Assalamualaikum..
comel pulak pakcik aku ni letak dalam kotak…
Modem broadband Celcom aku yang hilang masa aku bercuti di rumah pakcik kat Penang 15 Sept 2010 dulu, dah sampai kembali ke tangan aku hari ni. Selama kehilangan, memang aku rasa agak tak best la sebab nak online di sekolah sangat terhad. Broadband ni untuk aku guna bila keluar rumah, rumah da ada Wifi Streamyx.
Selama ni aku hanya tumpang Wifi PPD itupun line sangat2 limited. Takpun, aku pinjam Berukbeng Cikgu Tie ataupun kalau dah nazak sangat, guna di Makmal Komputer, tumpang SchoolNet. Oh ya, cakap pasal SchoolNet, tadi Technician aku dapat sms yang Kontrak SchoolNet akan berakhir hujung tahun ni. Adakah selepas ini, akan tiada SchoolNet di sekolah? Lupa nak diskusi tadi.
Disebabkan selama ini aku tidak langsung mendapat khabar Celcom Broadband aku tu selama 15hari, 1 Oktober 2010 lepas, aku melawat ke Celcom Centre untuk replace broadband aku ni. Yang bestnya mereka di situ semua cepat bertindak dan mesra, tak buat aku blur2 yang memang 1st time melawat Centre tu. Aku cakap Modem + Simkad Broadband aku hilang..dia propose tutup yang akaun sedia ada, apply baru yang siap modem FREE. Menarik! Tapi sebabnya Pakej Broadband aku ni Pakej Kerajaan, RM50 sebulan dengan 1Mbps, kontrak adalah selama 2tahun. So, nak taknak aku kena terus stay, ataupun bayar around 400-600 kalo nak stop. Tak kuasa ahkakk!
Simkad Celcom yang replace..Nasib baik FREE, tapi kena bayar RM100 dulu?
So, at last, he forward me to the counter untuk replace simkad lost. Modem nanti kena beli sendiri jawabnya. Sis kat kaunter tu lak, dia tengah2 arrange aku punyer application untuk new simkad, terkantoi tak bayar bil RM100 lagi. Dia suruh aku bayar dulu, kalau tidak dia tak bagi simkad. Rupanya, CELCOM ni dia menyenangkan user, boleh bayar dekat mesin dia sendiri, very user friendly. Jakun gak aku masa tu, seb bek intai2 orang buat kiri kanan.
So, last2 dapatlah aku simkad tu, tanpa apa2 bayaran. Ingatkan replacement simkad kena bayar. Anyway, Good Service untuk Celcom Centre Kuantan kat Kamdar. Thumbs up for you!
Balik dari situ, aku gi ronda ECM untuk cari Modem, ada offer RM100, tapi rasanya masih belum keperluan sangat, dan masih percaya pasti dapat balik modem Vodafone kesayangan aku ni, yang siap dengan keychain comel, hadiah dari Kak Zah, SUPep sekolah aku.
Rupanya memang betul, bila benda tu kita dapat dengan cara dan rezeki yang betul, pasti akan kembali pada kita. Usaha, doa, dan tawakal tu penting. Lepas ni, nampaknya aku kena jaga bebetul la, tak sanggup hilang sekali lagi..bukan murah tu RM100 seketoi…So, lepas ni, Cikgu Tie, Cik Ermie takkan pinjam Broadband kamu dah…dah ada Broadband sendiri dahhh :D
p/s: cam kelakar pulak aku rasa entry aku ni…xde motif..diari je



15 komen:
hehehe guna celcom?samela but kalau kat bandar mmg power...kat kg jer...erkk celcom x jalan
lebat betuL... kat umah stimik wifi...
traveL blasah berukBeng pLok.. ganah2...
Dah nama pun Dahlia's Journal. Mesti la kena ada entry 'diari', bukan sekadar berita semata. Tak gitu, Cikgu? :)
wahhh sis, nnt leh bw dimana jua la
Hehe. .diary pun ada org baca kak. .
Hahah xpe2.. Apa salahnya tatapkan entri diari.. Lepas nie jaga leklok la berokband tuh... Kang x dapat dah :P
tahniah dah dapat balik...pos laju kat sabah tak laju macam tempat dahlia
tu sama ngan saya..pakej gomen...tapi sudah berganti 2 kali..huhu..sekali patah..ganas betul..sekali dirampok org..sim ganti bayar 5 hinggit aje..tapi modem..kene beli baru..aduyai..last2 tgk dlm mudah.com..ade org nak jual..murah jugak..skrg..tanpa batasan masa dan tempat..boleh bertenet..hehe
DJ dah lama tak buat entri personel yang santai..tu yang jadi kelakar tu..hehehe..
bagusla...nyawa tu..kalau xde xleh dok kan huhu
Salam.. Suka baca blog Dahlia.. Macam2 kisah ada.. Keep it up!.. Lepas ni jaga baik2 broadband tu ye...
p/s: Kak Nur tak sempat berinternet di sek.. cuma di rumah je..
ouh..ada motif ni DJ
nasihat kpd readers supaya jgn cuai
hehe :D
tahniah dpt baru..hehehe..btol2, kalo dpt dgn rezeki yg halal, sure kekal lama..
bagus..
i pun pakai celcom..
tp simkad tgh rosak ni..
tak tahu bila nak replace.
takde masa.
nasib baik kat umah ada WiFi streamyx!
Macamana speed puas hati tak cikgu. Saya pakai Celcom broadband ketika balik kampung atau Streamyx offline tapi area saya line tak stabil
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...