BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Home » , , » Pengalaman Menguruskan PMR

Pengalaman Menguruskan PMR

Share

Terdetik di hati nak berkongsi pengalaman menguruskan calon peperiksaan PMR selepas terbaca entry Chekgu Naman : Mengawas atau Mengajar PMR. Dengan 2 senario calon semasa menjawab, bila membaca membuatkan aku tersenyum. Macam tu lah calon PMR sekolahku. :D

Aku sememangnya tak pernah lagi ada pengalaman mengawas PMR, sebabnya yang dipilih untuk mengawas PMR ialah yang tidak berkepentingan di sekolah, maksudnya hanya mengajar kelas tingkatan 3 sahaja, sedangkan aku? Memang mesti menyelit mengajar kelas lain gak. Tahun lepas, dapatlah aku cari pengalaman dan duit extra mengawas SPM tapi tahun ni aku resign, tak sanggup aku melawan mental dan emosi aku mengawas selama berjam. Oh tidak!! Walaupun bayaran lumayan sekalipun, ai tak sanggup! Bukan boleh update blog time mengawas tau!

 

Lebih sayangkan rambut daripada menduduki PMR

Tahun lepas, aku Penyelaras Peperiksaan Tingkatan 3, so, akulah yang menguruskan Calon PMR 2009 masa tu membantu SU Peperiksaan. Tahun lepas, kena pulak pada Hari Kedua, ada seorang calon ni, datang untuk ambil peperiksaan, rambut panjang tajam2 macam Son Goku...kuku panjang macam dracula...memang ngeri, seb bek muka hensem...

Disebabkan rupanya yang sangat mengerikan tu, kami hanya nak gunting rambut, dan suruh potong kuku supaya boleh masuk dewan utk periksa...walhal boleh je masuk kan? tapi sebab disiplin dan kekemasan tu penting lagipun malu la gak dengan pengawas yang datang sekolah kami. dia ni budak yang memang  lama tak datang sekolah, alih2 datang nak amek peksa pada hari ke2 PMR 2009....dia rela simpan dr dipotong, then dia boleh terus balik ke rumah macam tu je.

Terpaksa lak aku, kaunselor, dan guru bertugas ke rumah dia untuk menerangkan kepada ibubapa dia, sebab mana tau, kang lain pulak cerita disampaikan.

 

Mandi wajib = Mandi dua kali sehari?

Ni kisah yang tahun ni punyer paper Pendidikan Islam kalau tak silap aku. Pengawas yang datang mengawas sekolah aku bercerita pada cikgu sekolah aku, dan aku pun mendapatlah cerita ni. Ada ke patut Mandi Wajib ialah mandi dua kali sehari? Ni laaa akibatnya kalo datang sekolah taknak, dan bila ustaz/ustazah ajar kat depan tak nak dengar.

Ingat lagi, tahun lepas, masa mengawas pelajar kelas terakhir untuk Ujian Bulanan, kertas Agama Islam, kertas jawapan diorang memang kosong, hanya salin jawapan balik. Disebabkan diorang memang tak boleh nak jawab, aku pulak yang berbincang jawapan dengan mereka. Ops, aku bukan memberi jawapan, hanya suruh mereka berfikir dan sedar bahawa mereka mampu menjawab, bukannya terlalu bodoh untuk menjawab. Tapi rata-rata nampak kalo kelas hujung ni, jenis tak faham bahasa..tak tahu apa yang dikehendaki…sebab tu laaa tak tahu apa salah, apa yang betul.

 

p/s: PMR dah nak mansuh, kurang sumber rezeki …hukhuk

5 komen:

LiFe KaMi said... [Reply to comment]

macam2 perangai anak murid sekarang..
kami faham perasaan cikgu sebab salah sorang kami pun cikgu..
berkhidmat utk negara..:)

suffer8zine said... [Reply to comment]

alahai mcm2 karenah kan. pape pon semoga terus suksess jadi guru ni

Ishak said... [Reply to comment]

macam2 gelagat budak nak amik pmr nie. nasib baiklah dari pengalaman saya jaga exam budak uitm semuanya ok jer. xdelah sampai tak amik exam semata2 nak control macho. huhu .maybe student uitm nie dah matang dah fikir masa depan kot :)

shark said... [Reply to comment]

hahaha
mmg bnyak pnglaman tim3 exam ni...
x leh tahan mandi wajib 2x tue

Anonymous said... [Reply to comment]

tahun ni first time kena jaga spm lps 9 thn mengajar...bukan tak nak menjaga tapi masa cuti pnjg aje la saya boleh balik kg jengok orang tua .saya ngajr tganu.famili org johor jd mmg balik masa cuti sklh aje...kalau pmr tu tak kisah la sgt..dah sklh la ni meeting biasanye awal seminggu sblm buka sklh....kasihan mak abah yg tinggal berdua je, anak2 semua jauh....tapi nak wat camne dah tugas kena teruskan...

Post a Comment

Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais