Entah kenapa, terjadi pulak aku tengok bola malam ni. Senang je, sebab tengok online je dari blog aku, streaming LIVE dari TV yang aku muatkan di blog, ihsan dari darkbatman. Thanks Beb! Aku doakan rezeki ko makin murah selepas ni. Ni ada gambar-gambar yang aku snap semasa perlawanan separuh masa pertama tadi. Keputusan setakat ni Negeri Sembilan 1, Kelantan 0. Gol disumbat pada minit ke-13 oleh Shahrul Iman Abu Samah, 24thn, anak kelahiran Kajang dengan Gol Penalti, cubaan ke2 setelah cubaan pertama dikira batal sebab ada pemain masuk kawasan Penalti ke apa ntah tadi. Tak ingat aku. Jomlah usha gambar2 aku snap.

Pengulas Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2010 di Studio..kat Stadium, diulas oleh Hasbullah Awang dan sorang lagi aku tak ingat nama dia.

Para pemain masuk ke padang.

Kawasan padang. Nyanyian lagu Negaraku,

Penyokong Red Warriors. Gomo Kelate Gomo!!

Penyokong Negeri Sembilan, Hobin Jang Hobin!

Pemain, jurulatih dan pengurus bersalaman dengan Tengku Mahkota Pahang.






Gol oleh Shahrul Ain pada minit ke13…cubaan ke2


Shahrul Ain, glemer hari ni dik!



4 komen:
wah, sis sudah bertukar menjadi pengulas bola
sekarang, sudah 1-1 !
Dah 2-1
Gomo kelate gomo.huhu.;-)
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...