Last few days memang aku tersangat busy dan keadaan dekat sekolah juga memenatkan aku. Semuanya gara-gara pulun buat Pecutan Akhir untuk membantu Calon PMR 2010 sekolah aku untuk menjawab Kertas Sains pada hari Khamis 7 Oktober nanti. . Ingat lagi, masa kelas terakhir bersama diorang, macam-macam diluahkan, sampaikan tak tahu aku dari mana nak selidik punca, adakah kerana mereka terlalu di”spoon feeding” ataupun mereka yang sememangnya degil dan malas. Tak perlu nak salahkan sesiapa dah..Harapnya pengalaman setahun jagung aku dan juga perkongsian aku diguna pakai sebaiknya semasa menjawab soalan nanti untuk memastikan mereka mendapat sekurang-kurangnya keputusan LULUS dalam Sains PMR 2010. Aminnn..
Tips yang aku ajar untuk diorang selama dua minggu ni hanya cara bagaimana nak skor dan menjawab soalan dengan tepat. Aku fokuskan diorang untuk menjawab soalan 1,7, dan 8 iaitu soalan yang menguji Kemahiran Proses Sains (KPS) sebab kalau soalan 2,3,4,5,6 tu banyak ke arah pengetahuan, pemahaman dan aplikasi. Kalau mereka study betul-betul, dan skor soalan 1,7, 8 (26markah) campur dengan Objektif, LULUS tu InsyaALLAH. Alhamdulillah, selepas dua minggu, nampak mereka semakin boleh menjawab dengan baik, daripada kosong, dah berisi ruang jawapan. Untuk calon PMR, Tips untuk Jawab Soalan 8 Sains seperti berikut: {maybe cikgu korang lebih berpengalaman untuk berkongsi :D}
Teknik/ Tips / Petua Menjawab Sains PMR Kertas 2 (Soalan 8)
hanya berdasarkan pengalaman memeriksa yang hanya beberapa tahun jagung
-------------------------------------------------
Biasakan baca soalan dan gariskan / highlight apa soalan tu nak.
Difference : Pastikan sebut perbezaan untuk kedua gambar, bukan salah satu. Gunakan Comparative Adjectives
Inference : tulis jawapan mengikut konsep dibawah. Jangan buat rumusan umum! Mesti berdasarkan apa yang dikaji/gambar yang diberi.
(1) Akibat – Sebab @ Difference – Because
(2) r-v depends on/influence by/affected by m-v
Hypothesis / Relationship : As the m-v increases, the r-v trends
trends= increase or decrease, biasakan tengok/refer pada graf.
Draw Graph / Bar Chart : Baca soalan betul-betul apa yang nak.
Graf –> plot mesti betul (pangkah), dan point disambungkan dengan lurus.
Carta Bar –> tidak rapat! Mesti saiz sama!
Variables : Manipulated (m-v), Responding (r-v), Constant (c-v)
(1) Tengok pada graf – Paksi-x m-v, paksi-y r-v , atau
(2) Tengok jadual – Yang biasanya data suruh isi dr baca alat itu R-v, yang dah disediakan m-v, atau
(3) Baca pada soalan & rajah.
C-v : Rujuk rajah, apa yang sama dan tetap sepanjang eksperimen. Jangan letakkan alat radas/bahan sebagai C-v! Nyatakan apa ciri yang ada padanya, saiz, jenis, isipadu, warna, dll.
Operational Definition: yang ni memang kadang fikir tak logik, tapi so far, jawapan lebih kepada nyatakan r-v itu, tapi dengan ayat yang betul. So, kalo sesiapa yang tak dapat nak berfikir secara operasi tu, WAJIB tulis jawapan seperti berikut untuk mendapat markah:
“what to define” is the “r-v”
“apa soalan suruh define” adalah “responding variable korang”
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Sepanjang dua minggu masuk kelas Tingkatan 3, memang sangat memenatkan aku sebabnya satu slot ialah dua jam. Kalau hari Rabu, lagi meriah! Memang non stop, 9.00 pagi dengan kelas Tingkatan 1, 9.40 – T3, 12.00 – T4, 1.00 – T5, biarpun ada relief, aku cuba juga untuk masuk. So, standardnya selama beberapa hari lepas, aku balik je rumah, mesti terlelap petang2, memang takde mood nak bukak lappy, tahu2 malam tido awal. Ni sekarang ni baru la boleh nak mengadap blog balik dan mengarut sesuka hati aku di sini. Lepas ni nak fokus untuk SPM dan Final Exam budak aku yang lain pulak. Masa untuk drill mereka betul2. So, nanti naik tahun depan, tak perlu nak ulang balik. Science Form 1 aku sekarang pun, silibus dah abis, masa untuk asah bebetul, so tak perlu nak ulang setiap tahun perkara sama.
Peperiksaan Percubaan SPM 2010 untuk semua calon SPM 2010 Negeri Pahang baru je tamat hari ni untuk sekolah aku. Kertas terakhir tadi Prinsip Perakaunan. Subjek aku ajar untuk SPM ni, Matematik Tambahan..dah siap pun aku tanda semua kertas student aku. Result? Hampir mengeluarkan air mata tatkala memeriksa kertas diorang. Memang rasa sedih dan sebak, tak pernah terjadi pada aku sebelum ni berperasaan sebegini. Entah macam mana nanti diorang masa peperiksaan SPM 2010 yang sebenar bermula 23 November 2010 ni?



18 komen:
GOOD LUCK UTK ADIK2 YG AMIK PMR
sains aku dulu dapat A, tak tahu macam mana boleh dapat.. heheh
tips menarik!
alangkah bagusnya dapat tips ni masa jawab PMR dulu hehe. adik aku ambik PMR tahun ni..harap2nya dia akan ingat semua formula n tips menjawab
Mendoakan kejayaan bagi semua calun PMR dan SPM.
ku memahami kepenatanmu..
hahahaha
terima kasih :D cikgu saya ada juga bagi ni.
fuyoo .. baguss ar tips nieyy .
shukran cikgu...saya akan gunakan tips ini dengan sebaik yang mungkin...insyaallah
shukran cikgu...saya akan gunakan tips ini dengan sebaik yang mungkin....insyaallah
thx 4 ur tips....
mmg camtu ka untuk operational definiton?? gerenti dpt markah??
Dcikgu saya adamasalah pelupa bagai mana saya hendak selesaikan masalah yg saya hadapi sekarang???????
thx for the tips.....ms.Dahlia..hehe...
ty~ 4 the tip ^_^
mizz.dahlia
hehe =,="
terima kasih cikgu.dahlia
sye hargai sgt dngan tip yg cikgu bagi
:))
MACAM MANA HENDAK MENJAB SOALAN PMR TETAPI GELISAH DENGAN RESAH????
MACAM MANE CARA2 MENJAWAB PMR
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...