BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Home » , , , , , » Siti Balqis Mohd Nor | Kisah Misteri Gadis Ghaib Jin Terungkai… Hanya Tipu? (gambar)

Siti Balqis Mohd Nor | Kisah Misteri Gadis Ghaib Jin Terungkai… Hanya Tipu? (gambar)

Share

Kisah Misteri Siti Balqis Mohd Nor terungkai

Siti Balqis ke rumah kenalan, bukan ghaib dilarikan jin

Misteri konon disorokkan di Gunung Jerai terbongkar

Terkejut aku baca blog Otomen hari ni, tak sangka pulak Siti Balqis MOhd Nor, gadis ghaib yang dari Kampung Gong Nangka Jerteh tu hanyalah memperdayakan semua orang selama ni. Alahai, apa lah nak jadi dengan budak ni? Nampak muka polos je, tapi tak sangka pulak, boleh dia buat sampai macam tu sekali. Macam mana pula dengan bomoh2 yang bagi rawatan kat dia selama ni? Kalau betul ni hanya sandiwara dan lakonan Siti Balqis tu je, mesti diorang bengang abis. Alahai Siti Balqis, tak cukup kasih sayangkah kamu, sampai inginkan perhatian sedemikian rupa? Jom kita baca kisah benar tentang misteri gadis ghaib Siti Balqis Mohd Nor ni.

Misteri kehilangan Siti Balqis Mohd Nor yang didakwa keluarganya disorok ‘Jin Islam' di Gunung Jerai, Kedah, sejak Ahad lalu, terungkai selepas gadis itu ditemui polis di rumah keluarga seorang kenalannya di Kampung Batu 18, Ulu Klawang, Kuala Klawang, Negeri Sembilan, pagi semalam.

 

Naik teksi ke Kuala Klawang

pix_gal1 (1)_thumb[3]Gambar Siti Balqis Mohd Nor

Siti Balqis sebenarnya keluar seorang diri dari rumahnya di Kampung Gong Nangka, Jertih dan menaiki bas ekspres ke Shah Alam pada jam 9 malam, sebelum ke Seremban dan meneruskan perjalanan menaiki teksi ke Kuala Klawang.

Ketika di situ, Siti Balqis, 22, tinggal di rumah seorang sahabat pena perempuan yang dikenalinya menerusi laman berkenalan sebuah majalah remaja pada 2005, tetapi tidak pernah bertemu sebelum ini. Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria, berkata Siti Balqis juga sudah membeli tiket untuk pulang ke kampungnya esok.


“Dengan penemuan ini, polis menganggap kes ini selesai dan polis tidak akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak,” katanya pada sidang media sebelum menyerahkan Siti Balqis kepada ibunya, Norizan Said, 47, di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, di Kampung Raja di sini, semalam. Hadir sama sahabat penanya, Norwaniza Ramli, 19.

 

Macam Mana Polis Tahu Siti Balqis kat situ? GPS ke?


Kamaruddin berkata, polis mendapat maklumat mengenai gadis itu apabila bapa sahabat pena Siti Balqis menghubungi polis daerah Jelebu selepas terbaca berita kehilangan misteri gadis itu dalam akhbar ini. Polis juga mendapat petunjuk gadis itu berada di Negeri Sembilan selepas semakan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada ibunya pada jam 5 pagi Isnin lalu mendapati pencawang terakhir ialah di Kuala Klawang.


Pada Isnin lalu, Norizan memberitahu menerima SMS daripada anaknya pada jam 5 pagi yang mendakwa berada di Gunung Jerai selepas dibawa jin berbulu lebat. Sementara itu, Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan K Manoharan, berkata laporan Norizan di Balai Polis Jertih pada jam 1.30 pagi Isnin lalu, antara lain menyebut melihat anaknya menaiki kereta Perodua Kembara milik keluarga pada jam 8 malam.


"Berikutan laporan itu, kita menjalankan siasatan kes orang hilang dan meliputi semua aspek termasuk sama ada gadis berkenaan melarikan diri atau dilarikan," katanya sambil menambah kereta itu ditemui di Stesen Bas Jertih pada jam 1 tengah hari Isnin. Norizan ketika ditemui terkejut dengan penemuan itu kerana sebelum ini anaknya menghantar SMS dan memberitahu berada di Gunung Jerai dan dibawa jin berbulu serta yakin anaknya berada di gunung berkenaan berdasarkan gerak hatinya.

 

Shopping sakan di Seremban?

Norwaniza Ramli

Gambar Kawan / Rakan Pena Siti Balqis

Norwaniza pula berkata, dia selalu berutus surat dan menghubungi Siti Balqis tetapi hanya bertemu selepas kenalannya itu datang sendiri ke rumahnya Isnin lalu. "Saya tidak menduga pertemuan ini rupanya dengan seorang gadis yang sering dilaporkan ghaib kerana sebelum ini Siti Balqis tidak pernah menceritakan kisahnya,” katanya.


Di KUALA KLAWANG, ibu Nurwaniza berkata gadis itu mengajaknya dan anaknya ke Seremban, Selasa lalu dan menggunakan wang sendiri membeli pelbagai makanan dan pakaian bernilai RM279, termasuk tiket bas untuk pulang ke Terengganu.

 

Tipu Ibu meninggal, rumah besar ada kolam renang?


Ramlah Meon, 60, berkata beliau pelik melihat Siti Balqis kerap SMS dan apabila ditanya dimaklumkan ia di hantar kepada kawannya. “Siti Balqis beritahu dia tinggal bersama ibu saudaranya selepas ibunya meninggal dunia dalam kemalangan November tahun lalu. Dia turut beritahu rumahnya besar dan ada tujuh bilik lengkap dengan pembantu rumah dan kolam renang," katanya.


Ramlah berkata, pembohongan Siti Balqis terbongkar apabila anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu datang ke rumahnya, kelmarin, berikutan SMS diterima ibu Siti Balqis menggunakan nombor telefon yang didaftarkan atas nama Nurwaniza.


Beliau berkata, ketika menyelongkar beg pakaian Siti Balqis, mereka menemui lebih 20 kad sim yang masih aktif, sejumlah wang, beberapa kad ATM dan sebuah kotak kecil berisi 10 batu delima dalam kain kuning.

95 komen:

a n a s t a s y e a said... [Reply to comment]

dah plan lama tu .. =)

Azman Roslan said... [Reply to comment]

pelik la perempuan tu.. nak perhatian pun takkan sampai nak menipu macam tu. keluarga mesti malu gila lah..

Dauspozi said... [Reply to comment]

Aduii... Sengal betul r... Buang duit je aku beli paper utk baca kisah dia... huwarghhh!!!

najib said... [Reply to comment]

hahaha ramai juga eh blogger yg tertipu ni

Zala Wajik said... [Reply to comment]

hah malu dia

Jejaka Terhangat said... [Reply to comment]

mak aih..giler publisiti..sampai sanggup buat cite cmni..

tiefazatie said... [Reply to comment]

adeh..adaka budak nie seorg yg psiko??pelik2..

Kancilbiru said... [Reply to comment]

kalau betul la...memang sah budak ni sewel...boleh pulak dia tipu satu malaysia...apa nak jadi la..kecik2 dah pandai menipu..

miss cloudy said... [Reply to comment]

aku rasa budak ni ada masalah jiwa.. dia perlukan perhatian, dan perhatian yg org/media dok berikan selama ni benar2 buat dia teruja..

gadisBunga said... [Reply to comment]

hmm....budak ni tak cukup kasih sayang dan terlalu byk angan yg tak kesampaian. kene bawak dia dgn the whole family jupa psychiatrist ni....

aliesha kirana said... [Reply to comment]

adeh....teruknye penipuan dia..siap bgtau mak dia dh meninggal.. kecik ati ibu mengandung..

CiK QiQi said... [Reply to comment]

jap3...da konpius...tp ritu misteri nusantara tu ustaz yg berubat die..xkan ustaz tpu kalo die kena kaco ngn bnde2 ghaib nie

d_LA said... [Reply to comment]

mental kot bdk ni..dla mmg x suke kisah2 camni, byk propa jer..jin berbulu konon..nt kalo 1 hari hilang betul2 baru taw..menyusahkan mak ayah..ap prasaan ibu dia bile anak dia tpu ttg kematian ibunya..panas jer baca cite ni..insaf la deq oii

nuraarin-life said... [Reply to comment]

kenapa sejak akhir-akhir ini media sering memperbesarkann certia2 sebegini, bermula dengan rozaliya.. tak paham

zyyy said... [Reply to comment]

blh masuk m;sia book of record.......aku rase pasni dia blh jd artis sbb dah glamour..

z said... [Reply to comment]

perhh!!! panas,,,,

maverick said... [Reply to comment]

kalau die menipu, bomoh tu camne pulak... ye ye je cakap batu delime ni jin punye la... tangkap jin la... konspirasi semua tu...

Anonymous said... [Reply to comment]

mungkin dia ada masalah personaliti dan mental skit kot...banyak pulak duit nak ke hulu- ke hilir..apa2 pun redha jer dengan kes nie....

Anonymous said... [Reply to comment]

angin satu badan aku baca paper hr ni....pandainye budak ni buat plan...gunung jerailah, tasik banding la...rupenye umah kwn..

miMiE aZiMaSK ^V^ said... [Reply to comment]

eishh eishh eissshhhhhhhhhh

kesiannnn

Hisyam Muhibah said... [Reply to comment]

kalau betul dia tipu, apa tujuan dia menipu? apa untung untuk dia? kesiaannnn kita semua..

rossoneri said... [Reply to comment]

knp ramai sgt budak2 skrg mcm ni??smua nak dpt perhatian je.. boleh plak masing2 main2...

Anonymous said... [Reply to comment]

sampai hati dye ckp mk dye dh mninggal
ape lah yg dye nk smapi buat tahap mcm nie bnykkn lah bertaubat

apyzs said... [Reply to comment]

eeee....prangai apa la pompuan ni...aku rasa nak je kutuk..

JZ Business World said... [Reply to comment]

20 sim kad? beberapa atm kad? fuuhhh dasyat. guna hp contact jin kot? hehehe.. tapi las2 naik bas gak. ;)

Mama Awnee said... [Reply to comment]

dah agak dari awal2 kisah dia keluar dulu dah..hmmm...

Eliyana said... [Reply to comment]

mana lebih sengal? Siti Balqis atau jin berbulu lebat...??

akmal said... [Reply to comment]

aaaarrrrghhhhh!....penin aku...tipu rupenye...tak real la camni...sape suruh ngko tak pandai cover line....kalo tak menjadik beb penipuan ngko....penipuan yang hampir2 berjaye...tahniah!...cube lagi yek...

Anonymous said... [Reply to comment]

si balqis tu naik bas pasai jin berbulu lebat tu tk larat nk angkut dia pi Jelebu...ingat senang ke dr Ganu nk ke nogori...penat dowh jin tu...hehe

Anonymous said... [Reply to comment]

ramainya Melayu kena tipu..sampai bila melayu nak kena tipu nie..?siang kena tipu utusan dan harian metro..malam pulak,kena tipu ngan TV1 dan TV3..apa punya melayu daa...nasib..nasib..

missrivebell mumun said... [Reply to comment]

tetibe rasa nak tampo die kak..
kurang asam die tipu kite semua.. huhu

Anonymous said... [Reply to comment]

ni pakat ibu dan anak la nie. Dan2 aritu ms kuar tv3 mak die kt dh dpt petunjuk anaknya selamat dan akan balik malam sabtu( malam sabtu 30hb.-tiket bas yg siti balqis dh bli nak balik umah die) so, ni memg planing awal nih..Balik umah mlm sabtu jin hantar balik, siap wat balik batu 10 bijik..uihhh hebattla....

Anonymous said... [Reply to comment]

Baca semula cerita dia, kalau boleh dari akhbar berbeza dari awal lagi hingga akhir. Kenal pasti siapa yang bercerita, siapa lagi yang terlibat, kronoloji atau urutan carita mengikut tarikh dan masa. lihat lojik atau tidak dengan tempat dan suasana. Kalau kita terus-terus kutuk kalau kita silap dapat dosa free.

Anonymous said... [Reply to comment]

benci benci aaaa aku

Anonymous said... [Reply to comment]

Balqis tu memang penipu, duit derma korang, duit derma DUN Terengganu tu, seronok dia joli sakan kat Seremban. Penipu besar, penipuan yang terancang...sakit jiwa, metal retard. Hidup yang kecewa..hati kering. Sanggup tipu kawan dia tu, permainkan perasaan orang.

Anonymous said... [Reply to comment]

Dia turun Klawang sb nak ajak kawan dia tgk bola kot... JAGA KELANTAN, Jin Ganu dah turun...nak support team NOGORI WEH...

Razif Radzi said... [Reply to comment]

oh yeke.

Lizzie Yasmin said... [Reply to comment]

baru jer tgk cire ilmu alam ghaib cite pasal dia buang hantu.. tiba2 dgr cite mcm nie.. trus jd confius...

iamordinarygirl said... [Reply to comment]

agaknye die nak pegi gunung hantu dekat jelebu, xjumpa jalan..gempar 1 jelebu

Anonymous said... [Reply to comment]

insaf2 lah,,klu kne betul bru nagis x berlagu...

zyyy said... [Reply to comment]

aku rasa pasni bomoh yg rawat dia ramai yg letak jawatan tak pun jd mental jgk...ha ha ha

ptuihh said... [Reply to comment]

tak pasal-2 jin yg buruk nama,,cian kat jin.publisiti murahan btol ler...

Anonymous said... [Reply to comment]

egypt:
lbh 700,000 pembaca harian metro & berita harian tertipu. ni minda orang melayu sekarang mdh tertipu dgn segelintir pihak yg sengaja mencari publisiti murahan. termasuk laporan akhbar yg bersikap "lepas pandang" semasa memuatkan sesuatu isu tnpa meneliti sumber. lps ni bkn balqis yg kena rawat. tp blogger2, pensitus2 & bomoh2 rawatan islam & bkn islam tmpang cari publisiti yg sepatutnya kne rawat ngn air bunga. bahaloL punya group...

Anonymous said... [Reply to comment]

muko dah la x cantik lgsg...perngai plak buruk..xtau la kat mane yg cantik..kat lutut kot..huhuh

Anonymous said... [Reply to comment]

takkan bomoh pun kena tipu

Anonymous said... [Reply to comment]

surat kabar bisnis tu

Anonymous said... [Reply to comment]

Ahaks...nampak sangat ustaz dan bomoh2 tu penipu..
mana nak letak muka wei....jin kelas pertama konon..hehe

Anonymous said... [Reply to comment]

teruknye awk yg kutuk budak tu x cantik. xde kene ngena pon. biarlah dia, dia tipu dia dosa. yg susah2 p kutuk dia.. x psl2 dpt dosa pulak. boring nye mentaliti org mcm ni. mmgla bengang kene tipu kn tp takde la effect kt kite pon. whatever!

sellina kdo said... [Reply to comment]

gile ppuan ni......mmg sah2 mental problem.betul cakap member2 aku,dia ni ada yang x kene..bukan masalah jin tu.kesian jin kene fitnah..lagi kesian family dia.menanggung malu anak mcm ni

Anonymous said... [Reply to comment]

Aku menyumpak lepas bace stori kakak kwn dia tu kt mps cari.com page 40 under nick N R.
Sicko gile budak ni, very malicious!

ratuN9 said... [Reply to comment]

saya komen lagi,tolongla jangn kutuk dia lebih2 sangat.dia sakit Thalasemia dan gangguan jiwa yang amat teruk..harap kita semua bagi sokongan agar dia kembali normal..

Anonymous said... [Reply to comment]

Siti Balqis ni glamour macam anak angkat tengku mahkota di PKLN tu juga. Masalah mental yang hampir sama. Kahwin dua tu sesuai kot. Inilah pasangan 1Malaysia sebab berjaya menggemparkan 1Malaysia!!! Kesian kat jin-jin yang kena fitnah. Lepas baliklah jin-jin yang kena tangkap tu, jangan hanyutkan ke laut, kesian. Berdosa menghukum makluk yang tidak berdosa. Misi siti balqis seterusnya kalau tak terbongkar ialah selepas dapat balik semula ke rumahnya, menyatakan jin telah menghadiahkan dia barang-barang yang disyoping sakan tu. H eh eh he hehe.

ratuN9 said... [Reply to comment]

saya juga kakak kepada norwaniza..adik saya dah lebih setahun kena tipu,hingga terabai pelajaran kerana hasutan ct balqis..namun kami telah memaafkannya kerana dah tau penyakit yang di alaminya..simkad banyak2 tu di gunakakn untuk mrnyamar diri jadi somebody.dengan karekter yang berbeza beza,tapi kesilapannya adalah menghantar sms kpd ibunya dengan menggunakan simkad yang telah di daftarkan olehnya dengan nama norwaniza ramli

Anonymous said... [Reply to comment]

sy msh x fhm la.ms sy tgk kat misteri alm ghaib tu,mak die ckp kdg2 dlm sehari 3x dia ilang,siap tnjk gmbr die di jumpai ats bumbng umh n dlm almari.adakah family die besubahat sama or cmne ye??

Anonymous said... [Reply to comment]

sy pun mcm konfius2 sikit...x ikut sgt kisah die ni, tp bila dah kuar cerita mcm ni, terasa nk tau jugak. habis tu ape cerita ttg batu delima tu? btol2 ke rekaan juga? ahli sains x kaji ke batu delima tu dtg dr mane? ntah mcm lam citer siti kelembai ke..mn tau.

Anonymous said... [Reply to comment]

siti balqis tak jujur,penipu. sanggup dia tipu kawan sendiri dan daftarkan nama kawannya untuk cover line. seolah2 dia tau pulak yg polis dapat kesan nama penghantar sms guna kaedah tertentu.. lepas ni sapa yang malu? mereka dan keluarga mereka!!

zaki said... [Reply to comment]

hr 2 ada msuk kt tv3 kn,
ustaz tu siap jumpa bungkusan hitam 2 ka...klu btol,, ustaz 2 pon 2 kali lima ngan dia la

Anonymous said... [Reply to comment]

sy rasa paper kena bg duit pd siti balqis kerana keuntungan jualan paper...dan menjadi perlakon popular...mcmne dgn bomoh...tipah tertipu....

sarini said... [Reply to comment]

pompuan ni giler kot!!!!nth apa2..bt ler perkara yg bg faedh sikit....muka bukannya lawa pun...geram btul la....dh la kg dia dkt dgn kg aku....bodoh btl...

Anonymous said... [Reply to comment]

klaka betul la cte ni..org mElayu..adEi..

Anonymous said... [Reply to comment]

ustaz ngan bomoh tak der komen apa2 ker..??? sungguh2 wat statement bdk nih di larikan jin....aku awal2 lg tk percaya...tk der motif jin tu nk larikan dia...kan bagus kalu awal2 lg diorang letak kamera tersembunyi dlm bilik dia...masa tu kita leh tahu samada dia ilang cara normal atau tak....hahaha..kelakar ar tok moh...nmpk sgt kerja ngencing org..!!!

Anonymous said... [Reply to comment]

hishh bebudok zmn skrg nih..smpai cm2 skali dia tipu kte sume..1 malaysia lak tuh..kalo dpt kt aku ni mau aku tampor je..wat malu org pompuan jelaa..n pd jin berbulu 2,cube la sorok siti balqis skali..biar dia rse ckit..nk sgt kene sorok ngn jin kn hehe

Anonymous said... [Reply to comment]

Kesimpulannya kebanyakan orang kat malaysia ni cuma islam dalam kad pengenalan aje termasuklah aku .itu pasal kita terlalu tasaub dgn kepercayaan nenek moyang kita dulu.

Anonymous said... [Reply to comment]

@Anonymoushahahaha..btul la..melayu senang ditipu dan mudah lupa..hahaha

Anonymous said... [Reply to comment]

hahaha...melayu memang senang ditipu dan mudah lupa..semua tertipu, bomoh2 dan ustaz pun menipu konon dapat tangkap jin..hahahaha media pun tertipu..hahahahah semua kaki penipu...hahahahaha

joelabu said... [Reply to comment]

aku pn x paham ngan cite ni,mcm mna plak batu yg jatuh dr bumbung umah dia, kan wartawan tv3 pn ada sama.ADOI lagi2 x paham ngan cite ni.

Anonymous said... [Reply to comment]

haha....tp byk y aq xphm,,,bomoh 2 da memng sengal,aq xkshla,,jrg nk jumpa y btollll....p tv3 2 pe cer?mak die?pening2 aq...aq tertanya2 adkh btol die d awasi?p aq sure la die mental retarded,,,2 xleh slhkan die,,,tp org len y terlibat secara xlansung 2 mcm org2 y jga die 2 mengiakan die ghaib pesal?bdoh r!

ADAM & COMPANY said... [Reply to comment]

member aku bdk terengganu jgk.. siap nk btumbuk lg dgn aku,aku dh kata budak tu nk tarik prhatian 1malaysia,firasat aku betul,member aku kata jin mcm2 jin,last2 1 malaysia kena tipu,tv3 pn kena..pakar2 bomoh bleh kena tipu,maknanya bomoh pn penipu tp x smua la..,firasat aku lg la..dlm rmai org2 kg skali ngn bomoh ditipu dan nk menipu hadirlah jin..bersongkol,sejahat2 manusia..adalah sebaik2 jin,kalu salah tolong pebetui na..

Anonymous said... [Reply to comment]

tp selepas kisah dia terbongkar....rasanya lagi bagus kalau wartawan interview gadis tu supaya citer kisah sebenar...boleh masukkan dalam rancangan 999..huhu

h a w a said... [Reply to comment]

nauzubillah..
terok betol

Anonymous said... [Reply to comment]

habis, camner ngan batu delima tu?? gambar dye sumer tuh??
camner bleh terbongkar? x clear lgi! wat happened?
x pham! xleh main caci2 lgi nie...

Anonymous said... [Reply to comment]

tak pasal2 jin jugak yg kena tuduh dek tok bomoh2 yg merawat si balkis ni...tuduh jin tu yg bwk lari, jin ni yg bawak lari, ada atena spesel lagi!!!huhuhu..padahal bukan jin pun, jadi selama ni, ramalan tok bomoh tu??? pun boleh dikira penipu gak la!

jgn nnt betul2 JIN MARAH... hah! siapla kau tok bomoh!

Tangan_gatal said... [Reply to comment]

rasenye kan....bende ni betol kot...tp ade pihak yg reka cerita siti balqis ni main2 je...alasan...utk tutp kes atau utk elakkan dari jd phatian yg mlampau....kalu die dipaksa utk bt2 kantoi...skurang2nya lg 2 miggu smua org da tutup mulut...daripada kes ni trus jd ikutan...bek dorang plan something utk tutp kes ni...hm...logik gak kan?

Anonymous said... [Reply to comment]

tok moh tu pun sama semua nak menipu, aku kalo tak nengok ngan mata kapla aku sendirik memang tak caya punya. prinsip aku 'seeing is believing'

Anonymous said... [Reply to comment]

bab yg pak sedara dier nmpak tgn jin berbulu larikan batu permata yg aku xtahan tuh...hahhahaha...

Anonymous said... [Reply to comment]

abih tu takkan semua org tipu?tokmoh,ustaz pak sedara mak diertv3 mis3 nusantara dll. masa jadi oerkara pelik kan ewartawan turut ada sama?semoa konspirasi ker?

Anonymous said... [Reply to comment]

wallahua'lam

Anonymous said... [Reply to comment]

semua yg berlaku ada hikmahnya.... hanya allah yg maha mengetahui...

pu3balqis_88 said... [Reply to comment]

sori ler sume...k? saya bkn sje2 nk bwat camtu, dh x der sape yng nk care kt saya jd saya bwat la... SORI ek?

Anonymous said... [Reply to comment]

hahaha... ni lawak antarabangsa yg paling best skali...

Anonymous said... [Reply to comment]

ooooOOOOOoo...nak menipu cam tu ker ,xkan smpai tipu mak meningal cian mak kaw ..x sayng mak ke...ko nie sakit apo..?,mentel ko ..giler glamor ker ..ko nie kene jumper aq biar aq betlkan otak ko to..

Anonymous said... [Reply to comment]

oooooooo..lawaq tol ka nie ,sampai tipu mak meningal..klao mak ko meningal tol baru ko taw ..dudk ngan jin..haha3

Anonymous said... [Reply to comment]

wat malu orang kampung je, tuiii

Anonymous said... [Reply to comment]

ontah2,dio jin nyo kottt!!!(bgurau)

Anonymous said... [Reply to comment]

ada plk yg nk mymr jd siti balqis.....pu3_balqis,,,u can go to HELL...

Anonymous said... [Reply to comment]

hehehhehehhee...]
sudah ditakdirkan kita2 ditipu,tertipu.
so bomoh2 yang dtg pun penipu juga kot.
12jin masuk botol lh,9jin masuk botol lh,kuahkuahkuah.

Anonymous said... [Reply to comment]

hehehe..lawak la budak ni..masuk ujang nak?? pandai la plan, tp citer ar cmna leh wat suma yg nampak pelik ni ngn bjayanya..

free compass said... [Reply to comment]

perempuan ni manusia paling cerdik. kita yang duduk mencapap didepan tv dan beli surat khabar semata-mata nak dengar dan tahu cerita dia ni memang bodoh. dah menjadi perkara biasa. orang melayu memang suka cerita-cerita tahyul. menunjukkan orang melayu masih melekat dengan sifat-sifat bodoh.

Anonymous said... [Reply to comment]

sebenarnya mungkin siti balqis nie mempunyai gangguan jiwa,tu yang boleh jadi fikiran yang tidak rasional dan terpisah dari realiti...Siti Balqis nie kena dapatkan rawatan dari pakar psikatri...mungkin dia akan kembali normal...

Anonymous said... [Reply to comment]

arghhh!!!tension nya aku...punya la ikut cta dia....cis...last2 kne tpu je....buang msa betol!kuang hajao.....eeee!!

Anonymous said... [Reply to comment]

cerita ni bukan tipu tapi betul2 berlaku.... dia berjaya di pulihkan oleh Ustaz Sharhan Shafie... penasihat rancangan Ilmu Alam Ghaib TV3

ustaz ni pun dah keluarkan Buku Rahsia Disebalik Kehilangan BALQIS & Cara Mengatasi GANGGUAN JIN.... boleh check dekat sini http://www.zamdurrani.dumei.com/v2/produk.php nak tau cerita lanjut boleh la beli buku ni baca....

Anonymous said... [Reply to comment]

crita ni betul.saja nk tutup buku..trpaksa buat crita mcm ni

Anonymous said... [Reply to comment]

assalamualaikum smua... sy siti balqis yg btul... pu3balqis 2 bkn sy, sy x tau sape yg myamar.. ok ptama sy ingn mhon maaf jika ada klakuan sy mbuatkn anda smua x puas hati or marah & sbagainya.. ustz,bmoh & smua yg hdir tlong sy x bslah... jika ada apa2 yg x puas hati blh jmpa sy ok.. tq.....

Anonymous said... [Reply to comment]

spai mcm tu sekali minah ni... adoi

amirul amin said... [Reply to comment]

yang pelix nya...batu delima 2 dy kutip tang mna....

Post a Comment

Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais