Zalim! Itu sahaja yang mampu aku keluarkan tatkala melihat gambar-gambar kematian seorang penyokong Kelantan, Allahyarham Che Karma Sulaiman yang dikatakan meninggal dunia akibat sesak nafas seperti dilaporkan media. Aku tak pasti kesahihan cerita ni, tapi kalau dah ada insan yang mengaku sendiri perkara ni, kenapa laporan di media bercanggah? Ataupun sebenarnya ada dua kematian pada waktu tersebut?
Aku bukan menyokong ataupun nak menyalahkan mana-mana pihak. Aku sendiri memang asal usul Kelantan, IC pun 03, tapi nak kata aku sokong semua yang Kelantan buat, tidak! Dan aku lebih suka cakap aku orang Kuantan, tapi bukan orang Pahang..Apa kes?
Cuma dalam apa2 hal, keadilan tu yang perlu dipertahankan. Jangan hanya kerana penyokong Kelantan ni fanatik dan kerana insiden yang pernah berlaku sebelum ni, penyokong Kelantan masih lagi dipandang rendah dan keji. Kalau betul salah, aku memang tetap akan persalahkan, tapi dah kalo ada sendiri buat statement pengakuan gini, lepas tu mula nak ubah statement, macam mana? Korang baca sendiri statement seorang penyokong Selangor dalam Facebook beliau bawah ni. Baca sebagai seorang manusia yang waras ya.
Kita kutuk Pembunuh Sosilawati & Rakan2, sampaikan kata macam-macam hingga kuar ayat berunsur perkauman, tapi kita sendiri tanpa sedar sanggup membunuh antara kaum , dalam agama sendiri, hanya kerana ni? Mangsa pun ada keluarga yang menunggu kepulangan beliau. Tak sangka betul aku, hanya kerana fanatik, dan dendam, sanggup buat macam ni? Memang aku tak nafikan, semangat kenegerian Kelantan ni kuat, macam mana Terengganu, tapi perlu ke sampai berbunuhan? Then cakap “memang patut pon kau mati” . Bukan zalim namanya tu? Apa hak kita sebagai manusia untuk mengambil nyawa manusia lain?
Bila aku tengok gambar-gambar bawah ni masa BW ke beberapa buah blog, aku jadi sedih. Entah apa lah yang berlaku sebenarnya, aku tak pasti, dan aku takkan komen lebih-lebih sebab aku tidak berada di tempat kejadian masa tu. Aku hanya komen berdasarkan gambar, Video dan maklumat yang aku dapat.
Dalam gambar ni dilihat, pihak di sebelah kiri sedang bertindak agak kasar dan RELA memberi amaran. Cuba tengok dalam Video di bawah pulak:
Untuk maklumat lanjut, korang boleh refer link bawah ni.
Green Carpet; Masih Hidup atau Mati?
Gadis Mawar Hitam; Fan Kelantan Meninggal
Ammboi : Nasib Kelantan …Lagi-lagi dipersalahkan
Aku bukan nak mempengaruhi sesiapa, yang salah aku tetap akan kata salah. Aku tak suka kalau kebenaran disorok daripada umum. Dan kepada semua, ubahlah perangai jadi baik, tak perlu nak fanatik sangat. Jangan sampai sukan diklasifikasikan sebagai 18SG sudah. Dan beberapa hari lalu, aku ada dengar, untuk Final Piala Malaysia nanti, wanita dan kanak-kanak tidak dibenarkan menonton kut.
p/s: Jom menang Iphone 3G!




18 komen:
ada dua kejadian la tu kot.. yang masuk berita tu lain..
ni la bila fanatik sgt, manusia kalau tak leh kawal perasaan mmg setan masuk dalam badan, fuhhh menakutkan
adoi! bila lah nk maju cmni !
http://ohdaus.blogspot.com/2010/10/pergaduhan-penyokong-selangor-vs.html
pasal bola pun sampai nak gado2.. baik gado pasal berebut2 nak duduk saf depan solat 5 waktu..
www.afiqbukhari.com
Astaghfirullah hal'azim...
sedihnyer boleh jadi sampai macam nie...
kematian yang dizalimi..kena aniaya macam nie..
kenapalah penyokong bola boleh jadi macam nie sekali..
tak rasa takut ker dah bunuh sesama Islam?
apa lagi harga diri yang tinggal kalau tengok bola pon boleh belasah orang sampai mati?
orang yang dah belasah tue, macam mana nak mintak ampun dengan orang yang dah mati?
sendiri tanggung.
ish..takutnya..nape laa sampai cmtu skli ek..haduss..tgk la bola elok2..jgn laaa smpai cmni..gaduh sbb bola apa pekdahnye kt dorg...haduss..hancur~~
erk..sgt menakutkan..apela nak jadi skrgnie...
ye la..tak boleh tgok versi sebelah pihak je..ksue lagi la..lahir selangor..duduk kelantan, kaum kerabat smua kelantan..nak sokong mana? baik dok diam2..yg salah tetap salah tak kira negeri mana..betul tak dahlia
sebab bola sebijik, boleh jadi berbunuh2 han. patotlah ramai orang tamo gi tgk bola :p
kerana sebijik bola,manusia jadi singkat akal sanggup berbuh2an .. mane letak otak depa ??
sy rasa,ni kes pukul le ... hurmm...
kantoi suda...mmg nhs la budak dlm fb ni gyahahaha
entahlah..menggeleng jugak bila tgk situasi ni tak berubah2. sigh....
bebeh, pegi rumah lily tak esok? ko kt kuantan kan?
sepatutnya sukan memupuk perpaduan
bkn pergaduhan
betul x?
hurmm.. maknanya bukan sebab sesak napas la ye. mmm...
huhu...bnci tgk statment mamat tu,mmg berani mati toi
ni lah dia. tak adil. polis pun buat bodoh. media pun buat laporan berat sebelah. nak selamatkan/protect civilians pun dia tengok negeri mana and bawah pentadbiran parti mana. entah apa-apa. tak ada peri kemanusiaan langsung.
sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan lelaki yang mengaku memukul mangsa (Gambar dalam FB) bolehlah sms kepada taipkan POLISSEL 32728 atau menefon ke 03-20529999.Terima kasih.
Salam sis.. Panas2 lagi nih!!... Gambar Penyokong Selangor ditumbuk penyokong Kelantan di Stadium Sultan Muhammad ke 4 semalam!!! Mesti tengok punye gamabr bro!!!
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...