat tips ni masa jawab PMR dulu hehe. adik aku ambik PMR tahun ni..harap2nya dia akan ingat semua formula n tips menjawab

m2g said... [Reply to comment]

Mendoakan kejayaan bagi semua calun PMR dan SPM.

RozectLyantie said... [Reply to comment]

ku memahami kepenatanmu..
hahahaha

Zala Wajik said... [Reply to comment]

terima kasih :D cikgu saya ada juga bagi ni.

Anonymous said... [Reply to comment]

fuyoo .. baguss ar tips nieyy .

farisfarhan said... [Reply to comment]

shukran cikgu...saya akan gunakan tips ini dengan sebaik yang mungkin...insyaallah

Anonymous said... [Reply to comment]

shukran cikgu...saya akan gunakan tips ini dengan sebaik yang mungkin....insyaallah

Anonymous said... [Reply to comment]

thx 4 ur tips....

Anonymous said... [Reply to comment]

mmg camtu ka untuk operational definiton?? gerenti dpt markah??

nurul ezzeati said... [Reply to comment]

Dcikgu saya adamasalah pelupa bagai mana saya hendak selesaikan masalah yg saya hadapi sekarang???????

KIT said... [Reply to comment]

thx for the tips.....ms.Dahlia..hehe...

Anonymous said... [Reply to comment]

ty~ 4 the tip ^_^
mizz.dahlia
hehe =,="

Anonymous said... [Reply to comment]

terima kasih cikgu.dahlia
sye hargai sgt dngan tip yg cikgu bagi
:))

Anonymous said... [Reply to comment]

MACAM MANA HENDAK MENJAB SOALAN PMR TETAPI GELISAH DENGAN RESAH????

kamil gougeous said... [Reply to comment]

MACAM MANE CARA2 MENJAWAB PMR

Post a Comment

Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

My Shoppe =)

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais