Klik : Video & Gambar kemalangan 10.10.10 Simpang Ampat
Klik : Berita Penuh Kejadian Kemalangan Ngeri 10.10.10 Simpang Ampat
Setakat jam 3.00 petang tadi, dilaporkan dalam Utusan Online bahawa jumlah kematian akibat kemalangan ngeri yang melibatkan dua bas(Bas JKM & Bas Ekspres Delima), tiga kereta dan sebuah van di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka pada 10 Oktober 2010 semalam telah meningkat dari 12 kematian kepada 15 kematian.
12 kematian yang dilaporkan sebelum ini adalah melibatkan mangsa-mangsa yang mati di tempat kejadian manakala 3 lagi mangsa nahas kemalangan , semalam, meninggal dunia hari ini ketika mendapatkan rawatan di hospital. 12 Mangsa yang maut ditempat kejadian terdiri daripada sembilan rakyat tempatan dan tiga warga Myanmar. Nama 12 mangsa yang terbunuh dalam kemalangan ngeri yang menyayat hati semalam ialah:
Pemandu bas ekspres Delima :
1. R Ramachandra, 52, dari Kampung Tengah, Klebang Besar;
Penumpang bas ekspres Delima : -
2. Muhammad Farizuddin Talib, 19, dari Balai Panjang, Malim
3. Azizi Ajis, 19, dari Kampung Japis, Nyalas
4. Norazmi Abdul Karim, 24, dari Kampung Pondok Kempas, Selandar
5. Sharene Sofia Fadzry Tan, 18, dari Semabok Perdana
6. Nur Shafika Baba, 29, dari Pokok Mangga.
Warga Myanmar yang kenderaan yang mereka naiki belum disahkan :
7. Pau Khan Tual, 21;
8. Kam Khaw Tual, 28; dan
9. Cin Thawa Tuang, (umur tidak diketahui)
Pemandu van:
10. Goo Chuan Heng, 34, dari Taman Maju, Batu Pahat;
Warga tempatan yang belum disahkan kenderaan yang dinaiki:
11. Pang Shi Moei dari Taman Segar, Segamat, 57, dan
12. Eng Sok Kuan dari Kuala Lumpur, 52
“Saya melihat ada mayat tanpa kepala dan ada yang putus tangan sebaik turun dari bas selepas kemalangan. Keadaan begitu tragis kerana banyak mayat bergelimpangan,” kata Bohari Saikon, 48, saksi kemalangan ngeri menyebabkan 12 kematian membabitkan dua bas, tiga kereta dan sebuah van di Kilometer 223 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan berhampiran Pedas.
Alfatihah untuk semua mangsa beragama Islam dan Salam Takziah , Dahlia dan semua pembaca Dahlia Journal ucapkan kepada semua keluarga mangsa yang terlibat.



19 komen:
Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi ujian Allah ni..sebak setiap kali baca berita2 tragedi ni..huhuk
thnx cikgu, al fatihah
http://suffer.frenzyfm.my/2010/10/gambar-video-kemalangan-ngeri-101010.html
kita lalu tempat kejadian semalam.stuck 4 jam..menyayat hati sgt...moga roh mereka dicucuri rahmat...ameen~
al-fatihah semoga roh mereka ditempatkan dlm golongan yg briman amin
al fatihah buat yg terkorban...
malang xberbau..tkutnye nk naik bas ni..
al-fatihah~
takziah kepada mereka yang malang itu
kelajuan oleh membunuh... hormatilah had laju kebangsaan... anda mampu mengubahnya
Ucapan takziah & al-fatihah. ;-)
AL-FATIHAH...
huhu
al fatihah... pemandu bas satu lagi tu ok tak? sebab nampak bahagian driver jer yang teruk tu....
astaaghfirullah~~
seramnyeeeeee T___T
sgt sedih baca berita ni, kdg2 kita drive elok2 pun belum tentu selamat
kemalangan ni sepatut jd iktibar kpd semua driver bas dari skrng. Driver bas bukan F1 driver la..berhati2 sikit bwa bas tu sbb bwa ramai penumpang. Sya nak cdng pihak berkuasa akan lebih tegas kpd driver bas / bas ekspress. Kat belakang bas, tulis saja 80/90 km tapi driver bas pecut bas mcm F1 car kat lebuhraya. Mana tak melambung bas bila terbabas. Sepatutnya kunci saja pedal minyak tu jd jangan lebih 70 km. Tekan mcm mana pun, tak akan p lebih dari 70 km. Lagi satu, mana2 syarikat bas yang terbabit dgn incident mcm ni, batalkan saja lesen depa, baru terasa. Saya amat simpati dgn mangsa kemalangan ni. Sya sedekah Al-fatihah kpd yg terkorban. Kpd yg cedera, harap dapat sembuh cepat...
dahsyat sangat2
ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa
sedih...tak terkata dah...takziah dan Al Fatihah...
salam Dahlia
Saya bertandang lagi..
moga tuan blog selalu sihat..
simpati dan takziah buat
keluarga mangsa
saya pon ade kat tempat kejadian nih..
sangat simpati.. dan salam takziah kepada keluarga mangsa//al-fatihah
sbnrnya. apa penyebab kemalangan nie??
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...