BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Home » , , » #5 Puteri Eliyana @ Hime Eliyana

#5 Puteri Eliyana @ Hime Eliyana

Share

yanahime_thumb5

Puteri Eliyana, seorang pekerja cemerlang dari Infineon Technologies, Kulim, peminat anime & mangga dan suri kepada seorang anggota tentera. Tabik!! Hehe.. Eliyana dengan en. hubby dia ni long distance husband and wife. Takde long sangat pun, jarak 2jam je, dia kat Kulim, hubby kat Taiping tapi survive la jugak untuk jangkamasa 2 tahun ni. Apapun, kalau dah cinta kan, lagi2 dengan ikatan yang sah, lautan luas akan direnangi. TAk gitu?

Puteri Eliyana ni berblog di http://hime---diary.blogspot.com sejak August 2010. Baru aku faham maksud Hime tu ialah Puteri. Actually, dia bukanlah blogger yang baru berjinak dengan dunia blogging ni sejak tarikh tu. Dah banyak blog yang dia ada sebelum tu lagi, tapi dia delete dan buat baru. Start dari bawah katanya, macam tu lah. Memang gigih! Kalau DJ lah, sayang woo nak delete..Lebih-lebih lagi kalo blog yang dah lama ni, Google lebih sayang.
eliyana

Bila terpandangkan blog Eliyana ni, memang banyak je DJ rasa nak komen. Hampir seharian digunakan untuk membelek almost kesemua entry untuk lebih mengenali tuan punya blog ni. Apa yang DJ nampak yang pertama, dari segi URL http://hime---diary.blogspot.com  yang mana penggunaan simbol “---“ tu tidak akan membantu pun kalo blog target untuk pasaran Google..Cehwah..pasaran laa pulak. Maksud DJ, takde sesiapa yang akan taip “---“ dekat Google. Lebih baik gunakan domain lebih simple. Tapi kalau Eliyana selesa begitu, no hal :D

Dari segi penggunaan template blog, siyes, memang amat memeningkan. Itu yang menyebabkan DJ spend masa yang lama. Mana taknya, setiap kalo nak baca entry, nak kena skroll banyak2 ke bawah, dan arkib blog juga berada jauh di bawah. Warna blog Eliyana pun tak berapa nak mesra mata. DJ cadangkan Eliyana pilih template lain..Tahu awak suka warna yang terang..hehe..Cuba cari yang template yang lebih simple dan user friendly k. Supaya visitor selesa berada di blog kita.

Banner blog juga menutup nama blog. Memang tak kena. So, design banner yang lebih sedap mata memandang. Kalau mampu, boleh upah designer yang buatkan. Ramai  yang offer service tu. Dari segi penyusunan widget, DJ harap Eliyana lebih peka. DJ rasa, Mister Linky Widget tu tak sewajarnya berada di atas. Sebab DJ nampak macam semak je. Macam mana visitor nak target pada post kalo menda alah ni yang jadi point utama blog. Siyes, DJ rasa mende ni tak perlu ada pun, kalau nak gak, letak bawah2.

hime2

Apa yang DJ nampak, setakat review hari ni, memang mostly suka tulis justify center. Bukan salah, cuma DJ rasa, tak sesuai. Memanglah kalo tengok Hanis Zalikha, dan ramai blogger terkenal tulis center, tapi perlu lihat, mereka memang dah sedia ramai peminat. Tulis 4 ayat pun, komen sampai beratus. So memang boleh nampak, post mereka akan tetap dibaca. Sebaiknya, buat justify dari kiri ke kanan. Siyes cakap, baca yang tengah2 ni cepat pening. Tu pendapat DJ laa..ada sesiapa sokong?

Last but not least, wajib berkongsi entry2 best dari blog Puteri Eliyana ni..
1. Kesan Zikir pada otak
2. Bunga Nan Sekuntum
3. Anime Banyak Keburukan?
4. Tips Cinta Jarak Jauh
5. Bibir Kamu Seksi Tak?

Apapun, macam biasa, DJ hanya beri cadangan..hope semua tak sangka yang Projek DJ2B untuk tarik trafik semata. Bukan, DJ tak menjanjikan trafik,tapi DJ hanya boleh bagi pandangan untuk penambahbaikan. InsyaALLAH. Tu yang DJ cakap blog servis selama ni….huhuh

13 komen:

honeyvsbee said... [Reply to comment]

yup...bee ambil sbg pelajaran jugak

Syat0za said... [Reply to comment]

sokong yg last skali tu! :D tulisan kene kekiri kalo byk sgt penulisannya macam kak dahlia..ngeh3 :P

ferry said... [Reply to comment]

okeh..nak terjah..wahh..cikgu kalau bagi komen abis semua diselongkar

ahmad endo said... [Reply to comment]

hai puteri....hehehe

Eliyana said... [Reply to comment]

Salam DJ,

Terima kasih sebab sudi review blog Yana. Mmg Yana join untuk nak tahu pandangan lain pasal blog Yana ni. Kalau ikutkan ini blog ke-3 dan yang paling menjadi sebab 2 yg pertama & 1 yang bongsu lebih kepada testing

Yana suka DJ komen banyak...barulaa tau apa yang kurang & kat mana silap. ngaku jugak yg blog ni ada banyak kekurangan. Baru 3 bulan dan masih menapak slow2. masih belajar godek2 html, malah kat dashboard blogger tu pun banyak lagi yg Yana tak tau. Sebab tu Yana terima komen DJ. Insyaallah, setiap komen DJ akan Yana cuba perbaiki sikit2.

Privacy_Resident said... [Reply to comment]

hoho lengkap dia punya comment ni! :D

tips yang baik untuk blogger tak berapa nak terer cam saya ni :D

Thanks!

suffer8zine said... [Reply to comment]

@Eliyana
panjangnya :P

Terkini : Seluar Dalam Kalis Bom

Maya said... [Reply to comment]

Kalau nak minta bantuan baiki mana yg terdaya, saya offer diri untuk membantu puan eliyana ni secara percuma.

DiNaZ said... [Reply to comment]

Teringin gak nak rasa kena comment mcm nie...
agak2 ada masa tak?? saya budak baru belajar...
pasal tulisan center tu erk...
aku punya semua center laa......pening kerr??
ish....aku buat mcm tu pos pasan nak nampak menarik supaya ada yang baca blog aku laa....
mcm mana tu??

nur said... [Reply to comment]

wah.. untungkan yana dapat masuk segmen ni.. nur pun dah buang mrlinky tu.. DJ x suggest pun suh buang tapi rasa x comel je ada..
and.. tulisan pun justify dah..
suke ayat DJ, kaau tulis 4 ayat pun beratus komen.. hehehe
ALL IN ONE

amry said... [Reply to comment]

Aku rasa pon kurang seswei kalau buat justify untuk artikel. nak baca pon pening. aku tahu mereka yang buat justify tu mesti nak tangkap mata pelawat kan. yer lah benda center. senang nampak. senang nampak tapi pening nak baca. Justify ni lebih kepada pengumumuman atau iklan la sebab ayat pendek dan boleh dtuis besar2. ayat berjela-jela panjang tak sesuai kot...

just my 20 cent :p

haszuraidah ishak said... [Reply to comment]

kalau tak justify, tp dari kiri ke kanan tu ok tak?

New entri :Maila Vote Saya..^_*

WorldofAntivirus said... [Reply to comment]

Saya sokong yang bab domain tu...kurang sesuai.
yang lain rasanya ok je...

Post a Comment

Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais