BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Home » , , , , , , , , , , , , , , , » Kisah Hidup, Kejayaan, dan Cinta Sosilawati Lawiya

Kisah Hidup, Kejayaan, dan Cinta Sosilawati Lawiya

Share

Sebagai individu, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, bertuah kerana dianugerahkan Ilahi harta melimpah ruah hasil usaha kerasnya dalam bidang perniagaan, terutama kosmetik, selama ini. Bagaimanapun, adakah kekayaan wanita yang dipercayai dibunuh kejam itu sudah membahagiakannya atau beliau masih memburu kebahagiaan lain dalam hidupnya yang penuh warna-warni?

 

Wartawan Metro Ahad, NORIAH IDRIS yang mengenali dan antara teman rapatnya sejak 16 tahun lalu, mempunyai bingkisan istimewa mengenai kisah hidup jutawan berhati waja itu. “SATU hari ketika saya bermalam di rumahnya, dia pernah meluahkan rasa yang sangat meruntun hati saya sebagai sahabat dan wanita.”

 0912bmtop

Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya pernah berkata:

Aku ada segala-galanya... (harta). Apa yang aku inginkan semua Tuhan bagi kecuali satu, iaitu kasih sayang. Aku tak pernah mengharapkan harta daripada mereka sebab aku sudah ada. Yang aku inginkan hanya kasih sayang.”

 

 

Sebenarnya, susah mencari lelaki yang benar-benar ikhlas menyayangi diri ini. Kalaulah aku dapat, pasti aku hidup bahagia. Lebih baik kita hidup sendiri daripada terus dikhianati.” Banyak kegembiraan dan kedukaan di sebalik tabir hidupnya tersingkap antara kami sehingga kepada hal peribadi. Namun hebatnya wanita bernama Sosilawati (Wati) ini, dia tidak pernah mempamerkan kepada khalayak akan kepedihan hatinya, misalnya duka perceraiannya dengan Bukhari Mohamad yang juga bapa kepada enam anaknya, sebagai batu penghalang kejayaannya.

 

Melihat kegigihannya bekerja dan sikapnya cepat mesra dengan sesiapa saja, terdetik di hati bahawa wawasan anak penoreh getah dari Kampung Sri Medan, Batu Pahat, Johor ini untuk melebarkan empayar perniagaan kerana dia terkenal sebagai gigih, degil, fokus dengan apa dilakukan serta bijak mengetepikan antara masalah peribadi dengan kerjaya, pasti tercapai. Bercerita pengalamannya ketika premisnya di Jalan Raja Bot, dia pernah dihalau dan dengan titisan air mata, dia keluar dari pejabat berkenaan tetapi azam kuat disemat di dada bahawa dia akan buktikan sesuatu keajaiban akan berlaku.

 

Teringat kata-katanya bahawa dia perlu bekerja keras demi mempertaruhkan seluruh hidupnya dalam perniagaan selepas rumah tangga yang dibina lebih 10 tahun sebagai isteri kedua gagal. Ketika perniagaan beralih ke Diamond Square, Jalan Gombak, dia mendapat khabar bangunan kedai di Jalan Raja Bot bakal dilelong dan dia terus meminta penasihat kewangannya sebelum membuat permohonan untuk ‘mendapatkannya’ dan ternyata nasib menyebelahinya apabila dia membeli bangunan kedai itu dengan ‘bermaruah’.

 

daughters

Biarpun berpendidikan SPM, kesedaran terhadap pentingnya pelajaran sering menjadi pertaruhan buat anak dan sekali gus mewariskan perniagaan itu buat mereka. Justeru, tidak hairan apabila dia membuat keputusan menghantar tiga anak perempuannya iaitu Erni Dekritawati Yuliana (Rita), 25, Erni Erinawati Sofia (Rina), 21, dan Erni Reenilawati (Reeni), 19, ke United Kingdom untuk mempelajari bidang yang menjadi aspirasi impian masing-masing. Manakala Erwan Suwari Ridzuan, 24 dan Erwan Nasri, 23, banyak membantu urusan perniagaan ibunya manakala si bongsu, Siti Nur Fatimah, 13, masih menuntut dalam tingkatan satu di sebuah sekolah antarabangsa.

 

Sepanjang ketiadaan anaknya, saya bersama beberapa lagi rakan rapatnya yang lain banyak menemaninya demi mengelak kesunyian. Dia sebenarnya tabah menghadapi apa juga situasi dan terkenal sebagai insan yang kental semangatnya. Setiap tahun dia terbang ke London bagi meninjau keadaan anak dengan membawa tiga lagi anaknya untuk memastikan segala-galanya berjalan lancar dan untuk teman, dia tidak pernah melupakan buah tangan, bahkan sering mengajak menemaninya bercuti.

 

Derita perkahwinan bagi Wati tidak lama kerana dia sering dikelilingi lelaki yang sering mengintip hatinya. Antara kebahagiaan yang pernah terakam dalam hidupnya dan pernah berbahagia rasa itu adalah mengenai rahsia cinta yang paling dalam terhadap vokalis rock kumpulan Lefthanded, Jamaluddin Elias (Nash). Setiap kali bercerita mengenai lelaki yang bertakhta di hatinya itu, matanya sentiasa bersinar dan nama hebat itu tidak lekang daripada bibir apabila saya dapat menghidu bibit cintanya selepas dia mengerjakan umrah pada 2006 dan memberitahu pada tahun itu juga akan berkahwin. Lalu perkahwinan paling berprestij dilangsungkan dalam tiga majlis resepsi dengan perbelanjaan hampir menelan lebih RM300,000.

 

 nash-sosilawati-bercerai2

 

Namun kebahagiaan dikecapi tidak panjang kerana di awal perkahwinan, beliau dapat menghidu sesuatu yang menyedihkan berlaku. Hampir dua minggu saya menyimpan rahsianya apabila dia sudah pun meminta peguam syarie, Datuk Zaidi Mohd Zain untuk memfail kes cerai. Apabila segala-galanya terbongkar dan putuslah kasih antara mereka, cerita perceraiannya menjadi tatapan umum dan semua itu menjadi bahan luahan rasanya apabila kami berbual. Lepas satu-satu kontroversi melanda diri wanita bertaraf jutawan ini, namun sesuatu yang mengagumkan mengenainya, dia memang seorang yang tabah.

 

Seperkara lagi yang sering menjadi ingatan, apabila tidak lalu makan dan ke rumahnya, perkara pertama yang dilakukan adalah terus menuju ke dapur. Di atas meja sedia terhidang makanan buat rakan rapat atau sesiapa saja kerana dia terkenal hebat di dapur. Kalau saya ada masalah dan tidak mahu makan, dia akan menyuapnya ke mulut dan memaksa kita untuk terus mengunyahnya selayak ibu memaksa si anak makan. Sempat juga bergurau dengannya, selalu kami katakan kalau hendak ‘diet’ jangan datang ke rumah Wati dan dia akan tergelak besar.

 4979126404_f0b1b55411

 

Pernah dalam gurauannya dia berkata, bila ‘banglonya’ bakal dibina di Cyberjaya siap kelak, dia meminta ‘menjaga’ banglo di Taman Harmonis, Gombak apabila dia dan anak sudah ke sana. Pernah juga dia menunjukkan pelan banglo baru yang dianggar bernilai RM5 juta siap kelak, dia sudah menyiapkan bilik khusus buat rakan baiknya.

 

Mengenali Wati sebenarnya, hidup wanita itu ditabiri warna yang beraneka. Apabila sekali lagi kisah hidupnya tersingkap berikutan kes tangkap khalwat pada malam tahun baru 2010 bersama pasangannya oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tetapi dinafikannya bahawa beliau sudah bernikah dengan lelaki berkenaan. Saya yang tahu perancangan pernikahannya seawal November hanya tersenyum dengan spekulasi itu.

 4984779187_a221c5d325

 

Kenangan terindah yang tidak mungkin saya lupa sampai bila-bila adalah berpeluang mengerjakan umrah pada April 2008 bersama dia yang tujuh kali melakukan ibadat itu, selain ditemani saudara-maranya, stokis dan kenalan yang rapat dengannya. Ketika kunjungan ke Makkah waktu itu, dia membawa adik perempuan tiri dan ibu tirinya. Di situlah saya mengenali hati budi pemandu peribadinya Kamaruddin Shansuddin (Kamal), 44, dan Noorhisham Mohammad, 38 (pegawai bank CIMB) yang dipercayai turut dibunuh serta isteri Noorhisham, Suzana Radin Pangat.

 

Hubungan kami sangat akrab dan ketika Sosilawati, Kamal, Norhisham dan peguam, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, diberitakan hilang dan dibunuh kejam, hati ini menangis pedih kerana sudah tiada lagi teman tempat menyandarkan serta berkongsi rasa.”

Sumber :http://www.hmetro.com.my/articles/Sosilawatimencarikasih/Article/

 

p/s: ….pun ada segalanya kecuali Cinta?

26 komen:

darkbatman said... [Reply to comment]

ak tumpang doa jela beb..moga2 rohnya mangsa tenang di sana.

INTANKUTERPILIH said... [Reply to comment]

sedih sgt baca kesah sosilawati...kesian kan..setiap yang berlaku ada hikmahnya...

dahlia, cinta tak dtg dgn sendiri, kite kene usaha untuk mencari..

Anif® said... [Reply to comment]

Sangat tragis kematiannya.. Al Fatihah.

Lagenda said... [Reply to comment]

Setiap manusia akan sentiasa merasa x lengkap dgn apa yg dia ada..
Allah tu Maha Kaya dan Adil kan?
DIA beri arwah harta tp arwah kekurangkan cinta
tp kita ada cinta tp masih mengejar harta dunia
Masing2 ada habuan masing
Sgtlah bertuah sesorang insan itu jika dia mempunyai ke 2-2 nya sekali!!

Razis said... [Reply to comment]

kisah yang boleh dijadikan inspirasi dan tauladan.

Nur -al- Ain said... [Reply to comment]

sedihh, kaya pun tak menjamin kebahagiaan, tapi takde duit pun tak menjamin kebahagiaan jugak kan..skang sume pun duit, duit la punce masalah skang ni..

Ana Johari said... [Reply to comment]

sedihnya kisah dia kan,,semoga Allah mcucuri rahmat ke ats roh dia,,n smoga dia tenang kt alam sana.

stiap yg tjadi msti ada hikmahnya,,yg bsalah akn dapat pmbalasn yg stimpal dgn pbuatn kejam tu.

aNiS tHe BumbleBee said... [Reply to comment]

sedihnya....tp itulah..setiap manusia ada dapat segala2nya kan..kalau harta ada,kurang kasih sayang pula..syukurlah dengan apa yg ada pada kita..

toyolkiut said... [Reply to comment]

bahagia xdpt dibeli dngn harta..

aeinio said... [Reply to comment]

sedih baca cerita ni..

Liza said... [Reply to comment]

such a sad ending to her life story, Al-Fatihah

m2g said... [Reply to comment]

memang kita patut kagum dengan kegigihan dia ni dan sewajarnya menjadi idola kepada para usahawanita.

mengambil iktibar daripadanya bahawa harta dan wang ringgit bukan segala-galanya tetapi satu keperluan. Kasih sayang sejati bukan boleh di jualbeli.

Sama-sama doakan agar rohnya dan rakan-rakannya dicucuri rahmat.

Ciklinn said... [Reply to comment]

kita doakan roh arwah dicucuri rahmat... dan ditemptkan dikalangan orng yg beriman

sis..sihat ker? mesti sibuk banget dgn PMR yer...

Ciklinn said... [Reply to comment]

cikgu nak tanyalah... kenapa ciklinn nyer label tak keluar.. ciklin kena isi semua2 label kat tick label tu ker... erm dia kata mesti lebih 50 character.. tak paham lah... huhuuh TQ cikgu

Norasikin said... [Reply to comment]

Dah macam artis dah dia ni. Habis semua maklumat nak selongkar

relevan said... [Reply to comment]

Al Fatihah..semoga beliau aman di Sana..

aliesha kirana said... [Reply to comment]

sedih baca kisah hidup die..sob..sobbbb~

hafizmd said... [Reply to comment]

Moge arwah ditempatkan dikalangan hambanya yg mendapat rahmat Allah jua...ameen

p/s - terima kasih cikgu..kongsi cerita ni

ProfHariz said... [Reply to comment]

Al-Fatihah.. Semoga dia berbahagia di sana

New Entry ProfHariz
Gambar Artis Jambu Di Malaysia

shark said... [Reply to comment]

sememangnyer seorang tokokh yg berjaya
tp sayang...

velasrizal said... [Reply to comment]

mmg blh jd contoh dia ni kan..

Lirik Lagu KRU - Kita Bersaudara (OST Magika)

YanTie AhMad said... [Reply to comment]

tuhan itu maha adil..di curah kan dengan ke mewahan...di uji dengan kasih sayang..
mudah2an awrah di tempatkan dengan org2 yg beriman..Amin..

zulkbo said... [Reply to comment]

Salam bertandang lagi..
moga sihat selalu orang
di sini..di berkati Allah
jua hendaknya..moga arwah
tenang di sana...

nur said... [Reply to comment]

hidupnya takat tu je.. dah tersurat

ALL IN ONE

Anonymous said... [Reply to comment]

al-fatihah buat allahyarham datuk sosilawati,semoga rohnya dicucuri rahmat dan bagi mereka yang berhati binatang yang terlibat dalam pembunuhan tersebut,tali gantung pasti menanti.

Anonymous said... [Reply to comment]

al- fatihah,
kagum dengan pengalaman hidup arwah datuk.
beliau seorang yang hebat dan gigih berusaha.
beliau seharusnya dijadikan ikon yang terbaik bagi kita semua,
macamana dia berusaha untuk menjadi sekaya ini, fantastic, what a journey!

hukuman setimpal mesti dijatuhkan kepada mereka yg terlibat dalam kes ni,
suka2 korg je nak bunuh orang dah kenapa?
apa ko rase kalau orang bakar mak kau macam tu?? bunuh macam tu? apa korg rasa,
bukan manusia korg ni, binatang lagi mulia.

Post a Comment

Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais