BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Home » , , , , , , » Putera Katak Sinopsis Drama Putera Katak Slot Lagenda TV3

Putera Katak Sinopsis Drama Putera Katak Slot Lagenda TV3

Share

Slot Lagenda bakal menyiarkan Putera Katak yang diadaptasi daripada cerita dongeng The Frog Prince mulai 29 November ini, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.30 petang di TV3.

Putera Katak diterbitkan oleh Talisman Pictures diarahkan oleh Adam Hamid serta nukilan skrip oleh Sharifah Abu Salem. Siri drama yang mempunyai 20 episod tersebut membariskan pelakon-pelakon popular seperti Nora Danish, Zizan Nin, Fazren Rafi, Norseha, Bia Rameshan, Kaza, Puteri Sarah, Haniff Karamdin, Liza Abdullah, Hamidah Wahab, Mak Jah dan ramai lagi.

Putera_Katak_default_510980330

Sinopsis Drama Putera Katak

Drama terbaru di slot Lagenda ini akan membawa para penonton ke alam fantasi dan magis Putera Amar dalam menemui cinta sejatinya dalam membebaskan diri daripada sumpahan. Putera Amar (Zizan Nin) telah disihirkan oleh kekasihnya, Puteri Zadora (Bia Rameshan) yang kecewa apabila Putera Amar tidak menjelma menjadi manusia walaupun sudah diberikan ciuman.

Lantas, Putera Amar dibuang ke bumi dan terpaksa menjalani kehidupan sebagai katak selamanya. Amar (katak) dibela oleh Trisha (Nora Danish), seorang pencinta haiwan. Amar tetap optimis bahawa dia akan menjadi manusia semula kerana cinta suci akan memulihkan dirinya suatu hari nanti.

Lima tahun berlalu, Puteri Zadora sedar bahawa sihir kakaknya, Puteri Ixora (Norseha) telah menghalang Putera Amar untuk kembali menjadi manusia. Maka, Puteri Zadora telah menghantar panglimanya, Zamir (Fazreen Rafi) untuk menjejaki Putera Amar untuk dibawa balik ke planet Zadora.

Zamir berjaya menemui Putera Amar tetapi Amar enggan pulang kerana perbuatan kejam Puteri Zadora masih menghantuinya. Putera Amar yakin bahawa Trisha yang sangat menyayanginya (katak) ialah cinta sejatinya.

 

495844ui1u0ocy6h

p/s: Biarlah tak jumpa putera pun, daripada kena cium katak…

6 komen:

ardinihumaira said... [Reply to comment]

lawaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat nora danish pakai cemtu. sesuai :D

princeduyong said... [Reply to comment]

wah...tak boleh ke tak tiru orang...buatla haiwan lain...ayam ke...itik ke...badak air ke...

Eliyana said... [Reply to comment]

errrkkk...katak? eeewww...

Syafiq Rosli said... [Reply to comment]

hehe..da mcm kembali ke zaman kanak2..:)

tehr said... [Reply to comment]

tak mahu juga aku jadi 'cikgu katak'
walau pun ada cikgu baru akan cium
hahaha

Anonymous said... [Reply to comment]

siapa ug nyanyi lagu tema putera katak???
nk tahu gile ni...

Post a Comment

Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais