Salam geng..
Hari ni hari pertama SPM 2010 dan merupakan kali kedua aku berkhidmat sebagai Penolong Pengawas SPM. Walaupun kali kedua, tempat aku berkhidmat ni seakan-akan mengembalikan nostalgia aku ketika dulu semasa mengambil PMR.

Gambar sekadar hiasan jer..
Masa memula sampai ke Pusat Peperiksaan ni, nampak calon-calon teringat zaman aku macam diorang pada tahun 1994-1996 dulu. Untuk pengetahuan, pusat Peperiksaan ni, bukan calon sekolah biasa. Calon-calon ni luar biasa, dan pakaian mereka pun bukan bewarna putih berseluar hijau atau putih berkain biru. Mereka memakai baju biru ataupun crème. So, korang pepandai lah agak ya Pusat yang aku jaga ni. Nostalgia aku macam diorang, masa zaman aku PMR dulu. Ingat lagi MB003L019 angka giliran aku kat sana. Tapi, dah zaman kenakalan aku, so memang result PMR tak melayakkan aku untuk terus berjuang di sana. Rasanya, kalo aku masih kat sana, aku memang takkan jadi diri aku sekarang kut. Hahah..
Untuk SPM, aku calon SM Teknik dengan angka giliran CK008A047. Fuhh, berjaya lagi aku ingat angka2 gliran aku :D Aku pun masih ingat jugak, time SPM ni la, aku belajar keluar dewan awal. Aku memang jenis gitu. Kalo aku dah siap muntahkan semua ilmu aku, aku akan kuar dewan tanpa toleh ke belakang dah. Aku memang tak pandai nak menggoreng2 ayat sana sini. Sebab tu laa agaknya result SPM aku pun cukup2 makan, lepaslah nak sambung Degree UTM masa tu. Kalau compete dengan budak sekarang, rasanya tak mampu. Diorang semakin pandai!
Anyway, tak tahu apa motif entry ni, cuma aku just terkenang kembali zaman aku pakai baju uniform crème dan biru tu. Macam-macam kenangan zaman kenakalan tu yang teringin aku perbetulkan.
p/s: High but skinny…Really? Hope not so…






10 komen:
good luck to all SPM candidates.
and good luck to you to cikgu dahlia.
Terkenang pada pen kilometriko time jawab spm dolo2.hehehe.;p
Yang menjadi kenangan masa SPM dulu... ambil kertas B.Malaysia, 2 kali, kerana soalan bocor. Tahun brape yerrr...?? hehehe.
rasa macam nak ambil spm semula. heheh
gud lux rakyat malaysia
Terkini : Wanita Paling Rendah Di Dunia
ingat lagi tak??hari last kita exam,paper add maths 2..ade orang khianat dewan pereksa..sembur dengan alat pemadam api...
namo dah amik spm.....hikhikhik.....namo blaja dah...dh letih...bila nak abis blaja nia....
salam..
kisah yang lucu
bila terkenang semula
he he...
SAYA SUKA BLOG AWAK LA
http://rossnie.blogspot.com/2010/11/saya-suka-blog-awak-la.html
hehe..agak2 mrsm mane tu?
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...