4 cedera akibat lif pangsapuri terhempas
Pagi ni masa dalam parjalanan ke sekolah tadi, terdengar berita terkini dalam Hot Fm, pasal lif terhempas yang berlaku di sebuah pangsapuri di Petaling Jaya.. Bangunan pangsapuri berkenaan dikatakan seakan bergegar seperti gempa bumi tetapi rupa-rupanya lif terhempas dari tingkat 6 ke bawah. Terkejut aku dengar! Tak dapat dibayangkan betapa cemasnya semasa kejadian. Menurut Faizal & Fara Fauzana, seorang mangsa, yang juga seorang guru dikhuatiri akan lumpuh seluruh hidupnya.
Ni berita selanjutnya yang aku ambil dari UTUSAN Online.
Oleh ASSIM HASSAN
kota@utusan.com.myPETALING JAYA 30 Sept. - Sepasang suami isteri dan dua pelajar mengalami detik-detik mencemaskan apabila lif yang mereka naiki rosak dan tiba-tiba terhempas ke bawah dari tingkat enam, Blok A, Pangsapuri Impian Baiduri, di sini hari ini.
Berikutan kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, Rahim Yunus, 30-an mengalami patah ibu jari kaki kanannya manakala isterinya, Zarinah Jaafar, 30-an, seorang guru cedera di pinggang dan siku kiri.
Dua lagi pelajar iaitu S. Kugahan, 14, patah kaki kanan manakala Azizah Ermonchatib, 13, cedera di bahagian punggung. Kesemua mangsa dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini.
Rahim yang ditemui di PPUM memberitahu, kejadian berlaku semasa dia dan Zarinah ingin ke tingkat 10 untuk mengambil anaknya yang dijaga oleh seorang pengasuh.
Katanya, turut sama menaiki lif berkenaan ialah Azizah dan Kugahan yang baru pulang dari sekolah.
"Saya, isteri dan Azizah ingin ke tingkat 10 manakala Kugahan di tingkat lima. Namun, lif tidak berhenti pada aras lima hingga menyebabkan Kugahan menekan berulang kali nombor lima agar lif itu berhenti.
"Bagaimanapun tiba-tiba lif itu rosak dan terputus bekalan elektrik di tingkat enam lalu terhempas," katanya sambil memberitahu kejadian tersebut berlaku begitu pantas.
Pengerusi Persatuan Penduduk pangsapuri berkenaan, Thambi Chik Hassan berkata, dia kesal kerana pihak pengurusan pangsapuri itu tidak menyenggara dengan baik lif di kawasan tersebut.
Katanya, mujurlah kejadian itu tidak meragut nyawa penduduk di pangsapuri berkenaan.
"Setiap bulan penduduk membuat bayaran penyenggaraan antara RM45 dan RM50 sebulan, namun pihak pengurusan gagal memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk.
"Sebelum ini pun memang hanya dua lif yang dapat digunakan walaupun terdapat tiga lif di pangsapuri itu.
"Kini penduduk akan mengalami kesusahan apabila satu lif sahaja yang boleh digunakan penduduk," katanya lagi.
Sementara itu, Penyelia Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Seksyen 7, di sini, Seman Awang berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada pukul 2.17 petang.
Katanya, sebaik sahaja tiba, tiga daripada mangsa telah dikeluarkan oleh pekerja penyenggaraan sebelum kesemua mereka dibawa ke PPUM untuk menerima rawatan.
Sumber : UTUSAN
Bila ada kes gini, rasa bertambah takut nak menggunakan lif, nampaknya lebih ramai akan menggunakan tangga selepas ni..Baik untuk jantung! Tapi kalo bangunan berbelas tingkat, berpuluh tingkat, mahu kurus kering naik tangga kan :D
Tajuk Hot Chat HotFM hari ni ialah pengalaman dalam lif. Faizal pun ada share pengalaman dia terperangkap dalam lif, bersama seorang perempuan….hah fikir apa? dan juga pasangan perempuan tu..Boleh lak dalam kegelapan tu perempuan tu tanya “Are we going to die?”.. Pengalaman aku sendiri terkandas dalam lif memang takde, tapi zaman kenakalan waktu sekolah dulu, pernah melepak bersama rakan-rakan di Kuantan Parade, kami tekan loceng dalam lif tu, memain..then kena sergah dengan security situ..hikhik…Korang? apa pengalaman korang? Ada jumpa hantu dalam lif ke??



1 komen:
aisshh..menakutkan je dengar pengalaman dlm lif...
actually dolu2 takut gak duk dlm lif sebab fikir mcm2..hehehe
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...