BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Home » , , , » Semak Keputusan eGTukar Januari 2011 | Permohonan Pertukaran Guru Online

Semak Keputusan eGTukar Januari 2011 | Permohonan Pertukaran Guru Online

Share

Hari Isnin, 15 November 2010, mesti ramai cikgu-cikgu yang akan melayari website Egtukar untuk menyemak keputusan permohonan pertukaran masing-masing bagi sesi persekolahan 2011 ni.. memandangkan dalam Website Egtukar sendiri tulis, keputusan Egtukar dijangka dikeluarkan mulai 15 November 2010. Dan sedikit peringatan, tidak boleh memohon tuntutan elaun pertukaran memadangkan tiada peruntukan disediakan.

 

egtukar

http://apps.emoe.gov.my/epgo/index.cfm

 

Tadi, masa masuk website EGTukar, sempatlah aku selongkar2 sikit, mana tau leh aku tembus nak tengok result walaupun aku dah tahu? Eh, gosip kata GDM dah tahu segala keputusan pertukaran tu tak betul ok.. Kalau betul, mestilah aku tahu..Tapi apsal aku tak tahu? Or maybe untuk GDM yang memang kamceng dengan Pegawai di PPD tahulah kut. Aku ni memang jenis berurusan untuk kerja je. So, memang tak tahu laa oke.. Mitos semua tu..Kalo nak tahu result sebenar, memang kena cek sendiri dekat saluran yang sah di http://apps.emoe.gov.my/epgo/index.cfm.

 

Kat bawah ni aku kongsikan analisa permohonan keluar masuk melalui EGTukar bagi sesi persekolahan 2011 yang dibuat oleh guru-guru seluruh Malaysia.

 

menengah

Sekolah Menengah

rendah

Sekolah Rendah

 

So, memang boleh tengok sendiri la negeri mana yang permohonan paling HOT! Ramai guru-guru memilih untuk masuk ke Kelantan yang mana mencatatkan bilangan permohonan tertinggi untuk kedua-dua sekolah menengah dan rendah. Memang boleh dikatakan, ramai Orang Kelantan jadi cikgulah ya? :D Negeri lain-lain yang memang hot dan menjadi pilihan ialah Terengganu, Kedah, dan Selangor. Memang negeri2 yang telah aku sedia maklum susah untuk ditembusi. Permohonan keluar pulak yang banyak adalah dari Sarawak dan Johor. Sarawak memang sedia maklum laa kan..ramai nak out sebab faktor jarak yang jauh dan ada yang ditempatkan di kawasan yang sangat pedalaman. Aku ada a few friends yang posting sana, Kapit kena naik 2 bot untuk sampai sana. Johor pulak dengar2 nya sebab ramai yang takut dengan masalah disiplin melibatkan geng kongsi gelap di Johor? Seriau aku dengar pengalaman Kak Ekin yang pernah diacu pedang di leher suatu masa dulu.

**Note: I edited  a line atas ni sebab sound pelik ke? Maaf sebab terlepas pandang. Lupa nak review dan baca semula. Harap maaf.

 

Untuk sekolah aku, tahun ni ada 7 Permohonan. Nampaknya, pagi esok, meriah laa meja aku dikelilingi mereka yang ingin menyemak keputusan masing2. Open-mouthed smileOpen-mouthed smile:D Kak Mek ada tawaran best untuk aku… berdebar lak nak tunggu hari esok..tapi segan pun ada.. Harapnya semua permohonan dari cikgu-cikgu sekolah aku berjaya. Dapat gak aku tengok muka-muka baru tahun depan.. KAlo ada cikgu-cikgu bujang lelaki yang bertukar ke sini lagi besh. Ahaks..

 

Tahun ni laaa tahun pertama aku tak mohon bertukar. Ada yang cakap aku sayangkan sekolah aku sekarang ni? Oh Tidak!! Banyak betul alasan!Macam aku sendiri, tahun ni aku memang menarik diri daripada memohon pertukaran atas sebab-sebab berikut:-

1. Aku GDM, so aku sendiri yang macam uruskan EG-Tukar ni, so nampak macam tak suspense laks…betul tak?

2. Jalan Kuantan-Pekan dah best…masuk Pekan je yg tension sebab banyak traffic lite

3. GPK mesti takkan sokong punya permohonan aku..alasan dia, kalo nak tukar, kahwin dulu. Cesss!

4. Lagipun ramai cikgu2 sekolah aku yang memohon pertukaran tahun ni terdiri daripada CIkgu Sains Maths. Kang kalo aku mintak tukar, kesian lak…lagipun aku nak tengok produk aku yang aku baja dari Form 1 dan Form 4 ni dulu.

 

Last few days, KB aku datang kat meja kawan aku..depan aku..dia datang untuk buat Allocation Tahun depan. Aku pun pergi laaa menyebok sekejap. Ada ke patut dia ingat aku mintak pindah tahun ni. Adeh..Ke memang dia nak aku pindah? Haha… Maklumlah aku ni memang susah sikit nak dengar kata-kata dia…Dan aku pun pernah bikin kecoh dengan Pembantu Makmal suatu masa dulu hanya sebab bawang. Takper, aku tak berasa hati pun..Walaupun aku pun rasa dah berakar kat sekolah ni. Maybe next 2 years kena mintak pindah kut, supaya aku tak perasan OTAI kat sekolah ni.

 

Apapun, aku ucapkan selamat menyemak permohonan memasing. Kepada yang berjaya dalam permohonan mereka, aku ucapkan TAHNIAH! Kepada yang tidak berjaya, cuba buat RAYUAN kalo dibuka. Ataupun rajin2 mengadap Pegawai di Putrajaya nun. Kabel? Aku tak berapa suka kabel2 ni, sebab aku sendiri ada orang aku kenal kat JPN, tapi tak tergamak nak mintak tolong sebabnya aku takut dapat sekolah yang teruk. Kang macam tak direstui pulak kalo guna jalan tak betul. Aku percaya, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat HambaNya. Untuk sesiapa yang nak semak keputusan EGtukar dia, leh semak di sini ok.

 

http://apps.emoe.gov.my/epgo/index.cfm

29 komen:

n@m@n said... [Reply to comment]

ada kawan dah tahu result, katanya pakai internal server apa entah..ceh..dapat tukar pulak tuuuuu

tehr said... [Reply to comment]

tahun ni tak minta tukar gak, cikgu
masih selesa kat sekolah
hehehe

Anonymous said... [Reply to comment]
This comment has been removed by a blog administrator.
Cik Dya said... [Reply to comment]

sis dahlia cikgu rupanya .... sis, mohon share a little bit story kat sini ... credit to you .. kalau tengok belog saya mmg banyak merepek pasal pertukaran ni ... sebab saya lah antara guru yang mohon tukar dari JOHOR tu..uwaaaaaaaaaa!!!!!

DaHLia said... [Reply to comment]

@Anonymous

Thanks Anon...

Maaf, bukan seperti tu maksud saya.. I got many friends from Sarawak too and teringin nak melawat Sarawak . And my ex is Bidayuh :D

Maybe my sentence tak kena kut. Maybe kurang jelas di pembacaan u. Maaf sesangat..

yhh said... [Reply to comment]

ada ke rayuan online?i gagal mendapat transfer, ada suami dan baru bersalin pun tak dapat transfer antara daerah, dari rawang ke seri kembangan. sedih betul.

farhana_aziz said... [Reply to comment]

ramainya nak keluar dari johor..
saya nak balik johor!hehe.tapi enchik suami keje kat penang.so kenala ngaja kat penang ni..tunggu dia transferla jawabnya br mtk pindah.huhu

Bakal Guru said... [Reply to comment]

salam cikgu dahlia..
ramai GSTT di area pahang nie.. terutama opsyen p.islam..

suka_haha said... [Reply to comment]

saya lak baru nak blaja mengajar hehe.. tak boleh booking terus ke? hehehe...

p/s: macam kaunter lak haha...

Anonymous said... [Reply to comment]

salam..
emm.. cikgu dahlia..cikgu kumbang kat sini..
ahaks...jgn mare..selalu gak baca blog cikgu dahlia..
tp x ready lg la sis nk wat blog sndri..
alhmdulillah sbb kali ni mohon tukar dpt..

tp kn sis, betul kat johor mmg masalah disiplin kaw2..
member 1 u ckp..sbb prnh tnye dia, knpa org johor x suka jd ckgu? cket sngt mmbr2 kos edu x smpai 10.. dia jwb sbb masalh disiplin..huhuhu..

Anonymous said... [Reply to comment]

cuma pelik la sis..
nape la ada gak ckgu yg xnk ngajar kat sbp?
apa pndpt sis?
sbb budak trlampau pndai ke?

Ibnu Sufi said... [Reply to comment]

salam, nape http://apps.emoe.gov.my/epgo/index.cfm tak leh buker ah.. da kena gondam ker?

cikgu ben said... [Reply to comment]

Salam, cikgu...saya cikgu ben...em, saya nak tanya apa pendapat cikgu kalau permohonan berpindah ke sekolah adalah bersyarat jika ada pengganti? buat pengetahuan cikgu, saya merupakan pegawai Kader (PPPS DG41) yang dipinjamkan ke KSM. Jadi saya merupakan satu2nya guru yang mengajar Subjek Matematik di situ. So, apa pendapat cikgu? Tolong lah saya...tQ...

DaHLia said... [Reply to comment]

@yhh

cuba try direct ke PPD anda..
dan kalo dapat orang kenal PPD yang nak pergi tu pun lebih bagus

DaHLia said... [Reply to comment]

@farhana_aziz

hehe...ikut je laa encik suami tuuuu :D

DaHLia said... [Reply to comment]

@Bakal Guru

yup..memang GSTT raamai...
tapi cikgu yg belum posting pun ada lagi

DaHLia said... [Reply to comment]

@suka_haha

ahaks..nak booking negeri mana? meh akak book kan..wakakaka

DaHLia said... [Reply to comment]

@Anonymous

tahniah ya cikgu kumbang, sebab dapat..rezeki Allah ..

tu laa..ni kes kongsi gelap, sapa berani

DaHLia said... [Reply to comment]

@Anonymous

memana sekolah, lain cabaran dia..
kalo SBP ni, budak pandai, tp nak menten result, memang kaw2 laaa ..
kalo sekolah biasa, lebih kepada masalah disiplin

DaHLia said... [Reply to comment]

@Ibnu Sufi

eh, boleh jer...
maybe congested agaknya

DaHLia said... [Reply to comment]

@cikgu ben

pegawai kader tu macam mana cikgu Ben? KSM tu apa? huhuh konpius ni..

kalo bersyarat dengan pengganti tu maksudnya memang xleh lepas laa.. kalo u ada orang nak masuk sana, boleh laa dipertimbangkan..tp biasanya memang kalo syarat gitu, makssudnya mmg xbagi kuar..kenapa kat sana xbesh ke? sekolah sy banyak cikgu Maths ni..

CIKGU SU said... [Reply to comment]

slm cikgu..
skrg bleh lg ke mnta tukar?
saya nk tukar dlm negeri jer..
cmna nk tau leh wat rayuan lagi ker x?

Anonymous said... [Reply to comment]

cmne dpt tau dah kptusan ni..sy pn nak tau jugak

Anonymous said... [Reply to comment]

sy ngajar di satu sekolah berpndidkan agama di kedah ni ,ajar mcm2 opsyen english tapi kena ajar sejarah, geografi, etc ikut dann je depa nak bagi..tukar2 pulak tiap2 tahun; displin pelajar tahap the best tapi admin la pulak.. nyanyok ke ape.. ade cikgu ajr BI dan BM; macam rojakkk jeek ..erghh rasa mcm nk tukau sekolah je cuma sayangg kat anak murid kesygn2 ;depa budak baik2.. snang nk control mmm.. dilemma betoi la nk pindah ke idak..

Are-Um said... [Reply to comment]

Kini kembali berusaha untuk minta bertukar...semoga rakan2 yg mntk tukar jugak pd bln 9 nie.. kita smua akn mndpt keptusn yg TERBAIKK!!! Insya-Allah..

Anonymous said... [Reply to comment]

salam.sy ada mintak tukar ikut bakal suami. tpi xdapat.cmne ek proses nk wt rayuan.klu pi terus ke kementerian blh ke/

Anonymous said... [Reply to comment]

saya ada mtk tukar ikut suami tpi xdpt.cmne ek proses nk wat rayuan?klu pi terus kementerian kt putrajaya cmne ye..

Anonymous said... [Reply to comment]

Ramai yg nk kuar dr johor cz kbykannya bekas gstt yg dah berkahwin dihantar ke sana..majoriti umur mrk 30 ke atas dan sudah berkahwin..perlu berjauhan ngan suami n anak2..

Anonymous said... [Reply to comment]

bekas gstt da merantau slpas abis blajar di universiti..cr keje sndiri n bdikari n byk lalui pgalamn di tmpat org..bila da bkahwin dan berkeluarga tentula nk berdekatan nga kluarga..bg bakal gru yg br,perlu rs idup merantau

Post a Comment

Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

My Shoppe =)

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais