Kesian anak sulung Sosilawati, Erni Dekritawati Yuliana yang lebih dikenali sebagai Rita, tetiba digosipkan dengan penyampai berita BERNAMA TV, Zulkiffli Bujang ketika masih dalam kesedihan akibat pembunuhan tragis yang menimpa ibu Rita, Sosilawati Lawiya. Hanya kerana nampak rapat dan mesra antara satu sama lain, dah dikatakan pasangan kekasih. Bersabar ya Rita , ni yang payahnya bila dah glamer dan jadi public figure, ada je cerita orang nak gali dan selidik.
tak pasal-pasal Zulkifli Bujang ni glemer tau!
Zulkifli yang mesra dengan panggilan “Zul” menolak dakwaan bahawa dia dan Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, menjalin hubungan cinta.
“Itu tidak benar sama sekali. Saya dan Rita (Erni Dekritawati Yuliana) hanya kawan sahaja, lagipun saya memang sudah lama mengenali dengan keluarga Datuk (Sosilawati).
“Apa-apa pun saya cuma berkawan sahaja dengan Rita, anda boleh bertanyakan hal ini kepada Rita jika tidak percaya,” kata beliau.
Menurut sumber terdekat keluarga Sosilawati, Zulkifli merupakan kenalan rapat dengan usahawan kosmetik itu dan agak mustahil jika dia menjalinkan hubungan cinta dengan Rita.
“Tidak mungkin, apa yang saya tahu Zul sudah lama mengenali keluarga Datuk dan dia juga rapat dengan anak-anak Datuk. Lagipun mereka memang mesra sejak kecil lagi dan banyak memberikan sokongan kepada anak-anak Datuk sejak dari hari pertama lagi,” katanya.
Bagi aku, tak salah pun kalau diorang ada hubungan sekalipun sebab Zul ni pun dah kenal rapat dengan Rita dan seluruh keluarga Allahyarham Sosilawati Lawiya. Tapi, kalo mereka dah ada pasangan lain masing-masing, kesian pulak, terpaksa menjelaskan perkara benar kepada pasangan, kan susah tu.. Apapun, aku rasa buat masa ni, tak perlu nak cari berita hot dan timbulkan perkara lain selain daripada fokus kepada kes pembunuhan Allahyarham Datuk Sosilawati dan tiga individu lain. Aku tak sabar menunggu kesemua mereka yang bersalah dihadapkan ke mahkamah dan dikenakan hukuman yang setimpal dengan kejahatan yang telah mereka lakukan.
p/s: tadi dok men”google”, jumpa blog Zulkifli Bujang ni..



16 komen:
oh gosip ek...ehehe :P baru tau baca kt sini :)
www.yanmieonline.com
hoho...
ingatkan betul..
ngee..nak juga tahu sapa kekasih rita ni :)
dni doakan yang terbaik untuk kedua2nya... ;)
ensemlah abg bernama tv tu :D
takbek kan dorang ni
org tgh sedih sebok bgosip yg bukan2 pulak
wah..tengah polis siasat2 ni ade lak cite sensasi..hehe :P
macam2 gossip kan yang keluar sekarang ni
Segmen Kenali Blogger @Cikgu Dahlia
wah kelas...semua dikorek.. :P
ooo..mcm2 dunia celebriti nih...
nanti di cop cari glemer plak
sapa yg rapat mesti glamer lepas ni
kalu tak silap zulkifli ni bermula dengan pengacara rancangan Remaja di tv3..masa sy muda2 dolu..hehe
kalau dh byk org kenal, mcm2 lah cerita keluar.. org pakai baju apa pun nak gak tau
Macam2 gosip.. Hariz pun x sabar nie kak dahlia.. nak tgk mereka dihadapkan...
Bukan pengacara rancangan Remaja tapi rancangan Prisma di RTM dulu...handsome juga orangnya tak mustahil Rita pun minat kat dia.
"tak pasal-pasal Zulkifli Bujang ni glemer tau! " --- macam tak suka je Zulkifli Bujang ni glamor?
hurm..rs nya xperlu timbul kan soal ni lagi sbb soal kematian ibunya dan pesalah yg harus dihadapkan ke muka pgadilan pon blom selesai. kasihan juga rita terpksa tgung bnyk perkara mujur dier ada adk2 yg menyokongnya.
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...